Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen
"Smiles for Miles" | Tahniah kepada Holiday Inn Johor Bahru City Centre! Sebab apa? Hari ni
program diorang lancar dan berjaya, orang kata kalau tujuan dan niat baik,
pasti semuanya akan dipermudahkan. Insya'Allah dengan izinnya.
HIJBCC hari ni menyantuni 50 orang pemandu E-Hailing dan teksi sekitar Johor
Bahru dalam kempen Smiles for Miles, dengan memberikan menu makan tengahari
percuma, dari pukul 12 hingga 1 tengahari. Selama sejam, General Manager
HIJBCC, Mr. Cheah, ditemani staff-staff beliau menjayakan program ni di
perkarangan lobi drop-off.
Walaupun sambutan CNY tahun ni tak macam tahun-tahun yang lepas, semangat
menyebarkan kebaikan tu tetap ada. Program ni adalah salah satu daripada
kempen CSR IHG, True Hospitality for Good. Menurut Keyin Tay, Assistant
Director of Marcom HIJBCC, Sebelum ni diorang dah pernah menyumbangkan wang
tunai berjumlah RM1,000 kepada persatuan Cerebral Palsy, kemudian disusuli
dengan berkongsi minuman percuma kepada rider penghantar makanan sebagai
menghargai jasa diorang dalam waktu PKP macam ni.
Alang-alang dah bagi rider, diorang bagi jugak kepada driver teksi dan
E-Hailing sebab mereka-mereka ni lah yang bawak tetamu datang ke hotel. Selain
tu, bila buat program macam ni, akan bertambah ramai la pemandu teksi dan
e-hailing yang tahu drop-off point bagi HIJBCC ni. Sebelum-sebelum ni mungkin
agak kurang yang tahu sebab signage HIJBCC tu ke dalam sikit dan pemandu kena
masuk jauh ke dalam baru akan perasan drop-off lobby ni.
Orang-orang lama pulak, kebanyakannya menyangka bahawa HIJBCC ni dekat Mutiara
Hotel JB, tu tempat diorang bertahun lama dulu. Tempat baru bukan lagi kat
situ, tapi dekat atas JBCC ajeee. Senang wei, tetengah bandar JB, sebelah City
Square pulak tu. Harapnya pemandu-pemandu teksi dan e-hailing boleh bawah
penumpang diorang menuju ke destinasi yang tepat lepas ni. Hihi.
Katanya, program ni tak akan berakhir kat sini aje. Insya'Allah akan datang,
diorang akan buat lagi. Jadi, mana-mana pemandu teksi dan E-Hailing yang
terlepas tengahari tadi, jangan risau sebab akan ada lagi program gini bagi
meraikan uols ya!
Thank you HIJBCC!
10 Comments
Bagus..aktiviti CSR yang patuh dicontohi mana- mana aktivis yang prihatin...keep it up..
ReplyDeleteCantik kempennya : Smile for Miles
ReplyDeleteKalau CikSun x bagitau, kita pun tak tau, tau!
ReplyDelete:p
Alhamdulillah
ReplyDeleteprogram yang bermanfaat
Kalau semalam dapat jumpa ko..
ReplyDeleteSemalam tak dapat join, takde kenderaan...
Wahh rajinnya! Bagus-bagus.
ReplyDeletekempen yang baik :)
ReplyDeletebagus kempen macam ni
ReplyDeletesmile to smile :)
Tahniah HIJBCC adakan kempen macam ni. Dapat juga berkongsi rezeki dengan rider, driver teksi dan E-Hailing.
ReplyDeleteGood job HIJB. Tunggu habis pkp ye,nak datang staycation
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com