Family Friday Buffet Dinner di Holiday Inn Johor Bahru City Centre Berbaloi-baloi dengan Harganya | Ye, berbaloi-baloi sebab siap ada kambing, ayam, dan ikan bakar! Ciksun sendiri dah cuba makan malam kat sini hari Jumaat lepas, masa menginap dua hari satu malam kat hotel ni. Meriah rasanya bila tengah tunggu waktu dinner start pukul 6.30 petang, tiba-tiba ada bunyi loceng dengan suara "pizza, pizza!"
Yo, ada live station untuk pizza hot and fresh from oven. Chef akan uli doh kat situ jugak, sapu sos pizza dan letak segala topping sebelum bakar dalam oven klasik. Bila da siap bakar dan dah siap dipotong, nanti diorang akan bunyikan loceng lagi tanda pizza dah boleh ambil. Haa, siapa tak berebut kalau pizzanya fresh! Siapa cepat, dia dapat lah! Kalau tak sempat berebut, tunggu la sampai pizza baru siap. Haha.
Yang bestnya, kanak-kanak siap ada Little Adults Station khas untuk diorang. Meja buffet direndahkan supaya kanak-kanak boleh pilih menu yang diorang suka. Konsepnya, kanak-kanak diraikan dan dianggap macam orang dewasa yang boleh buat decision sendiri, apa yang diorang nak makan. Haa gituhhh! Memang syok kan!
Selain tu, antara yang menarik perhatian guests jugak adalah teppanyaki live station diorang. Kat sini chef akan ambil order untuk Mee Mamak Banjir, yang mana adalah Mee Goreng Mamak basah. Tengok pun nampak sedap, apatah lagi rasanya. Ciksun kan agak memilih sikit bab Mee Goreng ni, tapi kalau kat sini Mee Mamak Banjir dia lulussss!
Ok, nah jemput tengok menu apa lagi yang ada dalam Family Friday Dinner kat HIJBCC ni!
Meriah kan! Menu-menu ni diorang akan pelbagaikan setiap minggu, rotate ikut giliran. So, apa tunggu lagi? Cepat tempah untuk family uols sekarang, alang-alang tengah ada promo Buy 3 FREE 1! And kalau uols nak pergi hari Sabtu pun boleh sebab diorang ada Spice Saturday Buffet Dinner gak, haa yang ni konsep lain pulak lah, lebih banyak bakor-bakor. Pilih lah nak yang mana satu. Tengah PKPB ni, salkan jaga SOP masa datang makan, haa setel! Details segala ada kat bawah, ya! Nak tengok gambar-gambar makanan lain dalam menu ni, boleh belek page Sunah Sakura ek!
UPDATE TERKINI: BUFFET STOP ATAS SEBAB PKPB 🙏
Family Friday / Spice Saturday Buffet Dinner
Dine @ EIGHT, Level 8, Holiday Inn Johor Bahru City Centre
Harga:
RM98 Nett per Dewasa
50% off per Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
30% off per Warga Emas (60 tahun ke atas)
PROMO: Buy 3 FREE 1
Waktu:
6.30 pm - 10.00 pm
Jumaat & Sabtu
Tempahan sehari awal:
07-207 8888
4 Comments
sedapnya semua menu, terliur tengoknya :)
ReplyDeleteTeringin betul nak makan pizza di bakar dengan style lama macam tu. mesti sedap!
ReplyDeleteRindu laaa nak makan buffet lepas ni.. tunggu bulan 12 laa kann alahaiii...
ReplyDeleteWah mengancam! Nampak semua sedap!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com