Ticker

6/recent/ticker-posts

Bahaya Guna Semula Botol Plastik

Bahaya guna semula botol air plastik | Uols mungkin terfikir bahawa penggunaan berulang kali botol air plastik boleh mengurangkan pembuangan plastik dan menjimatkan duit. Disebalik memikirkan hal pencemaran, ada satu isu yang uols mungkin tak fikirkan dengan baik. Ia adalah isu keselamatan dan kesihatan tubuh uols. Berikut merupakan antara bahaya penggunaan semula botol plastik kepada tubuh.

Bahaya Guna Semula Botol Plastik

#1. Tercemar dengan BPA

BPA atau bisphenol-A adalah satu bahan kimia yang banyak digunakan dalam penghasilan produk plastik seperti botol minuman, botol susu dan bekas makanan. BPA yang terdapat dalam botol plastik boleh luntur atau keluar lalu menyebabkan air minuman yang disimpan terdedah kepada BPA. 

Ini kesan jika botol digunakan banyak kali atau diisi dengan air panas:
BPA melepaskan nanogram pada kadar 0.2 hingga 0.8 setiap jam. Kandungan BPA ini juga dilepaskan 15 hingga 55 kali lebih cepat jika diisi dengan air panas mendidih, iaitu dengan kadar 8 hingga 32 nanogram sejam.

#2. Pencemaran mikroplastik

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis terhadap 259 botol plastik, mereka mendapati bahawa 93% daripada kesemua botol-botol tersebut mempunyai pencemaran mikroplastik.

#3. Bahan botol air plastik

Untuk pengetahuan uols, kebanyakan botol plastik sekali guna dihasilkan daripada polyethylene terephthalate atau ringkasnya PET. Ia selamat untuk digunakan tetapi tidak untuk penggunaan berkali-kali. Ia akan menyebabkan bahan kimia dalam botol plastik ini keluar dan bercampur dengan air minuman uols setiap kali digunakan.

#4. Faktor bakteria

Apabila menggunakan botol plastik berulang kali, ia akan banyak kali bersentuhan dengan mulut dan tangan uols, atau mungkin juga individu lain. Kedua-kedua mulut dan tangan uols merupakan rumah kepada banyak kuman atau bakteria. Memandangkan mulut botol adalah terlalu kecil, ia agak sukar untuk dibersihkan. Oleh itu, tahap kebersihan botol plastik yang digunakan berulang kali adalah sangat diragui. 

Bagi tujuan penyimpanan air, adalah lebih baik untuk uols membeli botol minuman yang lebih sesuai. Gunakan botol tanpa BPA atau BPA-free untuk penyimpanan air minuman. Buang semua botol plastik yang telah digunakan berulang kali kerana botol plastik tersebut hanya untuk tujuan sekali guna.

Sumber: Hello Doktor

Post a Comment

14 Comments

  1. Ya, betul tu. Dalam kita membantu mengurangkan pencemaran dan seronok kitar semula, kena fikirkan juga apa keburukan berulangkali menggunakan botol plastik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah amie..kena ingatkan diri sendiri gak sebab suka nak mudah, isi air coway kat opis dalam botol plastik besar, bawak balik rumah kalau hujung2 minggu

      Delete
  2. Aku rasa macam ko pernah update pasal ni Sun..macam ada baca..
    Tapi aku biasa botol memang buang.. jarang nak guna balik, dan pantang nampak botol dalam kete, memang aku lemporrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde..takde update, kita bercakap aje face to face masa tu..hahahaha

      Delete
  3. Jom beli Tupperware eco bottle! hehehe

    ReplyDelete
  4. memang tak berani nak guna semula botol yang biasa untuk simpan air. beli botol plastik pun yang bpa-free. simpan dalam bekas kaca IKEA dan eco bottle tupperware :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa, da ada ilmu ni, kena praktikkan cari botol yang selamat untuk tubuh badan..

      Delete
  5. kite pon memang skrg dh tak pernah pakai botol plastik lagi... jenis dh kosong terus je buang..

    ReplyDelete
  6. Kena cari botol bpa free yer. Botol mineral atau drinking water tu selalu boleh nampak rupa air berubah kalau berulang kali guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, dan air pun kena air dari penapis yee..kalo air masak yang tak ditapis, pun cepat berubah warnanya...

      Delete
  7. tahu bahaya...tapi pakai juga. cuma sekali dua ajelah. nak nak kalau pergi kebun. mmg pakai botol terpakai aje la

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com