Selesaikan Masalah Kulit dan Estetika di Dermed Clinic, Danga Bay, Johor Bahru | Musim kena pakai mask hampir sepanjang hari kalau keluar ke tempat awam ni, kadang-kadang jadi mimpi ngeri untuk mereka yang ada kulit sensitif. Mudah pulak jerawat tumbuh dekat kawasan kulit muka yang dilitupi face mask. Lagi-lagi yang jenis suka pakai makeup. Nak cakap tak basuh muka bersih-bersih, rasa dah cukup bersih dah. Bukan seorang dua kenalan ciksun yang mengadu pasal benda ni. Jadi kesian pulak bila kenangkan problem diorang ni.
Alhamdulillah, walaupun sekarang tengah PKP 2.0 kat beberapa negeri di Malaysia, klinik-klinik tetap dibenarkan untuk beroperasi, mengikut ketetapan SOP oleh kerajaan dan kementerian berkaitan. Termasuklah klinik khas untuk rawatan penyakit kulit dan estetika, macam Dermed Clinic kat Danga Bay, Johor Bahru nun. Ciksun recommend klinik ni dekat kawan-kawan ciksun yang ada masalah kulit musim pandemik ni.
Kalau tahu restoran 7 Spices kat Danga Bay tu, haa sebelah tu lerrr klinik ni. Nak parking pun senang kalau ada kosong. Kalau takde kosong, jenuh jugak ek nak pusing-pusing. Disebabkan sekarang tengah PKP 2.0, memang sesuai sangat lah pergi sebab parking tak berapa nak penuh sangat. Sebelah kliniknya jugak lah Hainam n Coffee. Jadi, kalau suami-suami bawak bini pergi treatment, boleh lepak minum kopi dulu sambil tunggu bini habis sesi rawatan. Kahhhh!
Dermed Clinic ni dah bertapak lama kat Melaka, dah rawat lebih 95,000 pesakit dengan masalah kulit dan estetika dalam 10 tahun beroperasi. Diorang mula bukak kat Johor Bahru setahun yang lepas, bulan Februari 2020. Klinik ni ada tauliah yang diperakui oleh KKM dan badan-badan berkenaan; rawatan-rawatan kat sini menggunakan teknologi maju seperti High Frequency Ultrasound (HIFU), Radio Frequency (RF), Neuromodulators dan Dermal Fillers.
Kebanyakan pesakit yang datang buat rawatan kat sini adalah mereka yang ada masalah dengan pigmentasi dan jerawat. Menariknya, dermatologi kat sini akan membantu uols menyelesaikan masalah jerawat tanpa perlu makan ubat. Haaa, guna rawatan laser aje ya! Begitulah kata Dr. Muniandi Velayuthan, atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Andy.
Dr. Andy mempunyai latar belakang yang kuat dan rekod prestasi berkhidmat bersama-sama perintis Dermatologi dari Dr. Subra Center for Skin Diseases. Beliau juga pernah dilatih oleh Pakar Perubatan Estetik terkemuka dalam bidang estetika. Bergiat dalam bidang ni lebih 10 tahun, Dr. Andy sangat dikenali dengan personalitinya yang mesra, peramah dan berdedikasi.
Setiap pesakit yang datang menemuinya untuk mencari jalan keluar dari masalah yang dihadapi, akan diberikan perhatian sewajarnya. Masalah diorang akan beliau fahami betul-betul sebelum menyusun program khas yang bersesuaian dengan masalah masing-masing. Setiap orang kan ada masalah kulit yang berbeza-beza, dan tentunya kesan rawatan juga berlainan antara satu sama lain.
Kalau sebelum pandemik dulu, kita boleh aje datang walk-in untuk buat konsultasi dan rawatan. Tapi sekarang dah PKP berfasa-fasa ni, uols kena buat appointment dulu sebelum datang ya. Sebab diorang pun ada had berapa orang diorang boleh rawat dalam sehari, ikut SOP yang ditetapkan oleh KKM.
