Jom Order Menu Paragon TakeawayLicious by Grand Paragon Hotel, Johor Bahru! | Sejak kita diuji dengan pandemik ni dari awal tahun, budaya food delivery dan takeaway dah jadi kebiasaan kan? Bahkan, dari sebelum pandemik pun benda ni dah ada dalam masyarakat kita dengan kewujudan servis FoodPanda, GrabFood, MrSpeedy, LalaMove, Bungkusit dan banyak lagi.
Ciksun pulak, sejak PKP lah baru berjinak-jinak guna food delivery service ni. Sebelum tu, tak reti dan tak rasa memerlukan. Tak sangka kan, macam-macam sebenarnya norma baharu dalam hidup kita bila dah jadi pandemik gini. Nak makan kat kedai kena berjaga-jaga dan ikut SOP. Kadang-kadang, takeaway atau self pickup lebih sesuai dari duduk makan kat luar.
Macam baru-baru ni, ciksun order menu Paragon TakeawayLicious dari Grand Paragon Hotel, Johor Bahru. Diorang buat promo ni bermula dari 12 Oktober 2020 yang lepas. Hari ni kiranya dah masuk hari keempat lah kan. Macam-macam menu yang ada dalam Paragon TakeawayLicious ni, merangkumi menu tempatan juga menu khas bertemakan Japanese Bento. Ciksun order dalam empat menu, tapi pergi pickup sendiri kat lobi hotel.
Order untuk makan malam dengan housemates tersayang. Sampai rumah, semua dah tak sabar nak rasa. Tapi sebelum semua boleh rasa, kamera kena rasa dulu. Hahaha! Meh tengok apa dia menu-menu yang ciksun order pada hari tu.
Ciksun order set Sambal Udang with Rice, Salted Egg Sotong Goreng with Rice, Grilled Teriyaki Chicken Bento dan add on Durian Goreng. Air pulak ciksun tambah sekali dua cawan Iced Lemon Tea dan dua cawan Milo Dinosaur.
Sambal Udang tu, udang dia besau gilerr, ade dua ketul dalam tu. Sambalnya sedap dan manis, housemate ciksun yang susah nak suka masakan Sambal Udang, boleh pulak suka dengan sambal Grand Paragon Hotel ni. Maksudnya memang kena lah tu dengan citarasa dia kan!
Ciksun pulak suka betul dengan Sotong Goreng Salted Egg tu haaa. Rasa tak cukup nak share empat orang. Haha. Patut order lebih aje lain kali, kuah salted egg dia tu boleh cicah dengan semua benda. Sampai licin bekas kuah tu kitorang kerjakan.
Grilled Teriyaki Chicken Bento tu macam biasalah, ayam panggang dalam sos teriyaki. Ayamnya juicy dan lembut aje, dan ciksun suka pulak tengok nasi dia ade bijan hitam camtu. Ye la tema Jepun kan, hihi! Untuk bento ni, uols boleh jugak pilih menu yang ada nasi goreng tau, nanti belek kat bawah nun, ciksun ada share menu penuh.
Durian Goreng is a must kalo order dari Grand Paragon Hotel ni, dulu kan ciksun pernah share pengalaman first time ciksun makan diorang punya Durian Goreng dekat Food Truck Alley'val @ Paragon Market Place. Memang sedap dan tak kedekut isi durian hihi.
Minuman dia, ciksun suka Milo Dinosaur tu, tapi Iced Lemon Tea tu macam agak masam sikit, lambat nak habiskan. Haha. Ok lah, kalau uols takde idea nak lunch ape and dinner ape, boleh lah order makanan dari menu Paragon TakeawayLicious ni. Ikut aje step kat bawah untuk order.
Caj delivery per kilometer, nanti boleh tanya terus yee masa nak order tu.
Selamat menjamu selera!
Untuk maklumat lanjut tentang promosi-promosi terkini, boleh rujuk Facebook Grand Paragon Hotel Johor Bahru ya!
8 Comments
Nampak seeedaaap semua menu tu. Tapi jauh bebeno kalu nak order hehehe
ReplyDeleteSedapnya sambal udang ituu... Goreng durian pun sedap, arghh semua sedap, mendatangkan kelaparan betul...
ReplyDeleteAlamak, rasa macam teringin lauk daging salai masak lomak pulak
ReplyDeleteNampak sedap tengok gambar gambar makanan dia tu..lapar pulak nengoknye kak :D
ReplyDeleteGrilled teriyaki chicken tu ermmmmmmm menduga betul. Harga pun okay sgt dah ni
ReplyDeleteKenapa semua sedap sedap ni. Sambal udang, sotong goreng salted egg..aduh lapar memalam ni.
ReplyDeleteooh wak baru tahu ni., nntila nk try kalo balik masai., tapi delivery mcm mahal je tu kalo ikot per km ., khannns ;p
ReplyDeletewahhh semua nampak sedap tu kak... terliur menengoknya ni
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com