Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Cakap Orang Kalau Diri Sendiri Lebih Kurang

Jangan Cakap Orang Kalau Diri Sendiri Lebih Kurang | Perghhh, tajuk kemain panas kan. Padahal tetiba terfikir ayat ni masa mandi pagi tadi. Sedap pulak kalau dijadikan tajuk entri blog sebab ada nada dia tersendiri. Kahhh!

Jangan Cakap Orang Kalau Diri Sendiri Lebih Kurang

Tapi ye lah. Entah ek, sejak-sejak dah nak kiamat ni, makin ramai yang suka cakap pasal orang lain. Kalau cakap benda baik tu ok lagi, tapi yang banyaknya pasal buruk orang tu. Aduhai. Ciksun sendiri jujur cakap, kadang-kadang boleh kalah dengan nafsu sendiri, nak membawang dan mengumpat orang lain. Padahal dah tau dah, membawang ni ibarat makan daging saudara sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya:

Jangan Cakap Orang Kalau Diri Sendiri Lebih Kurang

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat nasuha. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang ‎yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan pengumpat akan menerima ‎pembalasannya di akhirat.

Pada rekod ‎amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan yang menghapuskan pahala. Orang yang mengumpat akan semakin bertambah dosanya dan semakin berkurang pula pahalanya kerana diambil oleh Allah dan diberikan kepada orang yang kena umpat. Jika sudah kering pahalanya, maka Allah akan ambil dosa orang yang kena umpat dan ditambah pula kepada pengumpat. Akhirnya pengumpat akan menjadi seorang yang muflis di akhirat nanti. Allahu!

Jadi, beringat-ingatlah, elakkan dari bercakap pasal orang lain. Kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam aje. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Tapi ada juga enam keadaan di mana mengumpat, membawang dan cakap pasal orang lain ni diharuskan dalam Islam menurut Imam al-Nawawi, iaitu:
  • Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.
  • Membantu dalam menentang perkara yang munkar dengan tujuan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar.
  • Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.
  • Mencegah umat Islam daripada sesuatu keburukan serta menasihati mereka seperti mereka mengambil ilmu daripada bukan ahlinya.
  • Menceritakan perihal orang yang melakukan dosa secara terang-terangan.
  • Menyebut sesuatu sifat yang telah makruf (diketahui) kepada diri seseorang itu seperti bisu atau buta dan sebagainya. Akan tetapi, jika mampu memanggilnya dengan panggilan yang lain adalah lebih baik dan haram memanggil panggilan-panggilan tersebut dengan niat menghina.

Dah macam mana pulak boleh terkeluar tajuk kat atas tu. Ye lerr, ramai benor buat body shaming kat orang lain, cakap pasal fizikal orang sedangkan dia pun lebih kurang aje. Bukan aje cakap kat belakang orang tu, malah sampai depan-depan orang tu pun disebut-sebut tentang tubuh badannya tanpa sedar sebenarnya itu perkara yang orang tu tak suka. Mungkin orang tu diam aje, tapi hakikat sebenarnya dia tak senang dengan kata-kata kita tu.

Jangan Cakap Orang Kalau Diri Sendiri Lebih Kurang

Satu teguran untuk ciksun sendiri juga yang kadang-kadang bergurau dengan rakan-rakan, tanpa sengaja mungkin dah buat rakan-rakan terluka dalam hati, tapi diorang pendamkan sebab nak pelihara persahabatan. Ciksun mohon maaf, lepas ni ciksun pun kena ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan sekeliling ciksun.

Jangan Cakap Orang Kalau Diri Sendiri Lebih Kurang

Hakikat kebenaran.

Ingat, mengumpat tu dosa.

Post a Comment

17 Comments

  1. gambar atas tu pakai prop sendiri kah? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la tak...nampak kan cop amazon tu..hahahhaha

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu pc...moga dijauhkan lah dari kita semua ya..

      Delete
  3. tajuk mcm pantun 2 kerat..
    tp tulah manusia ni..kengkadang ammi pun. lupa plak bila 1 jari menuding ke arah orang 4 yg lain tu ke arah kita sndiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ammi...huhuhuhu...kena ingatkan diri selalu..

      Delete
  4. Tajuk pun dah padat dan boleh buat orang sentap dan faham dah tu. Ye, kadang kita tak sedar percakapan kita boleh buat orang terasa hati. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan fiza...aduhai...kadang2 tu bila muhasabah diri, rasa sedih dan kecewa dengan diri sendiri...macam mana la boleh mengumpat orang..Allahu..

      Delete
  5. yaa Sun.. lagi tang bidy shaming tu, memang aku marah hangin betul! .. huhuhu tapi ko kalau kata aku gemok, aku senyumm jee hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Sorry cik Sun, i suka body shaming you.. ok la.. pasni kalau nampak u gemuk, i tak nak cakap la.. u sedor sedor sendiri dahla..kan.....ahhahahahaa..

    ReplyDelete
  7. malas nak dengar orang membawang ni, tak ada faedah pun. ntah kalau kita takde depan diorang kita pula yg jadi topik utama.

    ReplyDelete
  8. tapi mana best tak mengata, buktinya blog gosip sangat ramai pengunjung

    ReplyDelete
  9. tu la tu. kena sedar diri, yg kita pun tak perfect kan.
    segan sendiri nanti :(

    aida ni dah abis dah zaman bersosial, bergossip.
    dulu, ngaku la, zaman muda-mudi, ada la jugak terjebak.
    tapi tu la, usia dan masa mematangkan kita.
    now, aida happy happy. tak join dah grup sana grup sini.
    mesra dgn semua. sebab apa tau, statement last sekali tu, Sun.
    org ngumpat kita lagi byk dari kita ngumpat org!
    tu yg takut tu.

    ReplyDelete
  10. tips kmk nk kurang membawang kecikkan skop kwn.. mun di opis x lepak pantri lmk gilak... bila dh lepak lamak ya lah kebarangkalian nk membawang ya tgi... hihihi... nk elak membawang ya hmm.. syaitonnn tok suka bahhh

    ReplyDelete
  11. setuju sgt. kena sentiasa ingatkan diri.. mama ni mulut mmg antara anggota yang bahaya

    ReplyDelete
  12. betul tu.. baik dok dendiam n tengok jaga diri sendiri je dlu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com