Glass Nasi Dagang Promotion di Thistle Johor Bahru, RM18.90 Aje! | Ye uolsss, tapi tinggal berapa hari aje lagi promo ni ha! Diorang buat dari awal bulan hari tu, sampai 31 Oktober 2020 aje. Uols kalau teringin makan nasi dagang kat hotel, boleh cepat-cepat book tau! Ciksun dah try dah semalam! Yeehaaa!
Dalam set Nasi Dagang kat Glass Restaurant, Thistle Johor Bahru ni ada Nasi Dagang, Gulai Ikan Tongkol (2 pcs), Acar Mentah, Keropok, Telur Masin, segelas Iced Lemon Tea dan sebiji Durian Tempura. Haa, portion set ni besar ya, memang berbaloi betul dengan harganya.
Nasi Dagangnya macam biasa, ada campuran beras pulut dengan beras biasa. Nasinya ciksun agak, dia tanak dalam periuk instead of kukus sebab nasinya lebih sticky berbanding jenis peroi macam encik suami ciksun buat. Kalau orang yang tak suka nasi lembik, mungkin tak berapa prefer nasi macam ni. Tapi ada rahsia untuk uols yang tak suka pulut atau nasi lembik, iaitu:
Gulai Ikan Tongkol ni. Haa, sedap gilerrr weiii kuah gulai dia! Kalau boleh nak siram semua atas nasi, tapi sebab makan kat hotel, ciksun patuh pada kesopanan dan kesusilaan 😝 Sedap dan padan sangat gulainya dimakan dengan Nasi Dagang tu, entah-entah dengan nasi putih pun ciksun perabis jugak gulai ni. And dua ketul ikan tu memang lebih dari cukup untuk seorang makan tau!
Durian Tempura dia marvelous, kitorang sempat kecoh sekejap sebab isi durian tu melimpah masa kak Ajan makan sampai terkena tudung dia. Haha. Haa bayangkan lerr betapa penuhnya filling dalam tu sampai meleleh bila kita gigit dia. Memang kebahagiaan betul dapat makan Durian Tempura tu 😍
Ni dia Iced Lemon Tea yang sekali dengan set menu ni. Ni kalau bulan puasa nampak, mau menggelupur tengok. Haha. Macam yang ciksun cakap kat atas tadi, menu Nasi Dagang ni ada kat Thistle Johor Bahru sampai 31 Oktober 2020 aje ya! Tapi in case nanti promo da habis, uols boleh jugak order untuk tempahan dalam group yang ramai, minimum 20 pax. Just make sure order dua hari awal supaya diorang boleh prepare segalanya dengan sempurna.
Next month pulak, Nasi Dagang ni akan diganti dengan set Mee Rebus. Yang ni lengkap dengan Otak-otak dan Teh Tarik. Makan yang ni kena panas-panas tau, jangan pergi ambil gambar sampai 20 minit pulak. Nanti dah sejuk Mee Rebus, nkoo komplen kat chef! 😒
Besauu kan portion dia? Tapi Mee Rebus ni 2 November 2020 baru start ek. Jangan pergi sekarang pulak sebab sekarang masih Nasi Dagang lagi. Haha. Dah ulang banyak kali, tak faham jugak, eee nakal tau! Ok bye! Jemput makan Nasi Dagang dan Mee Rebus nanti!
🗓 5 Oct - 31 Oct 2020
⏰ 12.00pm - 10.00pm (Monday to Sunday)
💵 RM18.90 nett per set inclusive of a drink and durian tempura dessert!
📌 Glass, Thistle Johor Bahru
☎ 07-222 9234
📞 https://wa.me/60127892092 (WhatsApp)
7 Comments
Wow! Sedapnya!
ReplyDeleteTerliur plak tengok mee rebus tu ha..nak buat x pandai- pandai lagi...
ReplyDeleteNampak menyelerakan. Presentation pun mantap.
ReplyDeleteAlaaaa tak surprise laaa semua dah tau apa menu bulan depan hahahahahaha... *saje kann :p
ReplyDeleteJomm makan lagi di saat-saat akhir..
Selamat menjamu selera.
ReplyDeletenampak cantik presentation dia.. yela kat hotel hehe..
ReplyDeletekurang gemar nasi dagang tapi makan je kalau ada tu..
Gulai ikan tongkol dan mee rebus tu nampak padu pekat kuah dia.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com