Ticker

6/recent/ticker-posts

Apa Perlu Buat Jika Kucing Diserang Sawan?

Apa Perlu Buat Jika Kucing Diserang Sawan? | Sedih hati ciksun bila hari ketiga lepas balik dari vet, Shimmy yang tengah tidur atas kotak Yobick tiba-tiba jatuh, kemudian berlari ke sana-ke mari dalam rumah, secara tak tentu arah. Matanya terpejam-pejam sambil kakinya terkayuh-kayuh, rahangnya diketap berulang-ulang, air liur pula meleleh keluar. Allahu. Ciksun terus boleh agak, Shimmy diserang sawan. Dalam seminit sahaja, kemudian serangan berhenti. Shimmy terkebil-kebil. Seakan-akan semua yang dia alami sebentar tadi tak pernah berlaku.

Ciksun ingatkan sekali tu aje episod sawan Shimmy. Dua hari lepas, serangan berulang lagi. Dengan lebih teruk sampai terbaring atas lantai. Kakinya kejang, badannya mengerekot selama tak sampai seminit sebelum sawan berhenti. Masa ni ciksun da menangis. Memang nampak terseksa sangat Shimmy masa tu. Tak sanggup ciksun tengok keadaannya masa sawan datang. Bila sawan berhenti tu, sampai kita fikir dia da mati. Allahu. Tapi bila sentuh badan dia, dia macam tersedar dari termenung and bangun semula, berjalan macam biasa.

Disebabkan sawan da mula tunjuk ulangan, ciksun terus study pasal sawan kucing. Menurut themamamiaow.com, bila ia menyerang, apa yang perlu kita lakukan adalah bertenang! Ya, jangan panik. Lepas baca tips pertama ni, ciksun mula menerima keadaan Shimmy bila sawan sebab perlu diingat, kucing yang diserang sawan sebenarnya tak sedarkan diri dan melakukan pergerakan yang tidak dapat dikawal termasuklah mengetap rahangnya.

Jika boleh, alihkan kucing ke tempat yang selamat. Jauh dari tangga, perabot dan sebagainya supaya ia tak mencederakan dirinya sendiri. Berhati-hati supaya tidak digigit atau dicakar. Itu lah yang ciksun buat semalam. 18 November 2020, sawan Shimmy semakin teruk dengan gap antara episod tak sampai setengah jam. Dari pagi sampai Maghrib, ciksun rasa lebih sepuluh kali sawan menyerang. Tapi ciksun hanya mampu tengok aje dan pastikan dia tak berada di tempat yang ada banyak perabot.

Kadangkala kucing akan menunjukkan perubahan tingkahlaku sebelum terjadinya sawan. Ini dipanggil aura atau tingkahlaku pra-iktal seperti berlegar-legar, berpusing-pusing, melolong-lolong atau muntah-muntah. Macam Shimmy, ciksun observe, dia akan mula terpejam-pejam mata sebelum berpusing perlahan atau berjalan membelakang.

Selepas sawan (pos-iktal), kucing akan jadi celaru, mungkin lumpuh seketika, kelihatan seperti buta, muntah atau menunjukkan perubahan tingkahlaku yang lain. Perubahan ini selalunya sekejap sahaja walaupun kadangkala mengambil masa beberapa hari sebelum kucing normal semula. Semalam, lepas setiap sawan, Shimmy macam termangu sekejap dan tak dengar bila kita panggil dia. Lebih teruk, dia berjalan perlahan keliling rumah tanpa berhenti walaupun kita panggil namanya, yang mana ciksun syak dia tengah tak nampak. Bila dah ok, baru dia berhenti dan duduk. Cuba panggil namanya, baru dia menoleh.

Bila da kerap sangat sawannya, ciksun cari lagi info tentang sawan kucing ni. Rupanya, sebulan yang lepas, Diana Danielle ada share tips bila kucing diserang sawan. Tips yang dia bagi sama dengan tips yang veterinar bagi pagi tadi masa appointment followup Shimmy. Veterinar advise untuk letak Shimmy dalam ruangan bertutup, atau cage, supaya dia tak terlalu banyak bergerak masa sawan menyerang. Time dia tengah sawan tu, ambil towel atau kain tebal dan selimutkan dia, make sure tangan kita tak dekat dengan mulut dia yang tengah mengetap-ngetap rahang . Hati-hati supaya tak kena cakar.

Apa Perlu Buat Jika Kucing Diserang Sawan? Apa Perlu Buat Jika Kucing Diserang Sawan?  Bo

Kenapa kena pegang? Supaya kucing tak bertebaran melompat berguling-guling merata-rata hingga mencederakan diri dia sendiri. Besar risiko untuk dia terpatah tulang atau terhentak kat mana-mana dalam keadaan tak sedarkan diri tu. Lagi satu, bila kita pegang dia, kucing kita boleh rasa selamat dan tahu ada orang dengan dia. Panggil nama dia perlahan-lahan sampai dia sedar balik.

