Ticker

6/recent/ticker-posts

Eh, Dah Rabu Balik Ke?

Eh, Dah Rabu Balik Ke? | Terkedu sekejap ciksun bila tengok kat Reading List tepi tu, ada entri Wordless Wednesday. Eh, hari ni dah Rabu balik ke? Cepat betul masa berlalu. Dah berapa hari ciksun tak update blog. Last update lagu Mimpi hari Ahad lepas, itu pun scheduled post tahun lepas. Dah masuk tahun baru 2021, ni la kali pertama ciksun bukak blog guna laptop dan menulis entri terbaru.

Teluk Gorek, Mersing, Johor

Nak buat macam mana, jadual penuh awal tahun. Housemate ciksun ajak pergi Teluk Penyabung pada 1 dan 2 Januari hari tu, ada company retreat. Ciksun ON aje, sampai sana aktiviti memang santai, makan-makan aje dan BBQ. Then, explore kawasan sekitar tengok air terjun dan pantai, balik dari Mersing nak ke Skudai, hujan sepanjang hari sampai air sungai pun naik di Jalan Jemaluang - Kota Tinggi.

Sampai rumah dah lewat petang, memang penat. Esoknya pulak 3hb, ciksun ada tempahan brownies, memang padat ler gamaknya. Itu pun petang baru ciksun start membakar. Sebelah malamnya customer datang ambil brownies. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak kalau masih mampu buat. Tapi malam tu ciksun dah start rasa sakit tekak. Tonsil dah nampak merah dan ada tompok putih.

Mungkin sebab masa kat Mersing kena hujan jugak, dan mandi kolam pun time hujan. Errr. Lepas tu cuaca sejuk aje, tidur pun tak pasang kipas weiii. Pukul 5 pagi 4 Januari, ciksun dah rasa dedor nak demam. Alahai, sepatutnya hari Isnin tu ciksun dengan officemate pergi Nilai, sebab hari ni ciksun should be on the houseboat kat Tasik Kenyir. So sedih sebab tak sihat hari Isnin tu. Prof ciksun pun duk pujuk-pujuk ikut sungguh-sungguh tapi ciksun takut nanti kalo penat jalan jauh, lagi melarat sebab tak cukup rehat.

Makanya, pada tarikh 5 - 8hb yang ciksun sepatutnya tengah santai-santai atas houseboat, kini bertukar jadi lepak-lepak manja kat rumah saje. Sambil baca segala text update dalam whatsapp group Kenyir. Sobss. Takde rezeki nak pergi kali ni, dah la fully sponsored tu. Mudah-mudahan ada rezeki di lain hari.

Banyak entri tertunggak dan kerja belum selesai, ada hikmahnya juga.

Post a Comment

10 Comments

  1. selamat berehat ciksun oi... badan kadang bila tak cukup rehat mula lah dia mintak kita rehat, mula lah rasa tak sedap badan...
    akak kadang gitu jugak, rasa tak sedap badan atau penat sgt kadang cuma amik cuti dan melepak rehat2 kt rumah insyallah ok...

    ReplyDelete
  2. patutlah lamak sik update... gago gilak duhal nya... get well soon ciksun!!

    ReplyDelete
  3. Banyakkan rehat ciksun.. Semoga cepat sembuh dari demam.. Batuk.. Selsema dan yg sewaktu dengannya

    ReplyDelete
  4. gws ciksun.. takpelah rehat2 kat umah ok gak

    ReplyDelete
  5. diam x diam tahun baru dah nk msk seminggu...

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh Cik SUn, tonsil tu jangan dibiar, makan ubat lekaih

    ReplyDelete
  7. all the best. semoga dipermudahkan segala urusan, aamiin

    ReplyDelete
  8. Same same la we bru bukak. eceh.. maok juak sama. Haha

    Get well soon Cik Sun. Jaga diri. Jaga kesihatan ^^ May Allah ease everything for you. :)

    ReplyDelete
  9. Ohh patutlah sepi sikit. Ada peluang kita jalan. ye tak? Terasa betul kejap perjalanan masa sekarang. Tak lama lagi dah belas belas masuk pertengahan January. Takpelah, inshaAllah ada rezeki boleh pergi. Selamat berehat di rumah :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com