Istilah-istilah yang perlu uols tahu kalau nak beli barang dalam Shopee Live | Siapa kat sini biasa borong barang dalam Shopee Live? Ciksun baru-baru ni je terjebak. Entah kenapa boleh terjebak, dahsyat pulak tu penangannya. Sampai macam hari-hari nak tengok Shopee Live kat handphone, bukan nak beli sangat pun. Tapi nak tengok diorang berjual-beli, borak-borak masa Live tu. Kadang-kadang je cuba nasib dan berjaya beli. Oh, ya, Shopee Live ni hanya boleh tengok dekat telefon tau, kat laptop tak boleh. Kat tab tak sure lah boleh ke tak sebab tak ada tab 😝
Sekarang ni macam trending pulak pakaian knitwear dekat Shopee Live tu. Most of the sellers jual bundle knitwear dekat Shopee guna cara Live Lock. Live Lock ni maksudnya uols hanya boleh beli barang masa Live tu aje, book mana-mana yang uols nak dan bayar dalam masa yang ditetapkan oleh seller. Kalau uols tak bayar dalam masa yang ditetapkan, nanti diorang akan release uols punya barang tu dan up balik dalam Live seterusnya.
Bukan sikit orang berebut nak beli barang dalam Shopee Live tu. Apatah lagi kalau barangnya berkualiti tinggi walaupun bundle. Macam knitwear, maybe sebab sekarang zaman tular K-drama, jadi ramai Malaysian buyers yang suka borong dalam Shopee Live. Baju-baju yang cantik dengan harga mampu milik guyss, siapa je tak nak kan?
Antara knitwear sellers yang ciksun recommend untuk uols join Live adalah Knit-a-holic (hannamemey), MEQMAS EMPIRE (mabundleoutlet), Bundle Viral (carasara), Knitwear By Far (knitwearbyfar), manyzeroes (manyzeroes), By BBO (yarnz9100), yodaathrift (yodaathrift), eenatasleema.co (sabrinaraffidi), Heyhana.com (heyhana.co), nuiafiqa (nuiafiqa), eyhahmrzuki (eyhahmrzuki) dan banyak lagi lerr oi!
Tapi antara senarai tu, yang paling susah gila nak Lock adalah Knit-a-holic. Tak pernah wei dapat Lock kat situ sebab viewers beratus-ratus, yang berebut satu baju pun kadang lebih 10 orang. Harga baju kat situ biasanya RM18 ke atas, sebab kualiti dia memang jenis premium macam seller dia pakai dalam gambar tu, dah siap dobi dan buang bulu pada baju guna lint remover. Ye, kalau uols ada knitwear, wajib ada lint remover ni untuk jaga kondisi baju uols supaya sentiasa cun dan elok.
Knitwear ni pulak ada macam-macam jenis kain dan designnya. Uols akan dengar seller sebut pure-knit, basic, velvet, vintage, bulus, waffle, tone dan timbul tocang. Kalau nak harga murah tapi belum dobi, belum buang bulu-bulu, boleh join Live Knitwear by Far. Sini ciksun dengan cousin banyak gak borong sebab murah-murah bajunya. Nanti basuh je sendiri bila baju dah sampai. Alaa, ciksun memang akan basuh jugak semua baju walaupun seller cakap da hantar dobi dan wangi aje baunya. Zaman COVID-19 ni semua kena basuh gituhhh. Kalau uols prefer knitwear saiz besar atau plus size pulak, boleh join Live Maybuk.shop (maybukshop).
Kalau uols minat skirt pulak, boleh join Shopee Live AZNAB.CO (musfirah27). Kat sini ada macam-macam jenis skirt bundle yang dijual pada harga berpatutan. Kalau ada rezeki uols, boleh dapat pleated atau tutu skirt tau! Yang bestnya, kebanyakan seller yang buat Shopee Live ni mesti akan bagi free gift dalam parcel uols, berupa extra knitwear atau skirt. Lagi-lagi kalau uols buat fast payment. Setakat ni ciksun paling puas hati free gift dari Bundle Viral. Beli sehelai je, dapat dua helai free knitwear saiz ciksun yang sama elok dengan yang dibeli. Allahu. Moga murah rezeki sellers ni semua.
Ok lah, kalau uols belum pernah join Shopee Live dan teringin nak tengok apa yang ada, jangan culture shock pulak tau baca dan dengar istilah-istilah diorang. Ciksun mula-mula pun blurr, tapi nasib baik ciksun ni bijak orangnya angkat bakul, observe beberapa minit dah boleh faham prosedur untuk buat Live Lock. Nah ciksun share antara istilah-istilah dalam Shopee Live yang uols kena tahu kalau nak borong knitwear.
Pit dan labuh
Biasanya, seller akan ukur dulu baju sebelum buka untuk Lock. Pit adalah panjang ukuran dada dalam inchi atau cm. Biasanya kalau saiz XS - S, pit adalah 19 inchi ke bawah. Untuk saiz S - M, pit adalah 20 - 22 inchi, saiz M - L pit 23 - 24 inchi, L - XL pit 25 ke atas dan seterusnya.
