Ticker

6/recent/ticker-posts

Brownies Kedut Mix by Passionfood

Brownies Kedut Mix by Passionfood | Kalau sebelum ni ciksun pernah share pasal Cupcake mix dari Passionfood, kali ni ciksun nak share pulak diorang punya Brownies Kedut mix. Haaa, jangan tak tau, diorang ada buat new mix box! Sama macam sebelum ni, hampir semua bahan dah disediakan, kali ni tinggal kita kena beli telur gred A dua biji je untuk jadikan bahan-bahannya lengkap.

Brownies Kedut Mix by Passionfood

Tak nak cakap banyak, dan memang tak sempat nak borak panjang-panjang, nah ciksun share aktiviti hujung minggu lepas ciksun, membrownies dengan Brownies Kedut Mix by Passionfood. Boleh tengok kat bawah apa yang ada dalam kotak istimewa ni.

Brownies Kedut Mix by Passionfood

Brownies Kedut Mix by Passionfood

Bahan-bahan disediakan:
Dark Chocolate Button
Oil Compound
Brownies Mix
Brown Sugar
Nutella
Salted Caramel
Chunky Peanut Butter
Lotus Biscoff Crunchy Spread
Almond Flakes
Walnut
Chocolate Chips
Lotus Biscoff Crumbs
Aluminium Liners 6 pcs

Meriah kan? So, kita hanya perlu tambah telur gred A dua biji, sudehhh. Eh, tapi jangan lupa kena ada oven atau pengukus juga. Sebab brownies ni uols boleh pilih sama ada nak bakar atau kukus. Kalau bakar, and ikut betul arahannya insya'Allah jadi kedut dia tu. Kalau kukus, jangan pelik pulak kedut tu hilang sebab memang tak akan berkedut yeee~

Brownies Kedut Mix by Passionfood
Step by step arahan dah disediakan sekali

Tapi ciksun takde microwave. Uols yang takde microwave boleh lah cairkan marjerin dengan coklat tu macam ciksun buat kat bawah ya. Masukkan dalam mangkuk tahan panas, then didihkan air dalam periuk, tutup api. Letak mangkuk berisi marjerin dan coklat tadi atas periuk tu, make sure takde wap udara yang terlepas keluar. Kaedah nii kita panggil double-boil, ni la cara ciksun cairkan coklat untuk tempahan brownies.

Brownies Kedut Mix by Passionfood

Sementara tunggu coklat cair, boleh sediakan bancuhan telur dengan gula perang dulu. Kacau guna garpu aje, sampai gula hancur sudehh. Tak payah sampai telur kembang, kang jadi kek span pulak. Haha! Then coklat cair tadi masukkan dalam adunan telur, gaul sebati.

Bila dah setel, susun aluminium liners dalam loyang besar. Ciksun buat gini sebab nanti senang nak keluarkan sekali, tarik loyang tu aje. Then tuang adunan brownies tadi ke dalam bekas aluminium tu sebelum letak filling dan toppings ikut sukahati uols.

Brownies Kedut Mix by Passionfood

Brownies Kedut Mix by Passionfood

Haa macam gitu rupanya. Ciksun belasah aje weh, macam konpius pun ada memula, serius la nak bakorr salted caramel tu. Tapi memang arahan camtu, ciksun ikut aje lahhh. Sebenornye boleh je ubah-ubah ikut citarasa memasing yerrr, ciksun malas nak fikir sebab nak setel cecepat 😆

Brownies Kedut Mix by Passionfood

Tadaaaa, ni hasilnya selepas dibakar 40 minit guna suhu 180'C. Tekstur dia macam kek sikit, tapi kalo masuk dalam peti ais, haa nanti dia jadi fudgy macam brownies. Sedap jugak rasa coklat dia, dan coklat chip tu pun memainkan peranan untuk mana-mana brownies yang takde topping.

Brownies Kedut Mix by Passionfood

First time juga ciksun letak filling dalam brownies. Nape la tak secantik yang orang lain buat. Hahaha! Jatuh pulak peanut butter ciksun ke dasar brownies. Ahhh, takpe lahhhh, tetap sedap jugakk 😜

Nah ciksun share video ciksun buat dia.

Ok, kalau uols nak order Brownies Mix by Passionfood ni, harga dia RM32.80, postage RM5 seluruh Malaysia.

Post a Comment

6 Comments

  1. Brownies ni yang menjadikan dia cantik kedutnya tukan CikSun.

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaaa..very moist lah! Haritu ada nampak Nona baked jugak. Mudah ada one set macam ni. Gerenti jadi!

    ReplyDelete
  3. Aku sampai terlupa nak buatnya oii..adoii..
    Esok laa godakkkk

    ReplyDelete
  4. sedapnya lah semua topping. Macam nice jugak combination coklat dengan peanut butter.

    ReplyDelete
  5. Sedapp even first time buat. Haha. Sesuai untuk orang M mcm ena ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com