Pokok Ketumbar Jawa | Ni pokok yang ciksun masukkan dalam entri terakhir tahun 2020. Takde pembaca yang tahu tu pokok apa. Jadi ciksun pergi la tanya kawan ciksun yang tanam pokok tu kat rumah dia. Katanya tu bunga dari pokok Ketumbar Jawa.
Ketumbar Jawa, Long Coriander atau nama saintifiknya Eryngium foetidum L. merupakan tumbuhan herba dari keluarga Parsley yang berasal dari kepulauan Caribbean. Sekarang pokok ni boleh didapati di negara-negara tropika di seluruh dunia. Cara menanamnya adalah melalui biji benih ataupun dari anak pokok yang dipisahkan dari pokok induk.
Gambar yang ciksun ambil tu sekadar bunganya sahaja. Sebenarnya pokok Ketumbar Jawa mempunyai dua jenis daun: Roset terdiri dari 10 daun memanjang, boleh mencapai sehingga 30 cm panjang dan 4 cm lebar, dengan sisi bergerigi dan tekstur boleh dimakan. Manakala daun pada tangkainya lebih kecil dan lebih keras.
Warna daunnya hijau berkilat, jika "dicederakan" akan mengeluarkan bau seperti daun ketumbar tetapi lebih kuat. Braktea bunganya pula keras seakan hampir woody dan agak berduri; menyebabkan bahagian ni hampir tak boleh dimakan, kecuali kalau dibuat puree.
Pokok Ketumbar Jawa boleh dijadikan sebagai pokok hiasan, dengan sifat mudah dijaga serta kurang diserang penyakit mahupun serangga perosak. Sebagai tumbuhan herba, pokok Ketumbar Jawa mempunyai banyak khasiat pada akar dan daunnya.
Air rebusan daun Ketumbar Jawa diminum dan dijadikan mandian untuk merawat demam panas, radang paru-paru, dan selsema. Ia juga dikatakan boleh melegakan kembung perut dan melawaskan pembuangan air besar. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka.
Akar Ketumbar Jawa juga mempunyai khasiat yang hampir sama jika direbus dan diminum. Selain tu, daunnya juga dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.
Daun Ketumbar Jawa boleh dijadikan pengganti kepada daun ketumbar biasa, dimasukkan ke dalam tomyam untuk menaikkan lagi selera kerana baunya yang lebih kuat.
Sumber:
9 Comments
Lahh..ingatkan pokok bunga. Rupanya pokok herba. Pokok ketumbar pun tak pernah tengok, patutlah haritu tak tahu. huhu..Terima kasih share. Dapat ilmu pokok baru harini :)
ReplyDeletePokok ketumbar pun ada banyak varieties juga rupanya 😊
ReplyDeletePokok herba ni banyak kegunaan kan...
ReplyDeleteOoo ini pokoknya sebab PC pernah dengar orang sebut pokok ketumbar jawa tapi tak pernah nampak pokoknya macam mana.
ReplyDeleteAku tau pokok ni depan uma mak aku dulu, atuk buat ubat bisul dan kayap.. tu setahu aku laaa...
ReplyDeleteAir rebusan boleh rawat selesema? Kena tanam ni. Selalu jugak selesema bila musim hujan.
ReplyDeleteorang dolok selalu bertanam k kegunaan berubat, masakan dll. yg benar cri di laman ajak.
ReplyDeletePertama kali nampak pokok ketumbar Jawa ini ketika saya berkunjung ke daerah pedalam Sabah di Pensiangan. Kawan saya orang Murut tinggal di rumah panjang Kampung Silungai. Daun ketumbar Jawa ini dia masukkan dalam masakan sup ikan. Ikut bahasanya, ketumbar Jawa ini dipanggil pokok bisuq. Saya tanam tak pernah hidup heheheee. Sewaktu makan miang pla pao di Bangkok, ada daun ketumbar Jawa ni dicelah-celah sejumlah ulam-ulaman yang dihidangkan.
ReplyDeletepenah tgk tp xtau namanya ketumbar jawa hahahah
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com