Untuk pembaca yang budiman, ciksun berbesar hati nak share promocode bagi uols yang nak treat skin and aesthetic cases at Dermed Clinic ni. Tunjuk aje gambar dengan promocode kat bawah ni masa daftar kat receptionist counter untuk dapat FREE consultation dan 10% discount for any treatment.
Promocode ni sah diguna-pakai sehingga 15 Februari 2021 ya! Haa sebulan kita bagi. Moga-moga bermanfaat untuk semua yang memerlukannya. Nah ciksun share details klinik untuk rujukan uols.
Dermed Clinic
G02 & 01-02, Blok 5, Danga Bay,
Jalan Skudai, Batu 4 1/2, Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Waktu operasi:
Sabtu - Khamis: 10 am -7 pm
Jumaat TUTUP
No. Tel:
+60166999097
Email:
dermedclinicjb@gmail.com
Facebook:
Website:
21 Comments
Bagus cek mun ada masalah kulit ka apa hooo...
ReplyDeleteBesar juga Dermed Clinic ni. Banyak rawatan guna teknologi terkini. Best tu kalau dapat buat rawatan. Special sangat ni ada promocode tu. Terima kasih :)
ReplyDeleteBagusnya Dr. Andy. Sudahlah pakar, mesra dan peramah pula orangnya. tentu pelanggan sentiasa berpuas hati dengan khidmatnya.
ReplyDeleteBetul kita tak tau apa jadi pada kulit wajah bila setiap masa dekat luar kena pakai mask. Bagus bila buat treatment dengan pakai cam ni 👍
ReplyDeleteGood for those who seek great facial treatment to solve any underlying skin problem. Thanks for sharing this prestigious clinic.
ReplyDeleteDr Andy ni macam pernah aku jumpa tau, tapi di mana ekk..lupa laaa..
ReplyDeleteAku nak gi laaa, nak tegangkan GG..ada tak? Eh kulit mukaaa...
alaaaa knape jauh sgttttt
ReplyDeleteMemang betul ciksun. Sejak kena pakai mask ni, berjerawat terus muka. Thanks share promo code.
ReplyDeleteDah lama tak pi pamper muka ni. Rasa kurang keyakinan diri dah. Boleh amik peluang ni pakai promo code. Jimat sikit.
ReplyDeletemewah betul interior klinik ni. Tengok dari pengalaman Dr. Andy macam yakin je kalau nak buat treatment dengan dia. Siap ada promo code pulak tu
ReplyDeletewah ada promo code. rugi lah kalau orang johor tak pi klinik ni.
ReplyDeleteRawlins ada seorang kawan yang masalah kulit muka dia menjadi2 sejak pakai mask. Kalau dah boleh rentas boleh l suruh dia ikhtiar ke sini kan
ReplyDeletebetul tu, sekarnag bila selalu pakai mask, memang kulit muka jadi teruk. saya pun awal2 tahun ni ada jugak buat rawatan muka :)
ReplyDeleteBagus ni bila kita amik berat tentang rawatan wajah. Untuk kulit kekal cantik dan sihat
ReplyDeletei have been looking for a good skin clinic, they are quite hard to come by. the doctor here looks qualified and would love to visit it one day!
ReplyDeletewow doktornya pun ensem! tapi. jauh naw nape shah alam takde ahahaha. patutlah kulit cantik, sini rahsianya. nanti boleh la pergi kalau ke sana
ReplyDeleteDermed Clinic mmg bagus utk treatment wajah, utk yg mempunyai masalah kulit eloklah dtg ke sini
ReplyDeletemenarik juga ni.. selesaikan masalah jerawat tanpa perlu makan ubat
ReplyDeletesepatutnya time PKP ni jerawat belajar lah behave tapi tidak jugak.. hee~ sakit betul hati.. nasib tak boleh rentas negeri kalau tak memang teringin saje manfaatkan promocode tu..
ReplyDeleteDulu study kat UTM tak perasan tempat ni.. If nearby sure dah pergi try this out.. Since ada promo code some more boleh pakai for my CNY facial...
ReplyDeleteBagus ni untuk mereka yang tinggal berdekatan. Ye la penjagaan kulit sebenarnya penting untuk ktr lebih berkeyakinan
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com