Laksa Utara Sedap di Selera Kodiang, Warung Cempaka 14, Kempas, Johor | Bukan senang nak cari Laksa Utara yang betul-betul kena dengan citarasa kalau bukan dekat negeri-negeri asalnya sendiri. Sama lah kalau laksa mana-mana negeri pun, mesti kat tempat asalnya jugak yang sedap. Atau kalau bukan dekat tempat asal, mesti nak air tangan original orang asal negerinya, baru sedap tu sampaiii, kan?
Baru-baru ni sebelum demam hari tu, ciksun sendiri dah jumpa port Laksa Utara sedap baq hang kat Johor ni tau! Memang sekali hirup kuah dia, ciksun terus sampai Kodiang! Hahahaha! Orang Johor yang duduk sekitar Kempas, boleh cuba sendiri kalau tak percaya, warung Selera Kodiang dekat Apartmen Cempaka 14, tak jauh dari Hospital Permai tu aje. Betul-betul selepas Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2.
Jemput tengok menu-menu yang ada ek.
Warung ni bukak setiap hari pukul 7 pagi sampai 4 petang, kecuali hari Jumaat, diorang tutup. And kalau hari Sabtu dengan Ahad pulak, menunya lebih kepada menu-menu berkuah aje, hari Isnin hingga Khamis, ye ada nasi-nasi dan makanan berlauk. Roti canai kat sini ada macam-macam jenis ye, uols boleh request kat penebar roti canai tu, dia pernah jadi chef hotel masa kat Singapore sebelum PKP dulu. Tapi bila da PKP, dia berhenti dan kerja kat warung ni sepenuh masa, haa gitu.
Bergambar dengan owner Selera Kodiang, Puan Muzlifah |
In case uols nak order banyak-banyak untuk jamuan makan office or sekolah or ape-ape jenis jamuan lah, uols boleh jugak buat tempahan dengan diorang. Call or whatsapp aje nombor kat bawah ni, nanti diorang aturkan delivery untuk uols.
Selera Kodiang
Warung Cempaka 14, Kempas, Johor
Buka:
Sabtu - Khamis (Jumaat TUTUP)
7 pagi - 4 petang
Untuk tempahan dan pertanyaan:
Puan Muzlifah: 014-277 4186
11 Comments
Sedap2 nampak semua makanan, seronok lepak2 ;)
ReplyDeletesedapnya semua menu tu sunah... lagilah siap ada sosej pulut bagai, segala abc ke ais jagung tu layan betul
ReplyDeleteDapnye ade nak kerabu T_T
ReplyDelete*nasik
DeleteOkay,, mun ke ctok nak rambang mata nak milih apa k makan. hahah
ReplyDeleteSemua menarik dan sedap ni.Laksa tu suka hirup kuahnya.Satu kepuasan.
ReplyDeletenanti bila stay umah adik boleh la datang sini..macam-macam ada tu
ReplyDeleteAku tak kira, aku sihat nanti boleh makan, ko bawa aku ke sini tauuuu....
ReplyDeleteLaksa utara tak pernah tak sedap. Lahhh ingatkan kat Kodiang rupanya kedai kat Johor je. Okaylah tu takpayah susah nak ke utara rasa laksa utara sedap ni kan. Eh eh comel lak roti canai camtu.
ReplyDeleteTerliurrr! Aku suka laksa penang, aku suka nasi kerabuu!!! Adui, sedapnyaaaa.. teringin nak merasa kedai ni punya.. huhuuuuuu
ReplyDeleteKat Johor rupanya. Ingat kat Kedah. Adoi terliur tengok. Kuah laksa nampak pekat dan penuh rasa ikan
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com