Ticker

6/recent/ticker-posts

Orange Marmalade Crossandra @ Firecracker

Orang Marmalade Crossandra @ Firecracker | Mulanya, ciksun tak tahu pun ni pokok bunga apa. Mula berbunga hujung minggu lepas. Bunganya cantik berwarna oren. Ingatkan sekuntum aje yang mekar, esoknya berkuntum-kuntum lagi keluar memunculkan kelopak. Rupanya bila sekuntum da keluar, memang akan keluar lagi yang lainnya sampai habis kelongsong bunga tu.

Orange Marmalade Crossandra @ Firecracker

Ya, bunganya dalam kelongsong panjang seakan-akan bunga api. Sebab tu la agaknya dipanggil firecracker juga di sesetengah tempat. Daunnya pula sederhana besar dan berwarna hijau gelap. Bunga crossandra ni katanya berasal dari Sri Lanka dan banyak juga boleh didapati di selatan India. Boleh dijadikan tanaman hiasan di luar dan juga di dalam rumah.

Waktu terbaik untuk menanam crossandra adalah ketika musim bunga, mengambil masa tujuh bulan untuk mula berbunga. Penjagaannya mudah, asalkan cukup air dan cahaya matahari sedang-sedang aje. Housemate ciksun bawak balik dari office dia, dalam polibag aje. Masa tu dah sedikit besar pokoknya, aras betis. Siram setiap hari, akhirnya muncul bunga yang tak dikenali. Tanya housemate, dia pun tak tau nama apa, main bawak balik aje. Hahaha!

Orange Marmalade Crossandra @ Firecracker

Botanical Name: Crossandra infundibuliformis
Common Name: Crossandra, firecracker flower
Plant Type: Evergreen perennial flower
Mature Size: 1 to 3 feet tall and 1 to 2 feet wide
Sun Exposure: Part shade
Soil Type: Rich, loamy, well-draining
Soil pH: 5.8 to 6.5
Bloom Time: April to October
Flower Color: Orange, apricot, salmon pink, red
Hardiness Zones: 10 to 11
Native Area: Southern India, Sri Lanka

Selain bentuk kelongsong bunganya yang menyerupai bunga api, bila bunga dah mula kering nanti, kelongsong tu boleh meletup juga jika terdedah kepada lembapan dan hujan yang tinggi. Letupan ni kemudiannya akan melepaskan benih ke tanah, menghasilkan anak pokok yang baru.

Nak tahu lebih lanjut tentang pokok bunga crossandra dan cara-cara menanam serta menjaganya, boleh rujuk SINI.

Post a Comment

11 Comments

  1. kacak kaler nya... oren yg x striking

    ReplyDelete
  2. pernah dengar nama pokok ni tapi ini first time tengok bunganya..lawa lah..:)

    ReplyDelete
  3. Mula2 baca tajuk, terbayang jem oren marmalade, hahahaha.. ke aku lapar??

    ReplyDelete
  4. cantik, Sun.
    aida now sedang nak biak kan vinca.
    selepas sedikit frust bila tanam sayur tak jadik sgt :( sob sob sob...
    sedang tunggu benih vinca dari sabah.
    moga menjadik la tanam pokok bunga plak.

    ReplyDelete
  5. Ilmu baru ni. Thanks share. Rasanya tak pernah jumpa lagi depan mata.

    ReplyDelete
  6. Best betul nama bunga ni. Wonder gak kenapa firecracker tu. Rupanya macam tu rupanya ye. Pernah nampak bunga ni tapi tak tahu namanya. cantik warna oren dia :)

    ReplyDelete
  7. baru tahu namanya... mak akak ada tanam pokok ini kat kampung...tapi sekarang entah dah tak pernah nampak dah mati kot, senang nak biakkan bunga ni

    ReplyDelete
  8. Baik-baik takut tahun baru nanti dia meletus plakkk hahahaha

    ReplyDelete
  9. kacak kaler bunga firecracker nih., ;p

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com