Muslim Pro Jual Data Peribadi 98 Juta Pengguna Islam Kepada Tentera Amerika Syarikat | Terkejut dan speechless bila ciksun baca screenshot dari Twitter yang member ciksun share dalam group whatsapp. Kecoh sejak malam tadi, tentang berita aplikasi waktu solat, Muslim Pro, menjual data peribadi penggunanya dari seluruh dunia kepada pihak tentera A.S.
Siapa yang guna aplikasi Muslim Pro di telefon? Uols mesti sedia tahu, aplikasi ni sangat berguna untuk bagi notifikasi waktu solat harian, arah kiblat, bacaan al-Quran dan hadith, serta banyak lagi. Lebih 98 juta pengguna Islam dari seluruh dunia telah pun memuat-turun aplikasi ni di Google Play Store dan App Store. Benda wajib yang kita akan set bila guna aplikasi ni adalah: lokasi tempat tinggal kita.
Lokasi ni lah yang digunakan oleh pihak ketiga yang membeli Muslim Pro ni. Kalau uols nak tahu, Muslim Pro dah pun dibeli oleh X-Mode, salah satu syarikat yang mengumpul data peribadi pengguna secara langsung melalui aplikasi. Data ni kemudiannya dijual kepada United States Special Operation Command (USSOCOM), salah satu unit khas untuk melawan pengganas, pemberontakan dan pengintipan khas di luar negara.
Dalam laporan oleh Joseph Cox untuk Vice, telah diungkapkan bahawa Muslim Pro, sebuah aplikasi dengan lebih dari 98 juta muat turun, digunakan oleh pihak militari untuk tujuan "counterterrorism". Tentera A.S. telah dan sedang menggunakan dua aliran data yang berbeza, Babel Street dan X-Mode, untuk mendapatkan data lokasi. Daripada dua aliran data ni, X-Mode mendapatkan maklumat lokasinya dari aplikasi secara langsung, yang telah dijual kepada kontraktor, termasuk tentera.
Hakikatnya, tentera A.S. memang diketahui umum, telah menggunakan data lokasi lain untuk menyasarkan serangan drone. Sebilangan besar pengguna aplikasi yang terlibat dalam rantaian bekalan data adalah beragama Islam, yang mana telah menjadi sasaran perang Amerika Syarikat selama beberapa dekad. Tentera A.S. mempunyai sejarah perang ke atas kumpulan pengganas yang didominasi oleh orang Islam di Timur Tengah, dan telah membunuh ratusan ribu orang awam selama operasi ketenteraan di Pakistan, Afghanistan, dan Iraq.
Daripadi laporan tersebut juga, pemindahan data kepada X-Mode turut menyertakan nama jaringan wifi yang sedang digunakan oleh telefon, waktu, dan informasi mengenai telefon seperti modelnya.
Scary ke tak?
So, nak terus pakai Muslim Pro atau uninstall dari telefon?
8 Comments
Semalam ada baca, dan aku memang penggunanya sejak mula lagi.. dan sekarang pun masih ada ni huhuhu sebab aku suka dia hari=hari bg hadis dan sepotong ayat juga suka ada sore Lofar dalam tu terjemahan Quran...nanti fikir..
ReplyDeleteOh ini yang kecoh semalam ye
ReplyDeleteOohh pasal ni, ade juga terbaca di twitter. Semoga umat Islam seluruh dunia terpelihara.
ReplyDeleteDah uninstall. Pakai compass jela pasni nak cari kiblat. Haha
ReplyDeletePetang tadi husniey dapat tahu terus uninstall kat phone. Fuh seramm macamnii
ReplyDeleteIsu hangat diperkatakan semalam ni. Ramai dah uninstall.
ReplyDeleteada yang kata fake news saja pasal Muslim Pro ni..
ReplyDeletetatau kadang2 nak caya yang mana. tapi memang dr awal x guna application ni so tak rasa dilemma sngt. kalau ragu2 tu elok uninstall saja..
uninstall dah. kucewaaaa, lama guna tetiba kena uninstall sbb issue ni. ayoiii
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com