Sekitar Food Truck Alley'val @ Paragon Market Place, Tampoi, Johor | Ni event kat Paragon Market Place hujung minggu lepas. Sebenarnya tu kali kedua diorang buat event tersebut, dari 4 hingga 6 September 2020, pukul 5 petang sampai 12 malam. Yang pertama dulu masa cuti Merdeka, dari 28 hingga 31 Ogos 2020, tapi ciksun kat Nilai masa tu, tak dapat nak jenguk. Sebab tu bila diorang buat kali kedua, ciksun terusssss terjah!
Ye lah, Paragon Market Place ni kan baru je buka lepas PKP hari tu dalam bulan Jun 2020. Memang susah la sikit orang nak jejak masa tengah strict lagi SOP nya. Sekarang bila kes positif COVID-19 kat Johor ni dah makin menurun dan takde lagi kes baru, orang dah mula memberanikan diri untuk keluar berjalan-jalan dengan syarat masih patuh pada SOP.
Apa yang menarik perhatian ciksun untuk ke sana adalah Grand Paragon Corner, stall yang dibuka oleh pihak Grand Paragon Hotel sendiri! Yeee, uols kalau pergi hari tu, boleh cuba menu-menu hotel yang sedap pada harga berpatutan tau! Tak payah nak masuk hotel dah dapat makan Nyonya Laksa, Durian Goreng dan Apple Pie Kak Mariam. Hmmm nah ciksun share gambar-gambar makanan dan suasana kat sana hari tu.
Serius cakap, memang sedap menu-menu dari Grand Paragon Corner tu! Apple Pie tu antara yang terbaik pernah ciksun rasa, tak pernah lagi la jumpa yang sesedap tu. Padan elok inti apple dengan pie crust tu.
Best kalau Paragon Market Place teruskan event ni pada masa akan datang, sambutan pun sangat menggalakkan, kan? So, mohon buat lagi. Haha!
7 Comments
Kalau datang tempat food truck ni tekak jadi tak keruan nak memilih menu. Semua nak!
ReplyDeleteLama betul tak pergi food truckk tingin pulek
ReplyDeletewah bestnya..hari tu balik JB tak pergi pun sini...
ReplyDeletepilihan menu makanan amat menyelerakan..
ReplyDeleteFuh ! sedap giler tu
kalau dekat boleh pergi
ReplyDeleteSedapnya... tp lately ni busy benar. Tak sempat nak berjimba ria..
ReplyDeleteLaksa nyonya itu sungguh sedap!!! Apple Pie juga... tak sabar tunggu yang seterusnya...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com