International Buffet Kembali Lagi di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel | Yo, PKPB da habis kan, so boleh lah uols pergi makan-makan dengan penuh yakin kat luar. Tapi dalam yakin-yakin tu tetap kena ikut SOP jugak tau. Jangan lah buat hal tak nak pakai mask, tak sanitize tangan, tak jaga jarak fizikal antara satu sama lain. Tetap kena berjaga-jaga ya. Baru boleh pergi makan International Buffet dekat Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel.
Diorang dah start balik buffet ni setelah sekian lama, memang antara buffet yang ciksun tunggu-tunggu sebab banyak gilerrr pilihan menu dalam buffet ni pada harga yang sangat berpatutan. Lagi-lagi kalau tema international, dah boleh agak kan menu-menu dia merangkumi hidangan tempatan, masakan Asia, India, Cina, Melayu, Jepun, Barat, dan segala menu antarabangsa pun ada.
Ciksun sendiri dah pergi, dan setiap kali mesti nak jenguk Carving Station dulu. Masa on the way ke Renaissance Johor Bahru Hotel ni pun dah terfikir-fikir nak makan kambing. Sedapnya kalo ada kambing bakar. Sungguh tak mengecewakan yeee, very recommended Roasted BBQ Lamb dia. Makan tak cicah ape-ape pun dah juicy. Bijak sekali chef pilih bahagian tu, bila dihiris, lapisan daging kambing dan lemaknya berselang-seli, menghasilkan rasa cair dalam mulut bila dikunyah. Fuhhhh!
Oven Baked Seabass pun antara menu yang sedap juga. Rupanya siakap bakar macam ni lagi sedap dari bakar sambal. Ehekk! Ciksun pernah makan siakap bakar sambal kat kedai ikan bakar kat luar, entah kenapa rasanya macam tak berapa ngam dan tak menepati selera ciksun. Rasa rugi bebenor order, biasanya orang buat siakap ni masak tiga rasa, sweet sour atau buat stim limau, tak tahu kenapa lah ciksun pi order bakar sambal lak. Ke tukang masak dia tersalah langkah masa membakar? Ehhh! Tak tahu lerrr.
Tapi bila bakar macam kat Cafe BLD ni, sedap pulak haa. Cicah dengan sos apa pun ok, bila bangun kali kedua nak ambil makanan lain, tengok-tengok ikan dia da ganti yang baru. Oh, ramai suka ni! Selain daripada menu bakar-bakar ni, apa je lagi menu lain yang ada? Nah, ciksun share beberapa gambar makanan ikut kategori masa ciksun pergi hari tu untuk tatapan uols ek. Kot ada yang berkenan di hati, boleh lah buat list. Haha.
Nampak tak Udang Goreng tu? Adoii, sedappp gilerr! Besar betul udangnya, fresh pulak tu. Ciksun yang tak reti nak makan kepala udang pun try makan jugak setelah Sis Lin tunjuk ajar macam mana. Hahahah! Sebab rasa rugi kalau udang besar macam ni, isi dalam kepala tu dibuang begitu saje. Huhu. Dalam satu dulang tu, ciksun tengok macam hidangan celup tepung pulak, dan dilabelkan sebagai Goreng-goreng. Comel kan?
Menu-menu pencuci mulut pun not bad, dari segala jenis kek, kuih-muih, buah potong dan penyejuk tekak, uols boleh pilih aje ikut suka perut masing-masing. Ciksun kalau datang sini, memang wajib cuba kek-kek potong dia. Sedap-sedap tau, terutama kalau ada kek coklat, red velvet dengan kek opera. Antara kegemaran ciksun lah, kalau uols datang dan ada kek-kek tu, jangan lupa try ya!
Dan special untuk setiap hari Jumaat & Sabtu, pukul 8 malam ke atas, diorang akan serve special dessert bertemakan durian. Tak kira lah sama ada kek durian ke, durian crepe ke, durian goreng ke, diorang akan rotate lah dan usung troli dessert tu ke meja-meja. Siapa yang nak, nanti diorang akan serve kat meja uols. Macam dalam gambar ciksun tu, kek durian. Sedap krim dia tu tapi lapisan kek nya agak nipis, menyebabkan teksturnya jadi seakan-akan roti dan tak spongy. Bila nak potong, nanti dia menggelongsor sebab ada lapisan krim antara lapisan kek tu. Kalau buat tebal sikit kek dia, mesti elok dan nikmat sekali. Ah, memandai aje ciksun ni tau 😜
Sebenarnya ada banyak lagi gambar menunya, tapi penuh sangat kalau nak letak semua kat sini. Haa, yang uols nampak ni pun dah banyak kan, jenuh nak scroll sampai bawah. Hahaha. Gambar-gambar menu yang lain, uols boleh belek kat FB page Sunah Sakura ek. Ciksun ada upload kat sana.
So, apa tunggu lagi? Cepat lah book meja uols sekarang!
𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 𝟔.𝟑𝟎𝐩𝐦 𝐭𝐨 𝟗.𝟑𝟎𝐩𝐦
Friday and Saturday at RM88 nett
Sunday to Thursday at RM70 nett
𝐋𝐔𝐍𝐂𝐇 𝟏𝟐.𝟎𝟎𝐩𝐦 𝐭𝐨 𝟑.𝟎𝟎𝐩𝐦
Daily at RM58 nett
50% off for Children (6 - 12 yo)
Book via: http://bit.ly/TableAppCafeBLD (save up to 20%)
WhatsApp: https://wa.me/60177713327
14 Comments
alahai sedapnya semua makanna
ReplyDeletesedap2..hihihi
Deletenice betul!
ReplyDeleteye syaz..nice sangat dengan harganya..
Deletenasib baik dah kenyang, jadi tak terliur sangat bila tengok semula gambar tu hahaha. apa pun memang enaknyaaa semuanya <3. Semua balas dendam yeee hari tu hahahahahahhahaa :P
ReplyDeletetu la pasal..balas dendam da lama tak makan buffet kat hotel...hahahhahahahha
DeleteAmboiiii kemain dia makan-makan ye...
ReplyDeleteLenkali sila ajak sama ye hahaha :P
harus lahhhhh...kalo turun JB sila roger2..hahahaha
Deleteseronoknyaaaa tgk akak makannnnnn tu.. lama x dpt buat aktiviti cemni..
ReplyDeletenanti siti boleh buat aktiviti cemni gak tauuu
DeleteAdeiii lapo balik nengok semua ni.. jom lee kita pergi makan kambing sama-sama..
ReplyDeleteAku terkilan gile, lupa nak makan dim sum! huwaaaaa :((
jom weii..aku pun nak plan ngan ofismate ni..hahahahha
Deleteikan bakar tu mengancam betul. puding dia beraneka warna haruslah tergoda kan. buah pun fresh. so sedap kalau dapat makan.
ReplyDeletepuas hati kalo dapat makan semua ni fiza...
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com