Menu Berbuka Ramadhan 2021: Irama Set @ Amari Johor Bahru | Eh eh dah tak lama je lagi nak masuk bulan Ramadhan ek? Tak sampai sebulan, seluruh umat Islam akan mula berpuasa. Setiap tahun, bulan puasa pasti meninggalkan kenangan, kemudian ditunggu-tunggu kedatangannya semula. Allah menjadikan bulan puasa tu sangat istimewa sampai kita rasa kemanisannya.
Ciksun sendiri dah tak sabar nak menunggu Ramadhan. Salah satu nikmat yang Allah bagi untuk orang berpuasa adalah nikmat kegembiraan ketika berbuka. Dah menahan lapar dan dahaga dari Subuh sampai ke Maghrib, bila dah boleh makan tu memang rasa bahagia. Kadang-kadang, menu iftar nya simple aje, tapi tetap rasa gembira bila berbuka. Itu lah sekelumit ganjaran dunia yang Allah bagi, dah cukup buat kita rasa bahagia. Belum lagi nanti bila bertemu dengan-Nya. Masya Allah!
Untuk tahun ni, walaupun kita masih lagi dalam musim pandemik COVID-19, tapi dah ada vaksin, insya'Allah puasanya akan jadi lebih meriah dari tahun lepas. Sekarang pun dah start banyak iklan-iklan dari hotel dan restoran yang menyediakan pakej berbuka puasa. Paling awal, Amari Johor Bahru dah start tunjuk Irama Set diorang untuk uols masukkan dalam list menu berbuka nanti.
Irama Set terbahagi kepada dua, iaitu Malay Set dan Thai Set. Berbeza dengan sebelum ni, tahun ni Amari Johor Bahru tak buat buffet. Walaupun bukan buffet, bila ciksun tengok menunya, memang berbaloi-baloi dengan harga sebab sangat banyak hidangannya dalam satu set tu. Dengan harga satu set RM98nett, uols dapat 11-in-1 menu untuk seorang makan. Banyak kan??? Nak tengok menu apa yang ada? Scroll ke bawah cepat!
Malay Set
|
Chicken and Beef Satay |
|
Oxtail Soup |
|
Briyani Gam Rice |
|
Spicy Lamb Caramel |
ATAU
|
Smoked Beef with Spicy Coconut Milk |
Dua-dua set akan dapat sepinggan Nasi Putih dan Buah-buahan Potong. Tapi dalam setiap set tu ada dua menu yang uols kena pilih salah satu sahaja. Yee, uols nampak perkataan ATAU berwarna merah atas tadi tu kannn. Untuk Malay Set, uols kena pilih sama ada nak Daging Salai Masak Lemak Cili Api atau Spicy Lamb Caramel. Untuk Thai Set pulak, kena pilih sama ada nak Grilled Lamb Jim Jaew tu keee atau Beef Massaman. Haa, menu-menu lain bagi setiap set, uols akan dapat semuanya.
|
Full Malay Set |
Set ni walaupun recommended untuk seorang makan, uols boleh jugak share dua orang. Means rega RM98nett per set tu recommended for 1 - 2 pax ya! Berbaloi-baloi kan? In case uols tak dapat nak datang ke Amari Johor Bahru, uols boleh jugak berbuka dekat rumah dengan menu ni! Diorang ada buat delivery jugak sampai ke rumah. Dan istimewa untuk yang dalam 10 km radius dari Amari Johor Bahru, uols boleh dapat FREE delivery untuk order minimum 2 set 😍
Berbaloi-baloi weh! Kalau family ramai, 5 orang, order lah 2 set, puas hati dapat makan dedua jenis masakan. Hihi. So, apa tunggu lagi? Dah boleh start plan bila nak berbuka dengan menu ni, book sekarang!
IRAMA SET
Harga: RM98nett per set
(recommended for 1 pax or for sharing)
Tarikh: 16 April 2021 - 12 Mei 2021
Masa: 6:30pm - 10:30pm
Available: Vouchers, Dine-in, Takeaway & Delivery
Promo: Buy 10 Free 1
☎️+607 266 8888
*Terms & Conditions Apply
**Subject to changes
3 Comments
Sangat menyelera dan menggiurkan
ReplyDeleteLama nya tak berbuka kat hotel..
ReplyDeletenakbawa segerombolan yg kat rumah ni, erkk kena pk byk kali ni ahhaha...
pape pun, debo lak nak tunggu ramadhan :)
Chicken percik dengan Tom Yum Goong tu tergodanya alahaii..lama tak makan.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com