Apa punca sawan kucing ni sebenarnya? Veterinar cakap, ada dua benda yang paling kuat boleh sebabkan sawan, iaitu termakan benda toksin dan terkena jangkitan parasit. Dan ia bukan mengambil masa yang lama untuk serangan tu datang, which is kucing kita terdedah kepada bahaya tu baru-baru ni saje. I feel so bad for Shimmy, tak tahu apa yang dia termakan, atau terjilat. Benda toksin ni bukan dari makanan aje, kadang-kadang mungkin kucing kita terjilat Clorox, racun serangga atau bahan kimia yang lain. Dan berkemungkinan juga kucing kita sawan sebab ada Coronavirus.

Ada ubat tak untuk kucing sawan? Ada. Biasanya, kucing yang dah sawan teruk, memang kena bawak pergi vet. Contoh sawan yang teruk adalah dalam sehari kena serang lebih lima kali, dan satu episod berlangsung hingga lebih dari lima minit. Vet akan bagi ubat anti-convulsant untuk kurangkan kekerapan sawan, yang ni based on seteruk mana sawannya. Kalau terlalu teruk, mungkin kena makan hari-hari, tak boleh berhenti. Macam Shimmy, vet bagi dia makan ubat tiga hari sekali dulu and perhatikan kekerapan sawan dia dalam tiga hari ni. Kalau teruk, kena datang balik dan vet akan bagi ubat harian.

Boleh sembuh ke sawan kucing? Nope. Veterinar cakap, once kucing kita kena sawan, ia akan berulang-ulang cuma antara teruk dengan tak aje. Bila sawan berlaku, aktiviti otak kucing kita akan semakin berkurangan. Lama-lama otak akan rosak dan kucing kemungkinan besar akan mati. Allahu. Now I know, sebenarnya Bibi anak Nini pun sawan beberapa hari sebelum dia mati.

Apa Perlu Buat Jika Kucing Diserang Sawan?

Apa Perlu Buat Jika Kucing Diserang Sawan?

Apa Perlu Buat Jika Kucing Diserang Sawan?

Hurmm, itulah yang dapat ciksun kongsikan dari pengalaman Shimmy kena sawan. Ni gambar terkini Shimmy sekarang. Comot sebab tak boleh dimandikan dan vet tak bagi mandikan. Takut masa mandi nanti sawan dia datang. Kesan makan ubat sawan tu, Shimmy jadi lalok sikit dan tak bermaya. Jalan pun tak larat, tapi selera makan ada lagi. Boleh nampak juga, bila sawan dia datang, dah tak seteruk sebelum ni. Perlahan aje kejangnya. Video masa mula-mula sawan dulu ciksun takde ambil, nanti kalau ada berlaku sawan yang teruk, ciksun share macam mana rupanya ya. Tapi ciksun harap sangat, tak akan ada lagi. Naudzubillah.

Moga boleh membantu sesiapa sahaja yang masih ragu-ragu tentang sawan kucing. Doakan Shimmy ya kawan-kawan, kalau memang rezeki ciksun jaga dia sampai sini aje, moga Allah mudahkan urusan pemergiannya dan tak terseksa lama-lama.

Post a Comment

15 Comments

  1. Ya Allah, semoga segera sembuh Shimmy!!!! Stay strong... moga Allah permudahkan segala urusan... Kesian Shimmy... tah apa la dia makan tu.. mesti sakit sgt rasanya... aduh... sy nak share post akak ni tau..

    ReplyDelete
  2. Harap2 Shimmy beransur sembuh.
    Wak tak pernah lagi ada pengalaman kucing kena sawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru ni je wak jaga kucing kena sawan..

      Delete
  3. Allah, sawan plak. Kesian Shimmy. Moga cepat sembuh ya Shimmy dan semoga dipermudahkan urusan akak.

    ReplyDelete
  4. uiiishhh tak pernah berdepan suasana macam ni.. kalau saya dah panic teruk jugak ni. memang xdak idea nak kena buat apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 macam tu jugak ct...ni da study macam2 da jumpa vet, jadi da tau nak buat apa..

      Delete
  5. Semalam dah baca guna hp, ni baru nak komen..
    Alamakk Sunn, takut laaa aku kalau kot kucing aku pun kena gitu..harap takde laaa kann.. ke semua kucing akan kena haaa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah tak kena kot..asalkan ko jaga leklok makanan dia etc..tak semua kucing kena la...ni pestime je aku jaga kucing kena sawan..

      Delete
  6. Syukur sawan dia tak seteruk dulu. Kesian Shimmy, nampak penat dia. Semoga Shimmy cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni da teruk balik...and dia da start menderam bila sawan, bermaksud dia rasa sakit..

      Delete
  7. Assalamualaikum ada update terbaru tentang shimmy ? Baru2 ni kucing sy terkena sawan. Jadi sy nak tahu lebih lanjut tenta g shimmy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam..Shimmy dah takde tuan, boleh baca entri tentang pemergian Shimmy di sini: https://www.sunahsukasakura.com/2020/11/shimmy-dah-takde.html

      Delete
  8. Terimakasih cik Sun atas perkongsian. Hari ni Jiggi kena sawan kali ke 2. Terus search ttg sawan kucing. X ada harapan pulih rupanya. Syukur Jiggi tak kerap kena sawan. Sedih bila baca citer Shimmy.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com