Ticker

6/recent/ticker-posts

Laksam Sedap Skudai di East Coast Kitchen, U-Mall, Taman Pulai Utama

Laksam Sedap Skudai di East Coast Kitchen, U-Mall, Taman Pulai Utama | Menu lunch semalam, Laksam Kelantan. Boss order dari East Coast Kitchen, U-Mall, Taman Pulai Utama. Sedap dan kena dengan tekak ciksun. Selalunya memang susah nak telan laksam ni, tapi yang ni ok pulak walaupun mulanya masa bukak bekas tu, macam kuat nau bau bawang padahal takde pun bawang. Haha. Ciksun suap ke mulut pelan-pelan, eh ok lah, sedap jugak. Haa habis satu bekas ciksun makan. Alhamdulillah.

Laksam Sedap Skudai di East Coast Kitchen, U-Mall, Taman Pulai Utama

Laksam Sedap Skudai di East Coast Kitchen, U-Mall, Taman Pulai Utama

Sebelum ni pernah ciksun bagitahu pasal Nasi Kerabu kuning kan? Haaa, ciksun berjaya jumpa Facebook page diorang. Ni lah dia Nasi Kerabu kaler kuning diorang, lengkap dengan kuah tumis, and claimed as the first in Johor Bahru katanya. Memang sedap tau, harga pun berpatutan. Hampir setiap hari boss beli untuk lunch di office kitorang. 

Nasi Kerabu Kuning Tumis Sedap Skudai di East Coast Kitchen, U-Mall, Taman Pulai Utama

Selain dari tu, diorang ada Nasi Kakwok jugak. Yang ni pun not bad. Antara pilihan ciksun kalo dah jemu makan Nasi Kerabu. Haha! In case uols tak dapat keluar, diorang boleh buat delivery juga tau. Just place je order sehari lebih awal atau macam boss ciksun, dia order on the spot sebelum delivery, bahahahahhaha!!! Jangan buat gini selalu tau, kang dibuatnya tak cukup bilangan order, boleh nangisss.

Nasi Kakwok Sedap Skudai di East Coast Kitchen, U-Mall, Taman Pulai Utama

Nah details kedai dan harga menu untuk rujukan uols.

Nasi Kakwok RM6 
Nasi Kerabu Kuning Tumis Kelantan RM 6
Laksam RM4
 
Cawangan 1: 
East Coast Kitchen, G22, ground floor Umall, 45, Jalan Pulai 20, Taman Pulai Utama, Skudai, Johor Bahru, Johor.
Opening hour: 11 am - 9 pm (ISNIN TUTUP)

Cawangan 2: 
East Coast Kitchen x Waris Food Centre, 56 & 58, Jalan Kebudayaan 6, Taman Universiti, Johor Bahru, Johor.
Opening hour: 9 am - 4 pm

Delivery:
11.00 pagi - 4 petang
Open Order Awal Sehari 
Closed Order 10 pagi

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi⬇️⬇️

Post a Comment

20 Comments

  1. Tak pernah jumpa nasi kerabu kuning, memang first in Johor ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..rasanya tempat lain saya belum jumpa lagi..

      Delete
  2. Nasi kerabu biasa kaler biru kan...erm menarik ni...lain dari yang lain...laksam x pernah makan lagi..teringin nak cuba

    ReplyDelete
  3. Pernah makan nasi kerabu kuning ni, Mak Mertua yang buat. Memang lain dari yang lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ye kee...syoknya mak mertua boleh buat nasi kerabu..hihi

      Delete
  4. Sedapnya nasi kak wok dengan nasi kerabu kuning tu. Laksam kita tak makan pulak. Harga pun murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...dulu akak pun tak makan laksam tau..balik kedah, suami kenalkan laksam utagha...eh sedap pulakk..yang ni laksam kelantan..pun ok..

      Delete
  5. Semua menu sedap sedap. Tapi yg terlioq sekali Laksam tu....

    ReplyDelete
  6. Sedapnya laksam. Selalu makan laksam time raya je. Itu pun yang emak saudara buat. Adoi rindu laksam

    ReplyDelete
  7. Sedapnya laksam! Saya mesti nak bubuh kuah banyak-banyak bagi tenggelam semua harta karun, lepas tu makan dengan penuh selera... slurrrppp!

    ReplyDelete
  8. laksam fav..slalu mkn bila mak masak..sama juga nasi kerabu kuning...biasa org jual kebanyak nasi kerabu biru

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...biasa nampak nasi kerabu kaler biru guna bunga telang

      Delete
  9. Nasi kerabu, nasik kak wok nang fav kmk tp laksam kmk x dpt masuk.. tp laksa penang suka.. xtauklah kenak x dpt msk laksam.. klak lah coba agik... hehehe

    ReplyDelete
  10. huish ni makanan feveret semua ni. Tunggu jap. save dulu entry ni. kenak laa taun lepas x nampak. haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com