Tiga Fasa Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan | Siapa yang tengok siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ni tadi? PM ada umumkan tentang tarikh-tarikh fasa program imunisasi COVID-19.
Penghantaran pertama vaksin COVID-19 melibatkan vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech yang telah menunjukkan kadar keberkesanaan yang tinggi, iaitu pada tahap 95%.
Menurut PM, Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan akan bermula dari bulan Mac 2021 melalui tiga fasa berasingan, mengikut sasaran masing-masing.
- 500,000 Frontliners - sehingga April 2021
- 9.4 juta golongan berisiko tinggi (Warga Emas, golongan rentan, OKU) - April hingga Ogos 2021
- Golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas - Mei 2021 hingga Februari 2022
Lebih 600 pusat simpanan yang juga pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara, menggunakan pelbagai kemudahan termasuk fasiliti kesihatan awam dan swasta, stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai serta universiti sebagai pusat vaksinasi, dengan peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Yang Berhormat Sdr. Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Beliau akan mengetuai satu Pasukan Pertugas Khas yang menguruskan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi Kerajaan.
Kita tunggu pendaftaran untuk program imunisasi ni dibuka kepada orang awam tak lama lagi ek! Walaupun dah ada vaksin, tetap kena amalkan norma baharu, jaga diri sentiasa. Mohon pada Allah, agar tetap dilindungi selalu, insya'Allah.
9 Comments
neves nyaaa rasa..sbb vacc ni baru kan..semoga yg baik2 jer..kalau free jemput la ke blog sy yaaa..
ReplyDeletetp debo jgk nak suntik vaksin ni...
ReplyDeletekita tunggu keberkesanan nya atas volunteer2 tu dl k...
Moga memberi dampak baik untuk semua.
ReplyDeleteBilalah nak dapat enjek vaksin ni
ReplyDeleteMudah2an cptla reda covid ni
ReplyDeleteBy the way sha dah tukar domain baru..nnt mnta tlg add/edit ya dari www.opzzpinky.my --> www.opzzpinky.com tq
Masih belum rasa bersedia nak amik vaksin ni.. ermmmm
ReplyDeletesemoga dengan ada vaksin ini kes covid akan ilang amin..
ReplyDeletesunah mama dah dpt hadiah dah.. terima kasih ye. suka sangat nanti mama buat post
Harap vaksin dapat bantu atasi masalah wabak ini, tapi macam belum bersedia rasanya nak dapatkan suntikan tu huhuhuuuu!
ReplyDeleteberdebar rasanya nak kena cucuk ni.Huhu..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com