Cuti Panjang 3 Hari | Hari ni 25 Disember 2020, Hari Natal untuk yang meraikannya. Satu negara bercuti. Kalau Johor, hari ni memang cuti sebab Jumaat. Jadi, cuti Krismas hari ni akan dibawa ganti ke hari Ahad nanti. Uols buat apa je cuti-cuti ni?
Ciksun hari ni adik sekeluarga datang dari Shah Alam. Tu dah on the way dah tu, tadi pukul 9 lebih dah lepas Senawang katanya. Diorang akan spend long weekend diorang kat Johor Bahru. Tak sabar betul ciksun nak jumpa anak buah dua ketul tu. Nanti ciksun share apa yang kitorang buat hujung minggu ni tau!
Bunga Susun Kelapa
Pagi-pagi sekarang ciksun mesti nak siram segala pokok kat laman rumah ni. Sekarang musim tak menentu, sekejap panas sekejap hujan. Kadang-kadang seharian panas tak hujan langsung. Sampai kering pokok-pokok tu bila ciksun balik dari office petang-petang. Kesian, kehausan masing-masing.
Ni antara pokok bunga yang dak Nada bawak balik dari office dia jugak selain pokok crossandra hari tu. Mula-mula sampai rumah ni, pokoknya belum berbunga lagi. Main teka-teki la kami, siapa salah teka, kena masak seminggu. Ciksun macam kenal daun pokok tu, rasa macam pernah nampak kat tepi-tepi jalan kat Melaka. Memang jatuh cinta masa tengok, dan rasa macam nak bawak balik Johor. Pakkal ko pokok hiasan majlis negeri punya. Haha!
Ciksun google lah pokok bunga hiasan bunga putih. Haa, jumpa tapi tak pasti betul ke tak. Jadi ciksun bagi jawapan bunga Susun Kelapa. Ibah bagi jawapan bunga Jejarum (Ixora), sementara Nada jadi pengadil. Kahhhh! Padahal mesti dia takut kena masak seminggu, kannnn! Dan akhirnya bila pokok tu mula munculkan bunga hujung minggu lepas, ciksun menang, yesss!!!
Pokok Susun Kelapa merupakan sejenis pokok herba dengan nama saintifiknya Tabenaemontana divaricata. Tapi lebih ramai yang tulis, nama saintifiknya Everthamia. Jadi ciksun rasa yang kedua tu lebih tepat kot. Pokoknya renek sahaja, boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Daunnya hijau berkilat dan meruncing ke hujung, bunganya pula putih berkelopak lima.
Pokoknya mudah dijaga dan jenis berbunga sepanjang tahun. Biasanya pokok Susun Kelapa dijadikan tanaman hiasan atau pagaran, dan ditanam di tempat yang terbuka. Dari apa yang ciksun baca kat internet dan blog-blog orang, bunga Susun Kelapa ada dua jenis, satu yang macam dalam gambar ciksun tu, satu lagi yang jenis kelopak berlapis-lapis memang betul-betul nampak macam isi kelapa, macam kat SINI.
Untuk tahu lebih lanjut tentang kegunaan pokok Susun Kelapa ni selain tanaman hiasan, boleh baca SINI.
12 Comments
pokok bunga susun kelapa? wah, rare namanya.
ReplyDeletesesungguhnya kita melayu ni indah ekk.
nama bunga pun kita tak amik entam kromo aje.
mesti ada citer kenapa nama bunga tu "susun kelapa".
aida tak ke mana 3 hari ni. di Melaka je.
ReplyDeletekebetulan ari ni x berapa sihat...
esok mungkin nak bw anak2 ronda aeon bandaraya few hours.
Whoaaa.. bagus, ini yg kita mahukan! Siram pokok selalu... 'Nyonya bangun pagi, siram pokok bungaaaaa!'
ReplyDelete#baca sambil nyanyi!
Wahhh.. banyak plak pepokoks kat umah Cik Sun sekarang
ReplyDeleteUntunglahhh. Kita terperap sambung ke tahun depan cuti yg masih dibekukan. Huwaaaaa..
ReplyDeleteSelamat bercuti panjang.
ReplyDeletelong weekend tak kemana. berehat rehat kat rumah je. cantik bunga putih tu. rasanya ada beli juga. tak tahu apa entah namanya. unik betul namanya pokok susun kelapa.
ReplyDeletehappy holiday ciksun!!! bestnya berkumpul rami²
ReplyDeleteselamat bercuti!
ReplyDeleteseronok cuti pjg..tp apakan daya bila work from home walaupun cuti dr lastweek smp new year still kena ngadap keje opis juga..bertabahla
ReplyDeleterare nama pokok tu hehe.. selamat bercuti sis..
ReplyDeletecantiknya. first time dengar nama pokok susun kelapa. unik betul :)
ReplyDeletehttps://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com