Executive Floor, Level 32, Suasana All Suites Hotel Johor Bahru Kini Dibuka! | Bermula hari ni, Isnin, 19 Oktober 2020, bilik-bilik di Executive Floor, Level 32, Suasana All Suites Hotel Johor Bahru kini dibuka untuk penginapan. Ciksun berpeluang untuk pergi Soft Launch level ni pada hari Jumaat lepas. Apa yang membuatkan Executive Floor ni berbeza dengan level-level yang lain?
Kalau tengok nama hotelnya, kita sedia maklum bahawa semua bilik kat Suasana All Suites Hotel Johor Bahru ni adalah berkonsepkan suite, atau kata lainnya bentuk apartmen dengan satu bilik, dua bilik dan tiga bilik. Sesuai untuk mereka yang bercuti dengan keluarga atau dalam kumpulan besar.
So, apa yang istimewa sangat Executive Floor ni? Jom tengok dulu gambar-gambar yang ciksun ambil masa staycation kat sana hujung minggu lepas.
Tambahan baru kepada bilik-bilik tetamu di Executive Floor ni adalah Bathroom Amenities by Gilchrist & Soames UK, Arissto Coffee Machine, dan Special Welcome Amenities. Ciksun masa bukak pintu masuk ke dalam bilik, memang teruja sungguh nampak mesin kopi Arissto atas meja makan! Petang tu jugak ciksun minum kopinya.
Tengok tu, LUNA Coffee, Americano fresh berkrim tanpa gula, minum masa panas-panas. Memang masyuk! Diorang bagi LUNA Coffee, THE KING Tea dan MILK untuk mesin kopi Arissto ni. THE KING Tea tu adalah black tea dengan spearmint, ciksun minum pagi esoknya sambil tengok matahari terbit.
Cantik kan view sunrise dari bilik ciksun? View sunset yang bawah sekali tu pulak ciksun tengok masa dinner dekat Skybar, tingkat 33A. Boleh tengok dari laundry section, cantik sangat remang senja. Masa ni tengah Soft Launch untuk Executive Floor tu.
Special Welcome Amenities dia Keropok Ikan, Kacang Tumbuk, Coklat Nips dan air tin ni ha. Best gilerrr dapat benda ni sebab Keropok Ikan tu serius sedap tau! Uols kalo rasa tak cukup dan nak lagi, boleh aje beli Keropok Ikan ni dekat Suasana Suites Cafe kat Tingkat 33A, tempat breakfast ciksun pagi esoknya.
Kat sini, breakfast dalam bentuk set gini. Ade gak mini buffet tapi hanya untuk buah-buahan potong, cereal, roti, minuman jus, kopi dan teh. Sebab nak kurangkan kesesakan dan jaga jarak antara tetamu yang datang sarapan pagi. Macam ni pun dah kenyang tau.
Dan istimewanya, kalau uols stay dekat Executive Floor, Level 32 ni, uols boleh dapat complimentary High Tea at Suasana Suites Cafe, dan juga 15% discount at Suasana Suites Cafe (terms & conditions apply). High Tea per person tu merangkumi kuih-muih tradisional dan Mee Siam yang cukup sedappp bagi ciksun.
Disebabkan duduk kat Executive Floor ni best sangat, uols are entitled to Complimentary Late Check Out at 1 pm, juga Express Check In & Express Check Out. Takut terlebih syok lepak dalam bilik sampai lupa dah pukul 12 tengahari. Haha. Kalau tak, kan ada extra charge bila kita check out lambat.
In case uols berminat nak stay kat sini, nah ciksun bagi room rates untuk rujukan uols. Boleh direct contact number dalam gambar tu untuk maklumat lanjut ya!
Reservation team: +6072670148
Sales team: +60177675074 (Ms Efnerina) or +601127388910 (Ms Izzati)
Gambar banyak-banyak boleh tengok kat page FB Sunah Sakura ya!
Thank you!
Website:
Facebook:
Instagram:
15 Comments
Memang puashati stay gini.. kalau keluarga besar amik yang 3 bilik tu, semua kemudahan lengkap..cuma jangan cuba-cuba lompat pagar hahahahaha
ReplyDeletehahahahah ko jangan ekkk! asyik nak melompat je keje ko sejak2 da buang tonsil ni.. :p
DeleteCantik dan tentunya memberi kepuasan kepada pengunjung.
ReplyDeletesangat2! suka gila duduk sini, sampai hari ni masih terkenang2..
Deleteada limit person sik per bilit yaa? Bagus sekali polah family gathering haha
ReplyDeleterasanya ikut type bilit, dari 2, 4, 6 dan mun ada extra bed, mungkin ada charge...boleh tanyak lebih lanjut kat nombor ya okayyy
Deletewow boleh consider kalau ke jb nanti
ReplyDeletejom jom mama!
DeleteBest style suite ni. Luas dan selesa. Executive haruslah begini style dia kan. Nice lah, view pun cantik. Happy gila kalau dapat stay bilik macam ni. Tak nak keluar lah camni. hihi
ReplyDeletetu lerr pasal, kalo camni dua hari satu malam rasa macam tak cukup pun..haha
Deleteaha betul..diorang boleh ngadap tv, or main kat swimming pool tu...
ReplyDeletemewah nampak bilik dia, ahhhh geramnya nak stay jugak! hehe
ReplyDeleteskrng tetiap minggu rasa nak pi staycation.. xyah
ReplyDeletebuat aktiviti pape just relax2 tido enjoy the view. tapii hold on dulu la tngk kes makin meningkat.. sereeemm..
syok tu stay kt bilik executive floor...ptt october nk check in otel tp terpaksa hold disebabkan kes covid19 di sgor makin meningkat skarang
ReplyDeleteEh ada nama kita la kat gambar tuuuuu!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com