Menu Lunch Hujung Minggu | Assalamualaikum, salam hari Isnin. Apa khabar semuanya? Ciksun alhamdulillah sihat, cuma mood berblog tu dah ke laut, kadang-kadang takde idea nak update ape dah kat blog ni. Nak blogwalking pun takde mood. Weekend bawak laptop balik rumah, kot lah tetiba rajin nak update blognya, huhhhh non hadoooo!
Hari ni baru datang mood rajin sebab masuk office pagi ni. Sampai office je terus menyapu depan office sebab habuk dari kilang besi sebelah dah melayang ke depan office kitorang. Adehhh. Nak kena pasang tembok ke ape ni? Haha! Then masuk office, sambung vacuum pulak sebab dah lama sangat office ni tak dibersihkan. Adik-adik UTM yang buat upah cleaning tak dapat nak datang sebab takde transport, ciksun pulak takleh nak masuk UTM sebab dari zon merah.
Padahal UTM tu dalam zon merah gak tu sebab sama mukim dan daerah. Haha!
Pagi ni just nak share menu lunch ciksun dan housemates hari Jumaat minggu lepas. Beberapa hari awal memasing dah booked nak masak ape hari Jumaat dan Sabtu. Sebab dua hari ni aje yang semua selalu ada. Kekadang hari Jumaat tu ciksun berempat aje, Sabtu baru ada semua sebab hari bekerja tak sama.
Untuk main course, kak Ajan buat Tomyam Daging from scratch, sedap gilerrr macam kat kedai tomyam Thai. Haha. Masa PKP tahun lepas, kak Ajan dah pernah buat tapi isinya ayam. Kali ni isi daging lak. Then, Ibah buat Kerang Rebus, dak Nada yang beli kerang tu. Teringin katanya.
Dah petang, masa layan Netflix reramai, gatal pulak anak tekak ni nak makan sesuatu yang sedap. Ape lagi, terbeli lah aiskrim La Cremeria Mint Temptation dengan coklat Cadbury Crunchie. Coklat tu Ibah yang rekemen, kegemaran dia. Beli dua ketul je sebab masa bincang nak order PandaMart, dak Nada tak fokus, dia nak juga rupanya. Bila abam Panda sampai, meraung-raung dia tengok coklat dua je.
Hahahaha! Takpe, kita share-share aje lahhh~ Ciksun rasa ciksun lagi suka Cadbury Picnic dari Crunchie ni. Tapi aiskrim tu memang terbaik, mungkin akan jadi kegemaran ciksun setiap bulan lepas ni. Hihi.
Hari Sabtu lak, kak Ajan buat Ayam Panggang, Colselaw, Nasi Goreng Rempah dan Sup Kosong. Menu sihat untuk gadis-gadis diet. Kahhh! Gambar takde sebab terlupa nak ambik 🤣
Ok lah, uols makan ape je hujung minggu lepas?
9 Comments
Aiskrim tu nampak menyelerakan :)
ReplyDeleteOoo ekrem peberet aku, tapi kalau boleh hijo je taknak campur coklat.. Lyea kata ubat GG hahahaha
ReplyDeletesedappppnyaaa. terus rasa nak makan seafood tomyam pulak today
ReplyDeletelama tk mkn kerang....eskrem tu dikala cuaca panas skarang..best tu
ReplyDeleteBestnya dapat housemate semua rajin masak. Aiskrim tu pun favourite saya. Last weekend buat ayam masak lemon dan gulai betik muda.
ReplyDeleteSamalah kita, mood blogging ke laut dalam sikit. Entah bila nak timbul tak tahulah. banyak fikir agaknya. huhu..tenggelam timbul jadinya. Wahh seronok ni ada pakar memasak kat rumah. sedap tu kalau tomyam macam kat kedai. huhu..tak pernah jumpa aiskrim tu. nanti nak cuba jugalah beli dan rasa :)
ReplyDeleteI x pernah makan aiskrim la cremeria.. perisa ni or lain perisa pun.. nak try la nanti.. huhu.. I makan diet jugak unung mgu.. lalalalala... tapi. tapi . ada coklat... okbai
ReplyDeletearitu pergi tesco nak beli aiskrim, habis licin ais krim favourite. tgu nanti nak pi borong..hehe
ReplyDeletehttps://www.tiarasaphire.com/2021/02/drama-china-to-love-2020.html
ya baru nyaman menu hujung minggu nya tok..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com