Ticker

6/recent/ticker-posts

Happy 34th Birthday Kak Nadia!

Happy 34th Birthday Kak Nadia! | Semalam, tanggal 9 Disember 2020, birthday salah seorang rakan office kami. Kak Nadia Hassan, office manager untuk company Bumi Solution, tua setahun aje dari ciksun tapi sangat-sangat hebat dalam bidangnya. Tak tipu kalau ciksun cakap, ciksun respek Kak Nad sangat-sangat sebab expert betul dalam bidang kerja tanah ni.

Happy 34th Birthday Kak Nadia!
Cuba teka mana satu Kak Nad

Sebelum ni ingatkan umur Kak Nad sama dengan ciksun je, rupanya sama tu 4 bulan je, lepas tu dia akan tua setahun dari ciksun. Haha. Semalam kitorang celebrate birthday Kak Nad kat office, berapa hari sebelum ni dia da bagi hint dah teringin Mango Cheesecake siap bagi gambar dalam group office. Apa lagi, kami buat operasi belakang tabir lah.

Gigih cari seller Mango Cheesecake sekitar Johor Bahru ni. Tak ramai yang buat Mango Cheesecake macam dekat Kula Cakes tu. Tapi ada beberapa seller yang ambil tempahan Mango Cheesecake Rose. Yang atas kek nya ada susunan hirisan mangga macam kelopak bunga ros. Belek-belek tempahan terkini dan survey harga, akhirnya close deal dengan seorang seller dari Taman Setia Tropika, @blossomdessert_jb.

Happy 34th Birthday Kak Nadia!

Happy 34th Birthday Kak Nadia!

Pagi semalam, dalam pukul 10.40 pagi, kek nya sampai kat office, seller hantar guna GrabExpress. Dari Taman Setia Tropika, delivery charge RM15. Harga kek pulak saiz 6" RM60. Kalau 9", RM110, ciksun order yang saiz 6" aje, tapi boss bayar 80%. Selebihnya ciksun share dengan officemate tong tong sorang separuh.

Hampir tengahari, baru la kami dapat celebrate birthday Kak Nad, lepas semua klien dah beredar dari bilik meeting. Salah seorang tenant offer belanja KFC Ayam Tandoori. Perghhh sedap sehhh! Very recommended ya! Gambar ayam lupa nak ambik, excited masing-masing nak try Mango Cheesecake tu sampai lupa nak snap gambar KFC. Haha!

Happy 34th Birthday Kak Nadia!

Happy 34th Birthday Kak Nadia!

Alhamdulillah atas rezeki birthday girl, dua kali orang datang delivery surprise ke office. Sekali tu husband Kak Nad hantar jambak bunga and coklat, siap budak delivery lelaki tu nyanyi lagu birthday depan pintu office. Semua orang tengok dan join nyanyi sekali 😆

Then tak lama lepas tu datang lagi delivery, tapi cuba teka apa dia?

Happy 34th Birthday Kak Nadia!

Happy 34th Birthday Kak Nadia!

Mango Cheesecake dari Kula Cakes! Perghhh! Baru je kitorang sebut-sebut masa tengah makan Mango Cheesecake Rose atas tadi. Rezeki dapat rasa Kula Cakes punya pulak, alhamdulillah. Rupanya kat JB ni ade ejen dia, semalam masa ciksun update kat IG story and tagged Kula Cakes Kuantan, admin IG diorang gitau pasal ejen JB. Kalau uols nak order, boleh belek IG @kcakesjb.

Suka betul Kak Nad dapat segala yang dia inginkan pada hari kelahiran dia. Weehuuu! Kitorang pun tumpang suka jugak sebab dapat makan macam-macam 😜

Buat Kak Nad, Selamat Hari Lahir! Semoga terus sukses mencapai apa jua matlamat dalam hidup, dimurahkan lagi rezeki, diberi kebahagiaan disamping keluarga tercinta dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Ameen.

Post a Comment

13 Comments

  1. Happy belated birthday buat kawan ciksun.
    Sedapnya nampak mango cheese cake tu

    ReplyDelete
  2. Yang pakai kaca mata, depan sekali tu kot orangnya heheee...

    ReplyDelete
  3. Wah. Sedapnya kek mango tu. Nampak sangat fresh.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Sanah helwah untuk Kak Nad kawan CikSun. Syukur apa yang direncana berjalan dengan mudah untuk sama-sama meraikan.

    ReplyDelete
  5. kacakkkknya mango cheese cake ya... nya makei mango benar atau yg dlm tin ya???

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Girl
    Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn...

    ReplyDelete
  7. sedapnya cake tu! happy 34th birthday buat empunya diri :D

    ReplyDelete
  8. cantiknya kek tu, sayang nak makan nengok bentuk rose tu...

    paling best dah layan ayam kfc tu, akak niat je ada tapi tak tercuba lagi...
    apa pun HB buat Nadia

    ReplyDelete
  9. Kek mangga gitu memang sedap... jiran belakang ni pun ada buat..

    ReplyDelete
  10. Whoaaa.. terliur pulak! Thanks info... cantik plak kek tu.... Happy Belated Birthday to Birthday girl! Semoga segala yang baik baik datang kepadanya.. AMIN YA RABB...

    Tiber nampak komen sis Lin... ehh, ada buat gak eh blkg rumahh. aahhaahhaahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com