Buffet Ramadhan 2021: Jemput Makan by Renaissance Johor Bahru Hotel |
Entri buffet Ramadhan lagi. Bertabah lah ye uols asyik tengok gambor makanan
aje. Setiap hari ciksun post, tapi berselang-seli lah dengan entri bukan
makanan. Haha!
Kali ni, ciksun nak share pasal buffet Ramadhan "Jemput Makan" oleh
Renaissance Johor Bahru Hotel. Yeszaaa, mesti ramai yang tunggu-tunggu kisah
buffet ni. Tahun ni, macam tahun-tahun yang lepas, tak pernah kalah, Cafe BLD
Renaissance Johor Bahru Hotel membawakan lebih 400 menu untuk uols yang datang
berbuka puasa kat sini sepanjang Ramadhan nanti.
400!!! Yesss!!!
Bermula dari 13 April hingga 13 Mei 2021, pelbagai juadah tempatan dan
antarabangsa disediakan dekat sini setiap hari. Jangan lepaskan peluang untuk
menjadi antara yang terawal mencuba air tangan RENmarkable Chef Hamizi di
Signature Biryani Station, aneka pilihan menu RENsation Middle East, RENtastic
Sup Tulang Lembu, RENmazing Roasted Chicken Roulade "Percik Style", Whole Lamb
Barbeque Pit dan banyak lagi.
Sesetengah menu adalah menu tetap wajib ada, terutamanya Kambing Bakar tu,
manakala ada menu yang akan ditukar-tukar setiap hari, so uols yang datang ke
sini pada hari berbeza boleh lah cuba menu lain-lain. Jemput lah tengok antara
gambor-gambor makanannya kat bawah ye!
Memang RENmazing sangat, menu-menu kat sini tak pernah mengecewakan. Sedap
separuh nyawa Nasi Biryani dengan Kambing Bakar dia. Paling menjadi rebutan
semua, Udang Galah Goreng bapak besarrrr tu! Cepat gila habis, letak je habis,
letak je habis. Mohon berbaris awal-awal kalau dia ada ya. Haha!
Masak Lemak Telur Itik, entah kenapa terlintas pulak dekat hati nak cuba. Tak
sia-sia ambik guyss, memang sedap gilerrr! Gambar dalam kawah takde, tapi
dalam pinggan ade. Haha! Terus rasa nak beli telur itik dan masak macam ni
untuk housemates kuuuu!
Dan palingggg unRENxpected, ciksun berpeluang mencuba Creme Brulee Durian!
Siapa friends dengan ciksun kat Facebook mesti ada baca kisah cinta ciksun
dengan Creme Brulee Durian ni. Masa da habis heavy meal, fikir-fikir apa lagi
nak makan. Terus teringat Creme Brulee yang ciksun ambil gambar dan videonya.
Ciksun memang suka Creme Brulee, terutama kalo dapat yang gula atas dia tu
keras keletung bunyi bila ketuk. Haha!
Ciksun bergegas ambik lepas habis makan. Bila suap ke mulut, ciksun rasa
hairan. Toleh kiri kanan, tak ada pulak yang tengah makan Durian Goreng. Ye,
buffet Ramadhan Renaissance Johor Bahru Hotel selalunya ada Durian Goreng dia
yang tersendiri. Masing-masing ambil dua tiga biji seorang kalo ada Durian
Goreng terhidang. Tapi time ciksun tengah makan Creme Brulee tu, takde pulak
yang tengah makan Durian Goreng.
Suap lagi sekali...ehhhh Creme Brulee ni yang rasa Duriannnn!!!! Sedapppp
giloooo masyaAllah! Teruja ciksun dibuatnya, terus bagitau semua orang yang
lalu depan meja, cepat pergi ambik Creme Brulee Durian 🤣 Yooo, ramai tak tahu
sebenarnya tu Creme Brulee Durian haaa! Kalau ada rezeki uols bertemu
dengannya, pastikan uols cuba tau!
Uols dah boleh start beli voucher Jemput Makan ni sekarang sebab tengah ada
promo Early Bird fasa pertama. Jemput tengok details dekat bawah!
Jemput Makan
Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel
Tarikh: 13 April - 13 Mei 2021
Masa: 6.30 petang - 10 malam
Harga:
RM158nett Dewasa
RM78nett Kanak-kanak 6 - 12 tahun
FREE Kanak-kanak bawah 6 tahun
Promo Early Bird:
Sekarang sehingga 31 Mac 2021
Beli 10 voucher, dapat FREE 3 voucher
(limited dinner date 13 - 22 April 2021 only)
31 Mac 2021 hingga 12 April 2021
Beli 10 voucher, dapat FREE 2 voucher
13 April 2021 hingga 13 Mei 2021
Beli 10 voucher, dapat FREE 1 voucher
Untuk Club Renaissance Johor Bahru member:
Diskaun 15%
Private Iftar Gathering
2 pilihan menu
Harga bermula dari RM98nett seorang
Minimum 30 orang
Call:
+6073813312 / +6073813317
Email:
rosliza.lazim@renaissancehotels.com
evelyn.soh@renaissancehotels.com
Jemput Makan Takeaway
Setiap hari
3.00 petang - 6.00 petang
Bulk orders:
Tempah 24 jam sebelum pickup
atau
Sebelum pukul 12 tengahari
untuk same day pickup
Call:
+6073813322
WA:
Online order:
Full menu:
https://bit/ly/MBCafeBLD
8 Comments
Banyak gilos menu dia. Tapi okaylah berbaloi dengan harga. Member pun dapat diskaun tu.
ReplyDeletedah lama gila x berbuka kat hotel ni...
ReplyDeletebila la agak nya ank makan2 camni lagi eh....
sun, kat sini x payah gi bulan pose, gi biasa2 pun makanan dia ohsem.
ReplyDeleteabis pkp, ada time, akak nak ajak anak2 ke sini. bilik nya pun terbaik!
pernah buat meeting kat sini, stay 3 mlm.
aduhai. sungguh la happy bos-bos. akak yg separa bos ni double happy la ha ha ha ha...
Bulan puasa dah macam nak pesta makanan
ReplyDelete400 menu kemain banyak, kalau ada yang kata mahal tu tak tau lerr.. berbaloi kot makan dengan banyak menu tu...
ReplyDeletehadoilah.. semua menu dia nampak sedap2..
ReplyDeletepenuh menu. sakan berbuka kalau menu macam ni. tak tau nak makan yang mana satu.
ReplyDeleteDiet habis la camni..perut jadi stockin..he2
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com