Lepak-lepak di Pantai Tanjung Batu, Bintulu | Bila tengok gambar ada lagi dalam laptop, rasa rugi pulak kalau tak simpan kat sini buat kenangan di hari tua. Itu pun kalau blogger.com masih ada lagi lah dalam puluhan tahun akan datang. And kalau umur panjang lah. Kalau umur tak berapa panjang, boleh lah buat jadi tatapan kawan-kawan dan keluarga yang ditinggalkan.
Bila balik Bintulu, macam tak sah kalau tak ke pantai Tanjung Batu. Kalau bukan dengan kawan-kawan, family mesti akan ajak lepak kat sini. Bukannya pergi mandi-manda pun. Sebab kawasan pantai Tanjung Batu ni sekarang dah tak berapa selamat untuk berenang. Signboard bahaya buaya ada kat sana-sini. Gerun jugak bila bayangkan buaya ngap kaki masa mandi laut. Huhu.
Biasanya kalau ke Tanjung Batu, kami akan lepak-lepak aje sambil makan jajan. Tak pun pergi restoran tepi pantai tu makan ABC, satay, keropok dan macam-macam lagi menunya. Hujung minggu, memang penuh pantai ni dengan manusia walaupun dalam tempoh PKPP. Jarak antara meja memang jauh tapi kat tempat check in MySejahtera, tak ada sesiapa yang jaga untuk ambil suhu. Tak cukup staff agaknya.
Ciksun ke sini dua kali masa balik hari tu. Hari Sabtu dengan family, hari Ahad dengan cousins. Hari Sabtu tu sempat lah makan-makan dengan family sambil ambil gambar matahari terbenam. Hari Ahad, just ambil gambar dekat signage I 💗 Bintulu yang entah bila naik sebab ciksun kan dah setahun lebih tak balik. Nah jemput tengok gambar.
Bila agaknya akan balik kampung lagi, tak boleh nak plan buat masa ni. Dengan keadaan gelombang ketiga COVID-19 dah makin teruk dari hari ke hari hingga mencecah empat angka. Nak naik flight kat KLIA2 pun kena minta kebenaran polis lagi, tak apa lah. Memang kita patut jaga kita sekarang ni.
Mudah-mudahan semuanya akan pulih tak lama lagi.
14 Comments
selepas gambar buaya, ada gambar stae, terus kepala leh imagine sate buaya ko, hahaha.
ReplyDeleteteringin lak nak gi Bintulu
bahahahhahah!!! pandai kan saya buat trick.. :p
DeleteHehe sate buayaaaa!!!
DeleteCik sun rindu kampung ye? Ok nanti dah bukak sempadan, nak ikut balik. Hehe. Tak pernah lagi ke Bintulu
ReplyDeletejommmmmm
Deleteahahahah ni lagi sorang... 🤣🤣🤣
ReplyDeletebest kak dapat pulang kejap pun jadi. Kamekorang anak beranak sik lepas-lepas nak pulang sejak pkp, pkpp, pkpd pkk. luuuu pike la kedirik. Mok balit juak..
ReplyDeletehahaha...pkpk la kedirik...😂😂😂
DeleteBesar dan tinggi harapan agar semua ini segera berlalu.Moga kehidupan boleh kembali seperti sediakala.Aamiin.Boleh balik kampung dengan rasa bebas daripada hal-hal yang tidak baik..
ReplyDeleteNasib baik yang sebelah ko tu bukan buaya hahahahaha..mampos kalau En Soleh baca..
ReplyDeleteOne day aku nak ikut ko plak balik Sarawak tau,..
bila gaknya dapat ke sini..
ReplyDeleteTeringin nak ke Bintulu....mesti bestkan..
ReplyDeletetak pernah sampai lagi kesana.. nanti semua da reda boleh
ReplyDeleteSunah plan kesana lagi balik kg ya..
Cantik view. Memang best lepak santai kat tepi pantai. Alhamdulillah dapat balik kampung juga. Harap cepatlah pupus covid-19 ni bolehlah jalan kemana saja.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com