Kueh Bakor Skudai, Sedap Makan Panas-panas| Jarang-jarang ciksun nak beli sendiri kuih bakar. Bukan tak suka, tapi mungkin sebab dibesarkan dengan mamak yang sangat meminati kuih bakar pandan, hampir setiap hari buat kuih bakar sampai dah jemu makan, haha! Cuma bezanya, mamak ciksun takde la letak bijan putih tu. Kosong togel aje kuih bakarnya. Tetap sedap.
Bila dapat kuih bakar yang penyewa office atas bagi petang semalam, terimbau pulak memori mamak buat kuih bakar kat rumah haa. Eh, tiap kali makan kuih bakar la ingat. Bukan semalam aje 🤭 Tenant whatsapp dalam pukul 2 lebih, bagitahu ada kuih dia order untuk alamat office. Bunyinya macam banyak dia order, gerun dah ciksun sebab PKP kan, mana lah ramai kat office ni. 2-3 ketul aje. Nasib baik dia cakap boleh simpan, esok-esok makan.
Ni dia Kueh Bakor Skudai, sampai office panas-panas. Penjualnya siap hantar dalam tray kuih tu dengan bekas plastik masih terbuka, bagi wap panas keluar. Ciksun terus ambil gambar dan potong. Lepas potong, apa lagi, masuk dalam mulut lerrr. Mmmm sedap! Kuihnya moist lembap-lembap, permukaan luarnya rangup garing. Padan sangat buat minum petang dengan air teh o panas.
Kalau uols yang duduk sekitar Skudai nak order, boleh lah contact nombor yang tertera kat atas bekas tu ek! Terima kasih kepada pemberi!
8 Comments
Setakat ni kuih bakar sedap yang jual aku makan selain mamak aku punya, aku makan di Serambi Uda tu..sedap..sebekas rm5 jer..
ReplyDeleteYang kat melaka punya sedapnya. baru siap masak. Siap boleh request kalau nak yang hangus sikit.
ReplyDeletekita suka tengok je tp x suka makan hehe
ReplyDeleteterliur saya ciksun ahaha
ReplyDeletemakan panas2 mmg sedap ni aduyai bila la boleh pegi skudai ni
ReplyDeleteKuih lejen ni. Ingat waktu kecil dulu kalau ke pasar minggu mak mesti beli kuih bakar ni. Harum!
ReplyDeleteSedapnya kuih bakar...akak suka betul kuih bakar..mana nak cari x tau la kat seremban ni
ReplyDeleteSedapnya kuih bakar pandan ni. Mesti mak ciksun buat sedap, air tangan mak mak buat tak pernah tak sedap. Alhamdulillah rezeki orang belanja :)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com