Ticker

6/recent/ticker-posts

Semoga Hari Mu Indah dan Bahagia

Semoga Hari Mu Indah dan Bahagia | Salam Jumaat, penghulu hari. Hari ni ramai update status dan share dalam whatsapp group, betapa cepatnya masa berlalu. Rasa macam sekejap aje, dah Jumaat. Semalam, kita dikejutkan dengan berita kes baru positif COVID-19 yang lebih tinggi dari biasa. Cecah angka 3k, dengan Johor menjuarai carta. Buat pertama kalinya, kes baru di Johor lebih daripada seribu. Rasa macam bakal kena PKP pun ada, tapi tak tahu lah kan.

Banyak tempat yang banjir belum reda lagi, ditambah pula dengan berita peningkatan kes COVID-19 ni, jadi bertambah tak tenteram jiwa dibuatnya. Dugaan besar buat mereka yang terlibat dengan banjir secara langsung terutama di Pahang dan Johor. Semoga diberi ketabahan atas ujian yang melanda. Kerosakan bukan sedikit kalau kena banjir, banyak masa, tenaga, dan wang yang perlu digunakan untuk membaik-pulih semua yang terjejas. Itu belum masuk emosi lagi, boleh breakdown kalau tak kuat.

Semoga Hari Mu Indah dan Bahagia

Tapi dalam musibah ni, ramai juga yang dah boleh tersenyum. Sebabnya pengeluaran i-Sinar KW$P dah mula masuk ke akaun bank masing-masing. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat lah membantu ringankan beban dan selesaikan hutang-hutang tertunggak. Moga-moga mereka yang terjejas dengan banjir pun dapat manfaat dari i-Sinar ni.

Walau apa pun dugaan yang melanda uols, ciksun doakan semoga semuanya akan jadi lebih baik sedikit masa lagi. Semoga hari-hari mendatang dalam hidup uols akan jadi lebih indah dan bahagia. Insya'Allah, semua ni akan berakhir juga nanti. Semoga terus tabah dan kuat, besar pahalanya bagi orang-orang yang tetap bersabar ketika diuji.

Semoga Allah redha.

Post a Comment

12 Comments

  1. marek nang terkejut kes baru di jdt mencecah 1K... actually dr sine dtg kes yg byk ya tek? xda follow berita dh lmk tok

    semoga bersinar2 sidak yg approve i-sinar.. dgr ceta bank2 dh penuh tek

    ReplyDelete
  2. Same to u cik sun. Semoga dipermudahkn urusan. Jaga diri ye
    P/s: sory kalau terkomen banyak kali, pc ni ting tong

    ReplyDelete
  3. Keunggulan cinta dari sinar mata
    Yang bergelora
    Hati di taman berbunga
    Satu impian, satu harapan
    Sudah pasti ada sebaliknya
    Satu rahsia ........

    eh eh jom karoks hahaha

    ReplyDelete
  4. Amin.

    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  5. Moga apa pun yang mendatang Allah sentiasa tebalkan rasa sabar dalam diri kita semua. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. semoga hari Sunah juga terus indah dan bahagia

    ReplyDelete
  7. i-sinar dah jadi i- malap..tak layak langsung sebab akak x terkesan kot...

    ReplyDelete
  8. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Belum reda covid-19 ni, banjir pula menimpa. Semoga Allah berikan kita hari hari yang indah dengan apa yang berlaku ni. Aaminnn..

    ReplyDelete
  9. Jaga diri and stay safe..
    Eh sama je ek maksud dia kan hahahaha..

    ReplyDelete
  10. Moga sesama peroleh keindahan dan kebahagiaan dalam kehidupan kit semua.. AMIN YA RABB

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com