Lunch Menu Peranakan di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru | Unik betul nama restoran ni, Bibik's Kitchen. Ciksun pergi makan tengahari kat sini hujung minggu lepas dengan rakan-rakan JDT Blogger. Dah lama tak kumpul makan reramai, sesekali kan, teringin juga try menu baru sama-sama di restoran yang tak pernah dijejaki.
Bibik's Kitchen ni nama restoran dalam JO Hotel, Johor Bahru, dibuka sejak 6 September 2020. Lokasinya di ground floor, sama aras dengan lobi hotel. Depan restoran boleh nampak ada mini stall sekadar hiasan, khas untuk penyambut tetamu restoran greet guests yang nak datang makan kat sini. Nak check in MySejahtera pun kat mini stall ni.
Then masuk dalam restoran, tapi tak duduk kat dining hall biasa tu. Kitorang masuk ke Thia Besar Hall, dewan makan khas bertemakan dekorasi baba nyonya. Meja makan disusun memanjang, dipanggil sebagai "Tok Panjang". "Tok" dalam loghat Hokkien adalah meja, manakala "Panjang" diambil daripada bahasa Melayu. Susunan meja makan macam ni merupakan budaya biasa bagi masyarakat Peranakan.
Atas keramahan masyarakat Peranakan serta gabungan pengaruh Cina dan Melayu, jamuan yang disediakan di atas meja panjang biasanya dipenuhi dengan pelbagai hidangan lengkap dari pembuka selera kepada pencuci mulut, memberi peluang kepada para tetamu, keluarga dan rakan-rakan untuk mencuba aneka masakan yang ada.
Antara menu yang wajib dicuba kat sini adalah Kueh Pai Tee (RM6), Assam Pedas Kepala Ikan (RM35), Assam Pedas Ikan Pari (RM20), Ayam Buah Keluak (RM15), Nyonya Chap Chye (RM6), Udang Masak Lemak Nenas (RM18) dan Cincalok Telur Dadar (RM10). Kuih-muih tradisional pun ada setiap hari, antaranya Pulut Tekan, Nyonya Seri Muka, Kuih Koci dan Klepon (ondeh-ondeh), sesuai sangat untuk minum petang.
Ciksun dah cuba hampir kesemua menu ala carte kat perenggan atas tu, kecuali Udang Masak Lemak Nenas. Hari tu, kitorang makan Sambal Udang Petai, pun sedap jugak tau! Udang dia fresh sangat, walau ciksun tak makan petai, tapi mana boleh tak cuba sambal udang sebab tu febret ciksun tanpa petai. Haha!
Paling sedap antara semua adalah Assam Pedas Kepala Ikan tu, fuhhh puas hati sangat hirup kuah dia! Berasa segala rempah ratusnya, walaupun pedas tapi tetap nak ceduk banyak kali. Jarang nak suka asam pedas ikan ni, tapi yang kat Bibik's Kitchen ni nyata dah menolak jauh-jauh fakta citarasa ciksun tentang asam pedas ikan.
Ayam Kapitan adalah menu nombor dua ciksun suka lepas Assam Pedas Kepala Ikan. Sedap hokeyyyy, kari stail nyonya memang jarang lah mengecewakan ciksun. Semangkuk besar kitorang makan berlapan, memang licinnn! Alhamdulillah.
Selain dari menu ala carte, diorang jugak ada Nyonya Set Lunch yang berharga RM35nett untuk dua orang makan. Macam yang ciksun makan dengan kawan ciksun ni, ada ikan Caru Sumbat Sambal, Chap Chye, Ayam Pongteh, Cincalok Telur Dadar, Ulam Bendi dengan Sambal, dan hirisan buah tembikai. Berbaloi-baloi makan dua orang, lengkap dengan nasi putih. In case uols nak makan nasi campur aje, pun ada jugak, RM10nett harganya.
