Ticker

6/recent/ticker-posts

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia!

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia! | Yo, Coolblog Malaysia dah keluarkan siri minuman terbaru diorang bermula dari 17 September yang lepas, dikenali dengan nama SawadeeCool. Harga secawan 700 ml adalah RM9.80 dan ada 4 perisa gabungan 'Thai tea', iaitu Matcha Thai Tea, Chocolate Thai Tea, Malt Thai Tea dan Tiramisu Thai Tea.

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia!

Ciksun berkesempatan untuk tengok majlis pengenalan SawadeeCool dekat Coolblog Plaza Angsana hari tu. YB Dato' Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) datang merasmikan majlis, dengan disaksikan oleh barisan pegawai dan pengurusan tertinggi KPDNHEP negeri Johor.

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia!

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia!

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia!

Masa majlis perasmian tu, YB Dato' Rosol berpeluang mencuba buat sendiri minuman SawadeeCool Chocolate Thai Tea dengan bantuan krew dan Ketua Pegawai Operasi Coolblog, Cik Priscilla Leaw. Minuman Chocolate Thai Tea ni dikatakan antara yang paling popular dan paling sedap, menurut kata krew Coolblog kat situ. Maka, ciksun pun apa lagi, cuba lah jugak kan!

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia!

Yoo, memang sedap minumannya, siap ada krim keju dan puding juga kat dalam tu. Bila minum, tergigit puding, rasa macam minum minuman kegemaran ciksun yang satu tu. Tak boleh sebut jenama nya kat sini, pesaing Coolblog tu. Hahaha! Tapi kalau kat Coolblog, harganya lebih murah dan appearancenya lebih menarik, tak mustahil ciksun akan pilih Coolblog aje lepas ni kalau teringin sangat 😁

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia!

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia!

Menurut Cik Priscilla, SawadeeCool adalah kempen penutup Coolblog bagi tahun 2020 ni. Harapannya, moga perisa baru ni boleh membawa Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan yang lebih hebat macam siri kempen sebelum-sebelum ni. So, para peminat Coolblog boleh lah dapatkan minuman ni di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia!

Sedap Jugak SawadeeCool Chocolate Thai Tea by Coolblog Malaysia!

Ciksun nak gi beli SawadeeCool Matcha Thai Tea jap, bye!

Post a Comment

4 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Mana boleh tak sedap. Opkos sedap! Nak try matcha tu lah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com