Ticker

6/recent/ticker-posts

Tukar Template Baru, Entri Pertama Guna Dashboard Blogger Baru 2020

Tukar Template Baru, Entri Pertama Guna Dashboard Blogger Baru 2020 | Salam Jumaat semua. Setelah sekian lama asyik revert dashboard blogger dari new dashboard ke classic dashboard, akhirnya semalam ciksun dah tak boleh nak tukar ke dashboard lama. Bertabah lah ciksun menukar template blog dari pagi sampai ke tengahari ni supaya semua thumbnails recent post kat homepage ciksun tak blur. Huhuhu.

Ye lah, masa masih guna dashboard lama, bila terpublish guna dashboard baru tu, gambar thumbnail jadi blur. Sakit pulak mata ni tengok. Tak boleh tak, kena tukar jugak nampaknya. Sebab tu lah, bila uols datang hari ni, uols bukan salah masuk blog ye. Ni masih lagi blog ciksun tau, jangan lah pangkah. Haha! Kita try tengok seminggu ni, trafik masih maintain atau jadi merudum bila tukar template baru ni ekkk.

Dalam tak suka dashboard baru ni, tetap la kena terima dengan paksa rela. New change katakan. Bila dah try taip entry kat laptop ni, jadi ok lak rasa. Macam boleh terima. Nak edit template kat html pun rasa lebih mudah dan takde bugs sangat macam masa guna classic dashboard, mungkin sebab time tu template nya pun dah compatible dengan new dashboard, bila kita try edit guna dashboard lama, dia akan jadi error dan asyik hang.

Tukar Template Baru, Entri Pertama Guna Dashboard Blogger Baru 2020

Jenguk blog kawan-kawan, ada jugak yang dah guna template baru. Mana-mana yang minta upah tukar template dan insert adsense dengan ciksun baru-baru ni pun ciksun terus masukkan template baru untuk diorang juga. Harapnya, ok lah tu kan. Kalau ada yang tak ok, mohon revert dengan ciksun semula ya. Kot-kot ciksun terlupa nak setup image bila bukak guna mobile ke, kot lah terlonjong gambar nye, cepat-cepat bagitau ciksun.

Tapi kalau uols nak setup sendiri pun senang sangat sebenarnya. In case uols face problem stretched image in blog post bila browse guna mobile, ciksun dah pernah buat tutorial untuk betulkan gambar lonjong tu. Boleh klik SINI untuk tengok macam mana ya! So easy peasy gituhhh. Cuma ciksun belum jumpa lagi macam mana nak munculkan page navigation untuk previous dengan newer post tu, hilang entah ke mana tak tau lah! Dalam html code ada je, tapi tak keluar lak. Kalau ada yang tahu macam mana caranya, boleh komen kat bawah tau!

Oh tapi kalau uols tak nak tukar template baru, masih nak kekalkan yang lama, boleh juga. Cuma pastikan gambar pertama dalam entri uols tu pada saiz Original, bukan Small, Medium, Large atau Extra Large. Bila saiz gambar tu Original, thumbnailnya tak akan jadi blur pada homepage. Saya dah cuba pada blog encik suami.

Ok lah, ni entri percubaan pertama.

Nanti baru kita update lagi banyak cerita yang tertangguh ek! Nak blogwalking gak ni! Bye!

Post a Comment

12 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Dah lama juga adapt dengan dashboard baru. so far okaylah. cuma kalau guna phone dia macam sakit mata sikit lah bila publish tu. tak terusun.

    dah lama tak tukar template baru. Rasa malas dah nak hadap sebab sekarang features baru boleh buat pening nak fikir dan explore. huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com