Itik Tim, menu istimewa di Bibik's Kitchen @ JO Hotel, Johor Bahru |
Ciksun jugak cuba Cendol diorang, sedap uiksss! |
Dengar kata, Krismas ni nanti diorang ada buat promo jugak. 24 dengan 25 Disember 2020, uols boleh makan Bibik Style Christmas Dinner pada harga RM80nett untuk dua orang, hidangan menunya merangkumi Goh Hiong Roll, Roasted Chicken with Keluak Sauce, Steamed Fish with Nyonya Sauce, Pulut Kuning, Sago Gula Melaka dan Lemongrass Drink. Kalau nak menikmati hidangan special ni, uols kena book awal ya!
In case nak buat event ke, boleh jugak uols guna Thia Besar Hall tempat ciksun makan ni, atau nak guna Kapur Hall, Meranti Hall dan Chengal Hall kat level 4 pun boleh sangattt! Terus aje contact diorang: +607 288 8688.
Bibik's Kitchen
Ground Floor,
JO Hotel Johor Bahru
15, Jalan Gereja
Waktu perniagaan:
7.00 - 10.30 am (sarapan pagi)
12.00 - 9.00 pm (makan tengahari & malam)
*last order @ 8.30 pm
Instagram: https://www.instagram.com/bibikskitchenjb/
24 Comments
Sedap nya ciksun makan makan ye...
ReplyDeleteharus lahhh sesedappp 😜
DeleteCendol tu. Ish..
ReplyDeletesabor ekss pc 😆
DeleteAda pai tee ke tu Ciksun? Sedapnya lahai...
ReplyDeleteaha betul amie..pai tee..hihihi
DeleteAduh... sedapnya semua
ReplyDeletesedap sangattt
Deletemasakan nyonya memang sedapp rinduu nak makan lagi hehe
ReplyDeleteSaya sangat suka masakan peranakan. Sangat sedap. Setiap hari pun boleh makan
ReplyDeleteKat JB ni banyk sungguh restoran yang bole di exlpore kan? Sis Lin pun selalu up mengenai food... dah lama tak ke JB..
ReplyDeleteEntah kenapa baca bibiks kitchen teringat dengan cibiuk restaurant. Dua nama unik macam nak sama pulak. hihi..menyelerakan betul hidangan yang terhidang. mahu tak sedap asam pedas tu, tengok gambar pun terliur sudah. huhu
ReplyDeleteBestnya makan masakan authentic nyonya. Harga pun murah je untuk set 2 orang tu.
ReplyDeleteeh eh ada Sis Lin lah kat situ. Allahu kenapalah buka entri pasal makanan malam2 mcm nie. terus jadi lapar. uwaaaaaaa
ReplyDeleteLama dah nak try masakan peranakan ni sebab nak tahu jugak apa perbezaan rasa dia ....tapi saya jenis tak kisah yang penting sedap sudah....
ReplyDeleteDan satu saya perasan di mana ciksun disitu ada sislin ....ehehehe
Teringat-ingat aku smabal udang petai dia...sedapnyaaaa, jom sesekali kita pekena jommm..
ReplyDeleteMenarik pula bila dengar menu peranakan. Boleh juga ajak suami minggu depan cuba menu peranakan kat sini
ReplyDeleteAsam buah kuak nampak unik dan sedap. Jarang dapat makan beria kalau ke johor. Nanti boleh try mkn kat sini
ReplyDeleteWow.. baru lagi restaurant ni.. menarik juga menu2 dia kan.. next time jalan2 kat Johor boleh try ni.. :)
ReplyDeleteKita baca nama restoran pun mula2 dh pelik kok ada bibik.. Hehehe.. Unik nama restoran ni... Boleh try nanti kalau trun jnis
ReplyDeleteNi nad kalau sampai sana. Tak tau nak makan apa.. Hahaha.. Dah ciksun kata semua sedp. Tengok gambar pun dh mengiurkan
ReplyDeleteThis looks so yum! Tapi ni kat JB, when I go to JB I will definitely visit this place!
ReplyDeleteBoleh ajak mak ayah makan sini bila balik JB xD
ReplyDeletelook at all those foods... so delicious and mouthwatering. who la can tahan seeing all this!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com