Selamat Tahun Baru 1 Januari 2021 | Pejam celik, pejam celik, tak sangka dah setahun berlalu kan? Pantas sungguh rasanya tahun 2020 berakhir. Dah jadi semalam, hari terakhir dalam tahun 2020. Tahun yang meninggalkan sejarah besar dalam hidup masyarakat seluruh dunia. Bukan tahun yang diimpikan oleh semua orang, apabila satu dunia dilanda wabak COVID-19. Namun, dalam kepahitan tu, ada terselit juga kemanisan yang dikecapi bersama insan-insan sekeliling.
Ciksun sendiri, kalau ditanya apa kenangan paling manis bagi tahun 2020, jujurnya pengalaman berpuasa dan menyambut hari raya dalam PKP. Saat itulah yang paling ciksun suka dalam tahun lepas. Walaupun jauh dari keluarga, kawan-kawan serumah ada di sisi. Sama-sama melalui saat genting penularan wabak, sama-sama berjimat dan mencatu makanan, sama-sama fikir hiasan untuk meriahkan hari raya di perantauan, sama-sama #kitajagakita. Bonding antara kami rasa lebih kuat selepas berlalunya PKP tu. Bila da habis PKP, semua da mula sibuk bekerja dan banyak komitmen, musim PKP itulah saat yang paling dirindui.
Bukannya rindu nak PKP semula, tetapi rindu saat-saat yang dihabiskan bersama. Tak perlu fikir sangat pasal kerja, kalau ada pun, kerjanya dari rumah. Bila stress, boleh terus menjerit dekat muka satu sama lain. Kalau duduk office, mesti nak kena pendam sampai balik rumah. Ehh, ada ke? Hahaha!
Dah masuk tahun baru ni, bila ditanya apa azam untuk tahun ni, ermm memang tak letak apa-apa pun. Bukan tak ada impian atau cita-cita. tapi macam yang ciksun bualkan dengan seorang sahabat, biarlah hari-hari nak buat yang terbaik dari hari sebelumnya. Bimbang nak letak azam, takut kecewa sebab diri sendiri tak mampu nak capai target tu.
[Öa.zam]/[a.zam] | عزمDefinisi : tujuan yg hendak dicapai; apa-apa yg dimaksudkan. berazam bercita-cita; bertujuan: Ia ~ hendak melanjutkan pelajarannya lagi. mengazamkan berniat akan; memaksudkan; mencita-citakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Bagi orang lain mungkin azam tu azam je lah, suka-suka aje, why so serious? Tapi ciksun tak boleh, nanti ciksun kecewa KPI tak tercapai. Ciksun pandang azam tu sesuatu yang tinggi, besar dan wajib bersungguh-sungguh berusaha merealisasikannya. Bila tak berjaya capai azam tu, maksudnya ciksun dah gagal macam gagal exam. Erkk, serius sangat kan ciksun ni.
Dah berapa tahun tak kurus jugak, jadi tahun ni malas nak ada azam kurus sebab memang hari-hari nak kurus. Kahhhhhh!
Nampak tak permainannya di situ. Banyak alasan ciksun ni tau.
Tapi, walaupun takde azam yang khas, harapan tu ye ada. Impian memang sentiasa ada. Mudah-mudahan semua orang dapat gapai impian dan harapan dalam hidup masing-masing tak kisah lah tu termasuk dalam azam tahun baru uols ke tak.
Selamat tahun baru semua! Moga tahun 2021 membawa lebih banyak kemanisan buat semua. Ameen.
8 Comments
Haha betul. Kalau stress di tempat kerja, then bila suami ambik masa balik kerja time tu la Eza jerit geram dalam kereta. HAHA. Suami faham sangat dah. Kat office bukan main cool ya.
ReplyDeleteselamat tahun baru. semoga dipermudahkan urusan kak sun untuk tahun ni :)
ReplyDeletemcm biasalah ya tahun baru mst azam baru.. kmk malas nk berazam baru klak tgl kenangan jak klak... cuma ada kpi jak dlm kerjaya yg mok dicapai
ReplyDeleteBetul, tahun 2020 kita banyak spend masa kat rumah. menikmati puasa dan raya dengan norma baru. Samalah, azam tak berapa nak ada. takut kecewa asyik CF je tak mencapai KPI.huhu
ReplyDeleteHappy new year :)
Tahun sebelum2 ni tak pernah ada azam sebab tau memang takkan tercapai, tapi for the first time untuk 2021, azam tahun baru ni kalau boleh nak cuba survive from/avoid Covid as long as I could and cari kerja sebab kehilangan kerja masa PKP haritu.
ReplyDeleteHopefully 2021 lebih bermakna dari 2020.
Happy New Year awak..
ReplyDeleteDah setahun tak jumpa ko kannn...
selamat tahun baru 2021 ciksun
ReplyDeletetak terlambat rs nyautk sy ucapkan selamat tahun baru 2021
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com