Labuh pulak ikut masing-masing sebab ada knitwear jenis croptop, ada jenis baggy, ada jenis labuh. Kadang-kadang ada seller tak ukur pun pit dan labuh, hanya sebut saiz sahaja. Kalau yakin dengan saiz baju yang seller display, boleh lah Lock.
Lock code
Biasanya, bila seller dah sebut ukuran baju dan letak harga, diorang akan bagi Lock code. Uols kena taip Lock code ni dekat ruangan komen masa Live untuk lock baju yang uols berkenan. Seller akan pilih buyer paling pantas send code tu dekat komen atau ikut dia lah nak pilih buyer nombor berapa.
Haa, nak lock ni biasanya depends on kelajuan uols menaip dan kelajuan internet uols jugak. Kalau line slow, memang asyik terciduk aje lahhhh sebab orang lain dah sepantas kilat menyambar. Dia punya debar nak taip code sambil dengar seller sebut tu memang macam debar nak ambil exam. Tunggu seller sebut nama locker pun belum habis reda lagi debar tu. Agak berbahaya untuk mereka yang ada lemah jantung. Haha!
Cincot, SS dan DSS
Bila uols dah berjaya Lock baju, seller akan sebut nama uols dan minta uols screenshot a.k.a SS a.k.a cincot. Haha. Sabor je la ciksun baca memula. Cincot, padiaaaaaa 🤣😂 Then bila dah SS, uols kena taip dekat komen tu "dss", maksudnya Done Screenshot. Ini wajib ya, supaya seller tahu yang uols confirm nak baju tu. Kalau uols tak taip "dss", kemungkinan besar seller akan release baju time tu jugak untuk bagi pada orang lain.
Bila dah SS, jangan lupa terus chat seller, hantar gambar yang uols SS tadi. Terutamanya untuk yang first time lock. Ye lerr, takkan ko nak seller carik ko pulak. Jenuh nanti. Kalau uols tak chat seller gambar SS tu, kebarangkalian untuk seller release semula baju pun tinggi sebab seller ingat uols tak jadi nak beli.
Tekan Tukul
Selain dari guna Lock Code, seller jugak boleh guna Tekan Tukul. Ada seller buat ni selang-seli dengan Lock Code sebab nak bagi peluang kepada orang lain yang lambat nak taip. Kekadang tu orang yang sama aje menang Fastest Finger.
Menariknya, orang yang menang Fastest Finger belum tentu boleh menang Lock Code, dan sebaliknya. Tapi seller jugak boleh set Tekan Tukul untuk random pick. Ikut rezeki uols lah. Ada seller jugak tak suka pakai Tekan Tukul sebab kadang-kadang orang main-main aje tekan, atau tertekan tukul tu masa tengah tengok Live.
Beg Oren
Kalau uols bukak Shopee Live mana-mana seller, uols akan perasan dekat sebelah comment box ada satu beg oren. Tekan beg oren tu untuk Add to Cart produk yang dijual semasa Shopee Live. Ada seller letak harga asing-asing ikut produk, ada seller letak harga dalam range tertentu macam dalam gambar kat bawah ni.
Uols boleh pilih ikut harga produk yang dibeli masa Live tu, then klik simbol troli tepi tu untuk Add to Cart. Kalau tak nak buat masa Live pun takpe, nanti lepas Live seller akan bagi jugak link untuk uols Add to Cart daripada gambar-gambar SS yang uols send kat seller.
Joy
Haaa, ni dia yang paling tak disukai ramai dalam Shopee Live, terutamanya seller. Joy ni adalah gelaran untuk buyer yang tak serius membeli. Dah lock, tak chat, tak bayar. Terus senyap, menghilang tanpa jejak. Jenis main-main gini kadang-kadang di kalangan seller pun ada, yang jenis dengki dekat seller lain 😅
Uols kalau nak cancel baju, buat dalam Live aje, tu boleh diterima lagi. Jangan dah habis Live, tak nak baju, terus tak chat seller. Ada potensi masuk Joy list dan berpotensi jugak untuk kena block tau! Agaknya syok ekk dapat Lock banyak-banyak supaya orang tahu dia hebat dan laju, tapi bukan nak beli pun. Kesian orang yang betul-betul nak beli, kesian jugak seller kena up balik baju Joy ni.
Freelock
Ni pulak benda yang paling menggembirakan untuk buyers. Sebab boleh dapat baju free masa Shopee Live. Baju free ni ikut jugak, ada yang betul-betul berkualiti dan cantik, tapi ada jugak yang ada defect (contohnya ada pinhole sikit, koyak sikit, stain sikit) tapi lawa. Jadi seller lepaskan kepada mana-mana buyer yang nak secara percuma.
