Makan Mee Goreng Udang Galah di D'Muara Seafood Kuala Tatau Lagi | Ni cerita masa balik kampung awal bulan hari tu. Hari Sabtu, jemput encik suami dari Bintulu Airport, kami terus ke Kuala Tatau sebab dah plan awal-awal nak makan kat sana. Asalnya nak pergi tempat lain, makan Linut tapi kedai tu tutup pulak hari Sabtu tu. So tukar plan lah!
Sebelum ni, ciksun dah pernah dah ke restoran ni dengan kawan-kawan sekolah ciksun. Boleh baca dan tengok gambar-gambar menu juga restoran kat sini: Mee Udang Galah Terbaik di D'Muara Seafood Kuala Tatau. Sebab ciksun dah tak ambil dah gambar-gambar restoran masa pergi lagi hari tu. Orang ramai, hari Sabtu kan.
Tapi kat sini SOP agak strict, kitorang terpaksa berpisah tiga meja sebab satu meja boleh duduk tiga hingga empat orang saje. Kitorang datang bertujuh, maka ciksun duduk dengan encik suami, adik lelaki duduk dengan wife dia, manakala mamak and bapak duduk dengan adik bongsu. Ada beberapa orang pelanggan lain datang lepas kitorang, diorang datang berlima kot. Dengar diorang tanya, boleh sambung meja ke? Pelayan tu dengan tegas sekali jawab, tak boleh sambung, duduk ikut berapa kerusi kat meja tu. Huhu.
Jarak antara meja pun jauh. Dan selagi pinggan mangkuk orang sebelum kita makan belum dikemas, kita tak boleh duduk meja tu sebab diorang nak bersihkan dan sanitize meja dulu. Kita pun faham dalam keadaan pandemik COVID-19 masih belum hilang dari muka bumi ni, keselamatan dan kesejahteraan semua amat dititiberatkan.
Ok lah, jemput tengok menu apa yang kitorang order.
Ciksun macam biasalah, order Mee Goreng Udang Galah saiz M, encik suami order Nasi Goreng Tomyam walaupun mulanya dia nak mee goreng gak. Haha. Tapi sebab duduk semeja, boleh lah kita share-share kan, dengan beliau memang wajib order menu berbeza. Tak boleh sama. Haha! Sebab dia rasa rugi kalau tak makan benda lain yang ada kat mana-mana restoran kitorang pergi. Begitu lah encik suamiku.
Udang Galah tu memang besar gilerrr, tapi tak adalah macam sepinggan besarnya. Tu teknik ambil gambar aje nak bagi nampak kebesaran udang tu. Kongsi dengan encik suami, dedua tak makan sangat pun kepala udang. Tapi encik suami berusaha jugak nak habiskan udang tu termasuk kepalanya sebab rasa rugi order kalau tak pandai makan. Haha!
Chokie order Nasi Goreng Pattaya Udang Galah, wife dia order Mihun Sup kuah udang, which is kuah je, udang takde sebab Fafaa alergik udang. Mamak and bapak order Sup Udang Galah, makan dengan nasi putih. Dak Ecah pulak order Nasi Goreng Tomyam macam encik suami, dia paw udang mamak and bapak. Haha! Ikutkan ciksun adik-beradik semua alergik udang kecuali yang duduk Shah Alam. Tapi udang kat sini alhamdulillah fresh, alahan ciksun tak triggered pun.
Sebabkan duduk tiga meja berasingan, tak dapat lah nak bertunafoto beramai-ramai masa makan tu. Jadi, kitorang keluar dan ambil gambar depan restoran ajeee. Ermm, ok lah, uols yang datang Bintulu boleh cuba juga makan kat sini ya!
Lokasi:
Kuala Tatau, 97200 Tatau, Sarawak
Waktu Perniagaan:
Isnin - Jumaat 8 am - 5 pm
Sabtu - Ahad 7.30 am - 6 pm
Facebook:
No. Telefon:
013-8422910
6 Comments
subhanallah sedapnya tengok udang giant tu ha
ReplyDeleteAduii, udang di mana mana. Favourite kita udang besar besar ni.
ReplyDeleteBaiklah kalau ke Bintulu, boleh singgah sini ye.
Aku pun taktau nak kata apa bila nengok udang tu.. taktau nak sabo membaca ke nak klik X ke hahahahahaha
ReplyDeleteKalau akk terus lupa elergik kalau jumpa udang begini...
ReplyDeleteBetul la tu kalau fresh memang tak rasa alergik
ReplyDeleteBesarnya udang tuuuu.. menggoda sungguh!!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com