Ticker

6/recent/ticker-posts

Sekejap Je Dah Besar

Sekejap Je Dah Besar | Rasa macam baru je lagi kitorang panik sebab adik ciksun kat Shah Alam tu bagitau dalam group whatsapp, dia da kena masuk wad bersalin. Memori kelahiran anak pertamanya, masih lagi segar dalam ingatan ciksun sampai sekarang. Mamak dan bapak pun siap datang dari Bintulu, Sarawak untuk temankan Syim dari sebelum bersalin sampai lah masa pantang.

Sekejap Je Dah Besar

Tanggal 3 Ogos 2017, Aisyah lahir menyerikan kehidupan kami. Lama betul Syim dalam labour, siap dak Aisyah tu tersangkut kejap bahunya masa nak keluar sebab baby besar. Memang besar pun perut Syim masa hari-hari terakhir sebelum kelahiran Aisyah tu. Sampai ibu-ibu lain yang warded sama dan nurse semua pun cakap benda yang sama kat dia. 

Memang berbeza rasanya bila ada anak buah pertama dalam keluarga. Alhamdulillah, berapa hari dalam NICU lepas keluar, akhirnya baby Aisyah boleh balik dengan ibu dia. Ciksun sebagai bunda a.k.a mak long memerhatikan Aisyah membesar dari seketul bayi sampai lah dah umur lebih 3 tahun ni. Tinggi macam ayah dia, cantik macam mak dia.

Sekejap Je Dah Besar

Sekejap Je Dah Besar

Sekejap Je Dah Besar

Sekejap Je Dah Besar

Budak-budak, bila da faham bahasa, emosi dan perasaan, haa mula la kuat merajuk. Kuat mengadu, kuat nangis pun ye. Bunda usik sikit kang dia nangis pergi ngadu kat ayah dia. Tapi bab bercakap memang mulut murai. Bila start bercakap sendiri tu, pot-pet pot-pet dengan suara kecik dia, entah apa dia cakap pun tak tahu lah. Sebab tu dia dapat gelaran "sunyai", dalam bahasa Melanau maksudnya banyak cakap.

Sekejap Je Dah Besar

Sekejap Je Dah Besar

Ni dah ada adik, kuat berebut pulak. Hahaha. Hari tu belikan buku dari Big Bad Wolf kat Johor. Lepas PKP baru dapat bagi dia. Buku tu boleh keluarkan suara binatang, tak sampai 24 jam dah lunyai sebab berebut ngan dak Sarah 😂

Sekejap Je Dah Besar
Aisyah - 2018

Sekejap Je Dah Besar
Sarah - 2020

Sekejap Je Dah Besar

Rindu pulak bunda dengan Aisyah dan Sarah. Nanti mesti dah makin besar dan tinggi. Sarah pulak mesti tak lama lagi da pandai bercakap jugak. Sekarang pun dah kenal bunda dan pandai senyum kalau bunda usik, hari tu masa lepas PKP dalam hujung Ogos dia masih tak berapa kenal dengan bunda lagi. Bunda angkat je nangis.

Tahun depan agaknya baru dapat jumpa lagi, kan?

Post a Comment

9 Comments

  1. Nanti Bunda datang, dah sekolah agaknya dia.. budak kejap aje besar, tapi yang menjaganya, mak aii emak ko ijo di buatnya hahaha

    ReplyDelete
  2. yg no 2 tu beranak masa kita gi Sandakan tu kan??

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi bolehlah sekolah tadika

    ReplyDelete
  4. kanak2 memang cemni tau.. rasa macam baru je lahir tiba2 da besar.
    macam anak2 buah la.. awat depa cepat sngt besaq tah.. geram je haha..

    ReplyDelete
  5. Comelnya dua dua macam anak cina dah. mata sepet kulit putih. Bila dah ada adik macam tu meriah dia. kadang berebut kadang baik. Meriah rumah. Lama tak jumpa memang rasa cepat betul budak budak membesar.

    ReplyDelete
  6. budak2 mmg cepat membesar. alahai rindu bau baby

    ReplyDelete
  7. Comelnya baby. Kejap jew membesar. Seronok gomol anak-anak, gigit pipinya... hahahaaa!

    ReplyDelete
  8. Comelnyaaa...geram gambar masa dia baby tu...

    ReplyDelete
  9. alololo darling.
    putih melepak!
    anak2 ni memang, jarang berjumpa.
    sekali berjumpa, "eh dah besar?"

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com