Beza Freelock dengan free gifts adalah Freelock ni uols yang pilih dan nak masa Live, tapi free gifts tu seller bagi je mana-mana, tak boleh pilih. Dalam Shopee Live, seller boleh tentukan bila dia nak buat Freelock, set waktu ke atau set every berapa ribu Likes. Yo, tepi comment box ada button love yang uols boleh spam Likes banyak-banyak sambil tunggu baju idaman hati.
Pass
Kadang-kadang kesian dekat buyer yang nak sangat baju tapi internet dan jari tak berapa nak laju. Maka, buyer-buyer sepantas kilat tadi baik hati untuk Pass baju kepada yang betul-betul nak. Buyer laju akan Lock Code atau Tekan Tukul, kemudian Pass dengan taip "pass ___ nama buyer" atau panggil buyer tu SS.
Tapi ni tak semua kedai boleh buat tau. Kena tanya dulu seller, sama ada boleh Pass atau tak dalam Live dia. Ada seller tak suka main Pass ni sebab macam tak adil untuk yang lain. Satu lagi sebab lambat bila yang nak di-Pass tu tak alert.
Reward Coins
Sesetengah seller ada bagi Reward Coins masa Shopee Live. Coins ni uols boleh claim sesambil tengok Live tu lepas beberapa minit. Claim lah sampai habis coins yang seller dah provide. Bila da habis coins, semua orang dah claim, dia akan tulis "fully claimed" kat atas tu.
Coins ni nanti akan masuk uols punya Shopee Coins, macam biasa lah boleh pakai untuk membeli-belah di kemudian hari.
Haa, rasanya tu aje lah istilah-istilah dalam Shopee Live yang ciksun ingat. Kalau ada yang tertinggal, boleh la bagitahu ek. Ni taip dari pagi sampai sekarang baru siap ha. Sebab tengah taip sambil layan Shopee Live kat office. Boleh pulak terserempak kak Juju JDT Blogger.
Haha!
Ok bye!
22 Comments
kemain dua org tu ek..xpernah lagi membeli dekat shopee live sbb xpandai lak lock order..kena belajar dengan sunah dengan dak juju ni
ReplyDeleteBhahahahahaha.... Boleh pulak terserempak yek.. Kakakaka... Tq sunah tolong lock kan baju. Line semput kt ofis..
ReplyDeleteKena buka blog ni untuk study balik terms kalau nak join shopee live bila2 ahaha
ReplyDeleterajin nya awak tgk live tu...
ReplyDeletekita tiap kali nak klik live rasa berat sangat..
takut byk sgt nak beli hahah
Baru tahu kalau seller jual live macam ni. kalau pertama kali shopping live tu mesti tak tahu. Sy tak pernah beli live. tak sabar nak tunggu. hihi
ReplyDeleteWak tak terjerumus lagi
ReplyDeleteShopee live berhantu hihihi.. Kalau ikut semua nk beli... Aritu 3 kali gak lock baju tidur cekci hihihu...
ReplyDeleteaduh kak sun, bahaya ni tau kalau huda join ni, mau ler terbeli juga hahaha. peh enjoy baca kak sun punya story kali ni, thanks share sun
ReplyDeleteRajinnya ko tengok dan layan live yee.. aku lama gile ko tak soping Shopee lepas renew kad bank tu, nak edit balik kad baru malas hahahaha.. hanya masuk siram pokok jee kikiki
ReplyDeleteWah ilmu baru untuk PC ni.
ReplyDeletetak pernah tengok shopee live ni. satgi ada je barang nak beli..hehe
ReplyDeleteBlur baca sebab xpenah tengok. Hehe. Beli time perlu je.
ReplyDeletesambil baca sambil tengok gambar sebab knitwear banyak yang cantik2 dan stylish. Pernah jugak beli knitwear dekat shopee live siap dapat free beberapa helai. Thanks share pasal ni kak sunnah :)
ReplyDeleteOk, aku berjaya baca sesatu ayat sampai habis entri ni.. Bahahaa.. Aku save dulu link.. in case nak join LIVE di Shopee.. Kena fokus untuk lock ni.. huhu..
ReplyDeleteX penah join tok... lucu juak tek term nya cincot.. DSS... selamak tok tauk LOCK ajak nangga org berjual di fb live
ReplyDeleteselalu tgk live tapi x pernah nak lock sebab tak pandai hahaha
ReplyDeleteBoleh sapa ii bgthu tak, apa maksud fs? Tgk org reply "sis fs Ada tak? " fs tu apa?
ReplyDeletefs tu Free Shipping
DeleteKalau dah dss pastu chat seller Tu hanta gamba screenshot tu kat seller ke
ReplyDeleteya
Deleteapa beza basic knit dengan pure knit?
ReplyDeletebasic knit kalo tengok sekali imbas, nampak macam tshirt biasa aje..knit nya nipis dan sangat halus..sesuai dipakai dengan cuaca Malaysia..
Deletepure knit selalunya orang panggil untuk knitwear yang benangnya tebal dan nampak jelas coraknya..pakai yang ni nak kena ada inner kalo tak nak panas..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com