Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedapnya Itik Salai Masak Lomak @ Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson

Sedapnya Itik Salai Masak Lomak @ Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson | Oh, belum habis tau cerita Cuti-cuti Port Dickson Sehari Semalam tu. Sebab dah janji kan kat hujung entri tersebut, ciksun nak share menu masakan salai lomak cili api yang diburu bersama kawan-kawan selepas checkout dari Lexis Hibiscus Port Dickson.

Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson

Ada banyak sebenarnya restoran yang menyediakan menu masakan salai kat sekitar Port Dickson tu. Dah namanya Negeri Sembilan kan, mesti lah menjadi menu utama diorang. Sepanjang jalan Teluk Kemang tu boleh kata selang dua tiga biji kedai, mesti akan ada restoran masakan salai. So, tak susah kalau uols nak cari, cuma tak tau sedap ngan tak sedap je lah. Haha.

Tapi yang menjadi pilihan kami, dekat dan senang nak cari masa tu, Warung Salai Batu 5, Medan Remis. Tak jauh dari King's Char Kuey Teow yang kitorang makan sebelah malamnya. Guna waze aje, confirm sampai. Sebab masa pergi tu hari Sabtu, manusia agak ramai gak lah. Berbaris jugak sekejap tunggu turn nak duduk. Tapi takde la lama sangat.

Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson

Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson

Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson

Macam biasa, dah scan MySejahtera and check suhu, boleh lah duduk. Nanti pelayan datang bagi kertas order, kita tulis sendiri nak apa based on menu yang diberi. Ada macam-macam menu salai masakan asli Negeri Sembilan dan ikan bakar kat sini, kami order Daging Salai, Daging + Perut Salai, Ikan Keli Salai dan Itik Salai, semua Masak Lomak Cili Api. Nasi pulak, ada nasi kosong saje dengan set nasi bersama ulam-ulaman, ikan masin dan sambal belacan. Kitorang ambil set nasi dengan ulaman semua tu. Alang-alang dah menyalai kan. Hahaha!

Nah gambo-gambo makanan kami.




Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson

Oh, sini ada Kuih Keria Melaka Bonda gak, boleh tahan sedap jugak lah. Uols nak try sambil tunggu masakan salai sampai, haa boleh beli aje kat gerai tepi restoran ni. Kot nanti tak tahan pijor pedas masak lomak tu, boleh makan kuih keria hahaha!

Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson

Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson

Paling #kuanghajasodap sekali antara menu yang kitorang cuba adalah Itik Salai Masak Lomak Cili Api! Yesss, itu lah pilihan ciksun, hahahah! Semua kawan puji menu ciksun sedap sangattt. Rasa smokey-smokey itik tu memang meresap masuk dalam kuah masak lomak tu dengan sempurna. Isi itik tu pun takde lah liat sangat, sedang elok aje nak siat dia.

Warung Salai Bt 5 Medan Remis, Port Dickson

Pedas? Yaa, pedas lahhh tapi pedas dia kejap aje, tak lama lepas tu hilang entah ke laut Port Dickson agaknya. Kahhh! Kawan-kawan pun semua cakap pedas, tapi kejap aje pedasnya. So, kalau uols nak cuba masakan salai kat sini, ciksun memang rekemen sangat ya!


Boleh tengok rega makanan kami kat gambar resit atas tu ya. Warung Salai Bt 5 Medan Remis ni adalah cawangan ketiga Warung Salai, uols boleh jumpa banyak cawangannya sekitar Port Dickson tu. Bye!

Warung Salai Bt 5, Medan Remis

Waktu operasi:
Jumaat - Rabu (Khamis TUTUP)
11 pagi - 10 malam

Facebook:

Website:

Email:
warungsalai@gmail.com

No. Tel:
012-655 0802

Post a Comment

10 Comments

  1. Sunah...komen kat atas yang bokep2 tu spam tuh...semua link tu laman web porno

    ReplyDelete
    Replies
    1. astaghfirullah..tu lah, baru delete semua komen2 dia...aduiii, tinggal blog berapa hari je kang datang la deme ni..

      Delete
  2. Gileee laaa kalau tak sedap...kalau tak sedap, takde laa viral..

    ReplyDelete
  3. Full house nampak kedai ni. Ramai peminat hidangan salai. Sedap tu makan yang bersalai. Tapi itik salai tak pernah makan sebab tak makan. huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com