Beli NATARI Smart TV Dekat Shopee | Akhirnya rumah kami dah ada TV. Sebelum ni bukan tak pernah ada, tapi sejak kat Malaysia da tukar kepada siaran digital, TV lama dah tak boleh guna dah sebab kitorang tak ada TV Box, Astro, Njoy dan sebagainya. Sebelum tu ada sebiji TV Box dak Ibah beli, tapi dah rosak dah sebelum Malaysia tukar siaran digital sepenuhnya. Apo lah. Haha.
Baru-baru ni masa sale 11.11, tengah duduk ramai-ramai kat ruang tamu, tetiba la keluar idea nak beli Smart TV ni. Apa lagi, berkongsila dengan housemates ciksun beli Smart T TV jenama NATARI kat Shopee. Rega pun RM500++ aje, tak sampai seribu. Saiz 32", ok lah kan untuk rumah bujang.
Tapi masa beli tu, takde pengetahuan pun yang walaupun ada built-in MyTV, kena ada aerial jugak. Ingatkan boleh tengok dah tanpa perlu pasang aerial. Adik lelaki ciksun la cakap memang kena ada aerial walaupun ada built-in MyTV.
Maka, sehari selepas Smart TV tu sampai, ciksun order pulak aerial kat Shopee jugak. Sehari je dah sampai. Sebab semua orang kat rumah ni perempuan, takde sape boleh panjat atas bumbung. Memula ciksun cuba-cuba aje pasang tengok betul ke berfungsi aerial ni. Pasang dalam rumah dulu. Haa, dapat gak tangkap 9 channel TV dan 10 channel radio. Tapi tak sampai petang, semua siaran hilang sebab kualiti dan kekuatan siaran tak kuat.
Hujung minggu, ciksun apa lagi, buat operasi pasang aerial luar rumah. Tapi tak naik atas bumbung lah. Just letak kat luar aje, depan sliding door dan bawah bumbung. Hahaha! Try test, eh boleh pulak dapat sampai 18 channel nkoo. Bagi ciksun, asalkan dapat TV3 pun dah ok dahhh. Sebelum ni masa letak kat dalam, langsung tak dapat TV3. Huhu. Kira ok sikit lah bila letak kat luar tu walaupun kekadang terganggu jugak sikit-sikit. Tapi yang bestnya Smart TV ni boleh tengok Netflix dengan Youtube jugak. Setup pun senang aje.
Nah, jelas kannn siaran dia!
Nampak kehenseman Shaharul Ridzwan dalam drama Cinta Sekali Lagi tu. 😝
5 Comments
Boleh tahan murah juga harga TV tu. Okaylah, janji smart TV kan. Kita lagilah tak boleh tengok channel apa² sbb dah upgrade unifi tapi takde unifi TV. malas nak langgan. Tengok youtube je lah kat TV tu :)
ReplyDeletewahhhh.. macam seronok je ada smart tv.. jimat sikit duit.. kualiti dia macam ok je.. boleh lah try nak survey2 nanti..
ReplyDeleteHahahaha aku duk bayangkan kalau engko panjat bumbung hahahaha...
ReplyDeleteeeee cute jugak entena dia tu .hahahhaa..
ReplyDeletehEee, ya la babo ingatkan dah built in tek iboh aerial yaaa. sekali. hurm. pake nok dlm sik banyak channel oleh.. paksa la tok beli nok luar pun...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com