All You Can Eat Dim Sum di Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel | Selama ni, ciksun tak berapa suka sangat dim sum tau. Tekstur dan rasa inti dim sum tu kebanyakannya tekak ciksun tak boleh nak terima. Tak tahu lah kenapa. Tapi bila ciksun try makan dim sum dekat Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel baru-baru ni, eh terus terhapus segala kenangan buruk ciksun dengan dim sum selama ni.
Mungkin sebab selama ni almost all dim sum yang ciksun makan, inti dia dah diproses. Kat Wan Li Chinese Restaurant ni, baru lah tahu ada dim sum dengan inti real food. Ye, kat tempat lain mungkin juga ada macam ni, tapi takde sape yang introduce ciksun dengan dim sum yang macam kat sini. Malah, dengan kepercayaan ciksun bahawa semua dim sum lebih kurang sama aje, takde la ciksun nak meneroka lebih lanjut pasal dim sum ni, ye tak?
Ape nkoo membebel pepanjang ni ciksun?
Haha. Heyy, ciksun jatuh cinta tau! Dengan pakej All You Can Eat Dim Sum pada harga RM64.15 per pax, ciksun dapat makan macam-macam jenis dim sum sampai puas! Baru lah ciksun boleh kenal dim sum dengan lebih lanjut, khennn! And kita boleh tanya juga mana yang paling sedap antara semua, mana yang paling recommended, mana yang best seller, mana yang chef choice. Haaa gitewwww!
Jom berkenalan dengan dim sum yang ciksun cuba kat Wan Li Chinese Restaurant hari tu!
Chicken Feet |
Fried Beancurd |
Har Kaw |
Prawn Dumpling |
Pumpkin Porridge |
Scallop Dumpling |
Shanghai Dumpling |
Siew Mai |
Taro Bun |
Taro Croquettes |
Perasan tak, banyak dim sum bertemakan udang. Yeee, seketul-seketul udang diorang bubuh dalam tu. Mana la ciksun tak jatuh cinta. Udang nya pun fresh aje, syok makan! Favorite ciksun antara semua tu adalah Har Kaw, Prawn Dumpling, Scallop Dumpling dan Shanghai Dumpling 💗
Ada 18 menu dim sum yang uols boleh pilih dalam pakej ni, dari Steamed Dim Sum, Fried & Baked Dim Sum, Porridge, Vegetable, Rice & Noodles. Haa makan la banyak-banyak kali pun takpe sampai puas, asalkan tak membazir! Memang puas hati tau sebab lengkap menunya dengan Chinese oolong tea sekali.
In case ada menu dim sum lain yang uols nak selain dari 18 menu dalam pakej ni, uols jugak boleh order menu ala carte dim sum. Ada lebih 30 jenis dim sum yang uols boleh pilih, tapi harga lain lah ya! Kena tambah ongkos sikit lah sebab dah bukan dalam pakej buffet All You Can Eat tu, faham? Dan yang best nya, dari 11/11 hingga 12/12/2020, uols boleh dapat 20% diskaun untuk semua menu ala carte dekat Wan Li Chinese Restaurant ni.
Ok lah, uols boleh book meja uols sekarang ya, dalam tempoh PKPB ni diorang hadkan 2 hingga 4 orang semeja. Jangan lupa, patuhi SOP, pakai mask, jaga jarak dan kerap basuh tangan ya!
All You Can Eat Dim Sum
RM64.15 seorang
Kanak-kanak bawah 5 tahun FREE
Waktu:
Setiap hari
11.30 pagi - 3.00 petang
Untuk tempahan:
Online: http://bit.ly/TableAppWanLi
Call: +6073813388
WhatsApp: https://wa.me/60187800787
10 Comments
dimsum antara makanan febret saya. biasa nak makan dim sum saya pergi kat ucentral tu. makan dengan anak-anak dan beli yang frozen sekali.
ReplyDeleteDimsum ni dapat banyak pilihan memang syoklah makan. Terperasan bubur labu tu. cam sedap je nampak.
ReplyDeletewahhh dim sum serta kawan-kawannya sangat menggoda, jadi lapar rasanya lihat makanan makanan lezat tu
ReplyDeleteSunahhhhh....alahai kejamnya..fav akak ni...dah la akak tgh ngidam2 kan sanagt dim sum ni
ReplyDeletePuas hati dapat makan macam-macam dim sum dalam satu set. Dim sumnya pun semuanya menyelerakan!
ReplyDeleteFavouritekuuuuu.. hihi.. sedap bila udang fresh tuuuu
ReplyDeletewak x penah makan dim sum nih., wak makan kuih pau je., ;p
ReplyDeleteAduhh, sedapnya dim sum. Lama tak makan
ReplyDeleteSaya pun kurang suka dim sum. Maybe bak kata cik sun, tak jumpa yang sedap lagi
ReplyDeleteSemua aku suka..tapi ....kalau dapat makan lagi, lagi suka hahahaha
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com