Dah Masuk Bulan Februari, Tapi Belum Plan Baju Raya | Ye, dah masuk
bulan Februari 2021. Kalau tahun lepas, bulan Februari ni tailor dah tutup
tempahan buat baju raya. Mid April dah masuk Ramadhan, Mid Mei dah Syawal
weiii! Sekejap betul masa berlalu! Tinggal dua bulan aje lagi nak puasa.
Tahun ni macam tak ada mood nak buat persiapan raya macam tahun lepas. Mungkin
sebab masih dalam PKP. Dengan kes positif baru COVID-19 yang masih empat angka
setiap hari, kurang yakin nak buat plan persiapan raya. Tahun lepas, masih ada
mood tu lagi. Walaupun raya di perantauan dengan housemate, tetap berbaju raya
dan berketupat rendang ye!
Baca juga:
Haa, ni baju raya tahun lepas. Tema hitam putih, kainnya abang ipar yang beli
untuk semua ahli perempuan dalam keluarga mertua. Walaupun tak dapat meraikan
Syawal bersama kat Kedah, masing-masing pakai jugak di pagi raya dan kongsi
gambar. Tahun ni patutnya raya kat Sarawak, tapi nak beli tiket flight awal
pun seram sejuk dibuatnya.
Kalau tahun-tahun sudah, bulan Disember dah start plan tema warna raya tahun
depannya. Tahun ni, masing-masing senyap takde buka cerita. Haha. Agaknya
semua pasrah kalau raya tak boleh rentas negeri. Tapi dibuatnya boleh rentas
negeri dan kes menurun jadi satu dua angka, macam mana pulakkk???
Kita beli aje baju dah siap nanti. Hahaha!!!!
20 Comments
Kan ciksun. Sekarang ni takde mood dah nak beli baju raya. Tapi kesian la budak2. Kita dulu time raya seronok sgt. Tapi budak2 zaman now.... Hmm sambunglah sendiri
ReplyDeletehmmm tu lahh, moga2 cepat lah semua ni berakhir kan..
DeleteSy dh pasrah jer takda raya tahun ni, setahun tak balik kampung 😪
ReplyDeletetahun lepas saya macam cikguzim, setahun tak balik kampung...huhu..alhamdulillah bulan oktober ri tu sempat balik..
DeleteMood raya dah kelaut dalam. Tak plan lagi baju raya tahun ni. huhu
ReplyDeletesama la fiza..tak rasa macam raya pulak tahun ni..tapi kita tunggu dan tengok ya..
DeleteSaya rasa, saya recycle je baju raya tahun tahun lepas. :)
ReplyDeletehaa ada fikir gitu gak zura..hihi
Deletestay at home je raya ni.. 😅😅😅
ReplyDeleteTerlintas juga nak ke Jakel weekend ni :p
ReplyDeleteAkak dah sip sedia dah malah macam terlebih plk sebab ada yang bagi jugak sebagai hadiah
ReplyDeleteSaya pun pasrah. Ada baju kurung beli konon nak pakai g wedding cousin tapi majlis x jadi. Tu jela jadi baju raya. Tulah kan, seriau nak beli tiket flight. Tengok keadaan lepas vaksin cmane
ReplyDeleteAduhai... baju-baju raya tahun lepas pun ada yang belum dipakai. Tahun ni memang takde plan nak beli baju raya.
ReplyDeleteDah Tak fikir pasal raya dah, huhu
ReplyDeleteAlamaakkk pose kita belum abis ganti lagi.....!!!!
ReplyDeleteOK raya mcm thn lepas je... Baju pun online hahaha
Pakai pagi raya sbb nak snap gmbr je, pastu tukar suar n tshirt :-D
Klu rumah sebelah menyebelah, bole hulur2 lemang ketupat kan :p
Harap2 sebelum raya dah dapat cucuk vaksin
ReplyDeleteDapatlah beraya sakan
I dah beliii! Dua helai lagik, sebab grab offer end year sale..Bahahaha..... And lagi satu, sunat memakai baju baru di hari Raya... Kalau dah x nak, boleh preloved.. tapi mostly, sayang nak preloved.. or bagi org.. Lol..
ReplyDeleteammi memang dah 16 tahun beraya dengan baju beli siap. last year lagi 3 hari nak raya baru terhegeh2 order online pastu suruh je rider hantar. mujur dah penah beli dengan kedai tu jadi maintain size tukar color je
ReplyDeleteBaju raya aku dari tahun lepas ada 3 pasang tak pakai lagi, ni dah beli lagi dua pasang hahahaha..nampak tak raya sakan aku hahahaha
ReplyDeletemcm takde mood tapi mama pun dah usha baju juga ni hihi
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com