Ticker

6/recent/ticker-posts

Dinner Western Food @ Jack Sparrow Foodcourt, Melaka

Dinner Western Food @ Jack Sparrow Foodcourt, Melaka | Aduhai, ni cerita lama. Baru perasan tak masuk lagi dalam blog. Masa trip Port Dickson-Melaka dengan kawan-kawan ciksun bulan Ogos yang lepas, kitorang jumpa satu port makan malam menarik kat Melaka. Mulanya plan nak pergi Village Grill, tapi rupanya tempat tu da berpindah tahun lepas. Dalam waze tak update lagi. Pakcik yang sambut kami ajak masuk juga ke foodcourt ni, dia kata sini pun ada western food, why not try sekali? Siap speaking tau!

Dinner Western Food @ Jack Sparrow Foodcourt, Melaka

Baru lah Jack Sparrow kan! Haha!

Bila masuk dalam foodcourt, nampak ada banyak food station, yang bukan fokus pada western semata-mata. Ada juga bahagian laksa, otak-otak, satay, masakan panas, goreng-goreng, yong tau foo, dan macam-macam lagi. Ruang dalam foodcourt sangat luas, kitorang duduk kat dua meja yang digabungkan sebab datang enam orang. Tak nak cakap banyak sebab bukan ingat sangat dah lepas tiga bulan, so sila tengok gambar makanan. Haha!

Bila da makan banyak-banyak tu, baru perasan rupanya Jack Sparrow Foodcourt ni kategori Muslim Chinese Food. Boleh nampak beberapa muslim chinese yang jaga food station tertentu. Pakcik yang sambut kitorang datang tu pun ada macam kacuk-kacuk chinese tapi tak tanya lelebih pulak. Dia aje banyak bercerita dengan kami tentang pengalaman dia bekerja dari Johor sebelum berpindah ke Melaka.

Dinner Western Food @ Jack Sparrow Foodcourt, Melaka

Ala orang Muor je pakcik ni sebenarnya. Sangat peramah dan rajin melayan kami, dan english dia sangat-sangat fluent! Waktu kitorang datang tu, dia incharge of Coconut Shake. Sedapppp gilerr sampai kitorang order lagi kali kedua nak bawak balik homestay. Hihihi. Thanks pakcik!

Kalau uols nak datang try makan sini, boleh lah pergi. Waze aje!

Dinner Western Food @ Jack Sparrow Foodcourt, Melaka

Jack Sparrow Foodcourt
Lot 678, Jalan Solok Soya, Tanjung Minyak, Melaka

Waktu niaga:
Setiap hari 12 tengahari - 11 malam

No. Telefon:
019-680 1175

Facebook:

Post a Comment

23 Comments

  1. Replies
    1. tu lerr pasal...nasib tak pakai kostum lanun haha

      Delete
  2. Biasa orang gelar kedai lanun kan? hehehehe.. tak sabarnya nak pi Melaka ni!! Yehaaaa

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. maaf, johnny tengah shooting movie baru..tak dapat datang..haha

      Delete
  4. uiit makanan2 dia nampak sedap. saya tngh dok cari2 juga ni tempat2 makan kat area Selatan yang best2. nak pujuk mak ajak p jalan2 belah sana lepas PKP abes nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. melaka salah satu tempat yang sangat best untuk jjcm sambil study heritage...

      Delete
  5. Sedap-sedap semuanya. Tak tahu ni mana nak terkam dulu. Meleleh air lio tengok heheheee.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tengok makanan yang terhidang tu.. InsyaAllah one fine day ada rezeki ke sana, Eza akan cuba makanan di sini. TQ so much for sharing this ya.

    ReplyDelete
  7. wow nama jack sparrow. Semua makanan dia nampak sedap sedap betul

    ReplyDelete
  8. Menariknya semua menu tu.. mengancam..

    ReplyDelete
  9. Pandai pilih nama kedai. Catchy so that senang ingat. Kedai macam ni best datang ramai-ramai. Boleh rasa tu sikit ni sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, exactly! datang ramai2 semua boleh rasa...

      Delete
  10. haah kak, lempeng ngan sambal bilis..hihihihi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com