Fantastic Friday Buffet Dinner RM35 @ Ramada Meridin Johor Bahru | Rasa macam dah lama gila ciksun tak update blog pasal makanan hotel. Sejak diserang tonsilitis lebih seminggu dan sekarang dalam fasa pemulihan yang macam-macam lagi dugaannya, nak ngadap laptop lama-lama tu bukan satu pilihan utama. Kalau boleh, sungguh-sungguh ciksun nak elak mengadap laptop. Nanti bertambah sakit badannya, tapi bila fikir kerja menimbun, kena lah jugak paksa diri buat mana termampu.
Bila da hari Khamis, esok pulak Jumaat, terus teringat dinner ciksun kat Ramada Meridin Johor Bahru beberapa Jumaat yang lepas. Ye, kalau uols nak tahu, diorang da start balik Fantastic Friday Buffet Dinner kat Delish Restaurant diorang tau! Dengan rega mampu milik RM35 nett per pax untuk dewasa, dan RM25 nett per pax untuk kanak-kanak, memang berbaloi-baloi gilerr rasa.
Ape je menu yang ada? Setiap minggu, wajib ada Ayam Tandoori, Satay, Mee/Bihun/Kuetiaw Goreng, Lok-lok, Ikan Bakar dengan Sos Istimewa, Aneka Pencuci Mulut, Minuman Sejuk, Kopi dan Teh. Manakala menu yang akan ditukar-tukar adalah Nasi Briyani Ayam & Kambing; Nasi Lemak atau Nasi Ayam. Haa, in case uols nak makan nasi tertentu, boleh call dulu kot pihak Ramada Meridin so takde la melepas Nasi Briyani ke kannnn. Cadangannnn je!
Jom tengok menu-menu yang ada masa ciksun pergi ri tu.
Boleh tahan jugak kan pilihannya, tak terlalu banyak, tapi bagi ciksun dah berbaloi dengan harganya dan ruang restoran. Makanan pun semua sedap-sedap, paling ciksun suka ikan siakap bakar tu dengan lamb shank. Rezeki ciksun malam tu ada lamb shank sebab katanya lepas-lepas ni lamb shank tu diorang tukar dengan menu lain pulak. Haa gitu.
Menu-menunya pun versatile, bukan nasi dan lauk semata-mata, menu western ala chicken wrap, kebab, sup dengan roti pun ada kalau ada yang prefer dinner ringan-ringan aje. Nak makan salad saje pun bolehh, tapi takkan uols nak makan salad je dengan rega RM35 kan? 😜
Dan yang wajib uols cuba, durian goreng dia! Yesss, serius durian goreng kat sini sedap gilerr. Masih sama dengan first time ciksun datang makan dulu. Inti dia tak terlalu penuh sangat, dan tepung dia tu tak terlalu tebal, nipis dan crispy aje. Bila gigit, isi duriannya cair dalam mulut. Aaaa, so sedap!
Kalau uols nak bawak family atau makan malam dengan kawan-kawan kat Ramada Meridin Johor Bahru hari Jumaat, haa boleh lah buat booking segera! Harga ni limited time tau!
Fantastic Friday Buffet Dinner
RM35 nett per adult
RM25 nett per child (6 - 12 yo)
*Harga promosi sampai 31 Oktober 2020
Hari: JUMAAT shj
Masa: 7 pm - 10 pm
Untuk tempahan, hubungi:
Tel: 07-531 8888
E-mail: fbadmin@ramadameridinjohor.com
Free parking & WIFI
HALAL certified restaurant
6 Comments
Aduh! tertengok waktu dekat-dekat nak pi lunch dah la lapar bertambah-tambah lapar tengok menu semua sedap-sedap.
ReplyDeleteYa Allah.Tengok ikan curah sambal ya tu SS..terliur la pulak.Dengan dessert memang tumpuan dan fokus PC bila ada sahabat-sahabat blogger share bab makan-makan atau review di hotel.
ReplyDeleteTerliur tengok gambar. Harga berpatutan.kalau makan kat restoran pun harga lebih kurang. Yang penting halal
ReplyDeletesangat2 fantastic ni
ReplyDeleteSemalam kelakar ko, aku beriye update post ni, sekali rupanya aku dah update dah ko..tak ke kelako gigoh aku..terus aku delete post tu hahahahaha..
ReplyDeleteUpdate terkini..untuk Jumaat 2 minggu ni dah FULLY BOOKED..
Ikan bakar dengan sos istimewa tu nampak macam sedap betul. Nampak macam sos percik pulak. Teringat pulak ikan percik arwah atok bak kita.
ReplyDeleteApapun semoga cepat sembuh. Aaminn
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com