Laksam Sedap Skudai di East Coast Kitchen, U-Mall, Taman Pulai Utama | Menu lunch semalam, Laksam Kelantan. Boss order dari East Coast Kitchen, U-Mall, Taman Pulai Utama. Sedap dan kena dengan tekak ciksun. Selalunya memang susah nak telan laksam ni, tapi yang ni ok pulak walaupun mulanya masa bukak bekas tu, macam kuat nau bau bawang padahal takde pun bawang. Haha. Ciksun suap ke mulut pelan-pelan, eh ok lah, sedap jugak. Haa habis satu bekas ciksun makan. Alhamdulillah.
Sebelum ni pernah ciksun bagitahu pasal Nasi Kerabu kuning kan? Haaa, ciksun berjaya jumpa Facebook page diorang. Ni lah dia Nasi Kerabu kaler kuning diorang, lengkap dengan kuah tumis, and claimed as the first in Johor Bahru katanya. Memang sedap tau, harga pun berpatutan. Hampir setiap hari boss beli untuk lunch di office kitorang.
Selain dari tu, diorang ada Nasi Kakwok jugak. Yang ni pun not bad. Antara pilihan ciksun kalo dah jemu makan Nasi Kerabu. Haha! In case uols tak dapat keluar, diorang boleh buat delivery juga tau. Just place je order sehari lebih awal atau macam boss ciksun, dia order on the spot sebelum delivery, bahahahahhaha!!! Jangan buat gini selalu tau, kang dibuatnya tak cukup bilangan order, boleh nangisss.
Nah details kedai dan harga menu untuk rujukan uols.
Nasi Kakwok RM6
Nasi Kerabu Kuning Tumis Kelantan RM 6
Laksam RM4
Cawangan 1:
East Coast Kitchen, G22, ground floor Umall, 45, Jalan Pulai 20, Taman Pulai Utama, Skudai, Johor Bahru, Johor.
Opening hour: 11 am - 9 pm (ISNIN TUTUP)
Cawangan 2:
East Coast Kitchen x Waris Food Centre, 56 & 58, Jalan Kebudayaan 6, Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.
Opening hour: 9 am - 4 pm
Delivery:
11.00 pagi - 4 petang
Open Order Awal Sehari
Closed Order 10 pagi
20 Comments
Tak pernah jumpa nasi kerabu kuning, memang first in Johor ni
ReplyDeletekan kak..rasanya tempat lain saya belum jumpa lagi..
DeleteNasi kerabu biasa kaler biru kan...erm menarik ni...lain dari yang lain...laksam x pernah makan lagi..teringin nak cuba
ReplyDeletecuba la kak...mana tahu, jatuh cintaaa
Deletesedapnya.. laksam my favourite
ReplyDeletewahh, ada peminat laksam di siniii
DeletePernah makan nasi kerabu kuning ni, Mak Mertua yang buat. Memang lain dari yang lain :)
ReplyDeletewahhh ye kee...syoknya mak mertua boleh buat nasi kerabu..hihi
DeleteSedapnya nasi kak wok dengan nasi kerabu kuning tu. Laksam kita tak makan pulak. Harga pun murah.
ReplyDeletekan...dulu akak pun tak makan laksam tau..balik kedah, suami kenalkan laksam utagha...eh sedap pulakk..yang ni laksam kelantan..pun ok..
DeleteSemua menu sedap sedap. Tapi yg terlioq sekali Laksam tu....
ReplyDeletehahahah serius lahh...so, kena cari laksam ni
DeleteSedapnya laksam. Selalu makan laksam time raya je. Itu pun yang emak saudara buat. Adoi rindu laksam
ReplyDeletekena balik kampung mintak emak saudara buat..
DeleteSedapnya laksam! Saya mesti nak bubuh kuah banyak-banyak bagi tenggelam semua harta karun, lepas tu makan dengan penuh selera... slurrrppp!
ReplyDeletehahahahha dahsyat tenggelam semuaaaa
Deletelaksam fav..slalu mkn bila mak masak..sama juga nasi kerabu kuning...biasa org jual kebanyak nasi kerabu biru
ReplyDeletekannnn...biasa nampak nasi kerabu kaler biru guna bunga telang
DeleteNasi kerabu, nasik kak wok nang fav kmk tp laksam kmk x dpt masuk.. tp laksa penang suka.. xtauklah kenak x dpt msk laksam.. klak lah coba agik... hehehe
ReplyDeletehuish ni makanan feveret semua ni. Tunggu jap. save dulu entry ni. kenak laa taun lepas x nampak. haha
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com