Lunch Asam Pedas Selera Kampung di Plaza Mahkota Square, Melaka | Eh eh, tiba-tiba entri Melaka masuk ek. Tapi memang dari Port Dickson hari tu, ciksun turun ke Melaka pulak. Kitorang plan untuk extend satu malam kat Melaka. Gerak dari PD tengahari, petang dalam pukul 3 lebih kami sampai kat Melaka2stay @ Mahkota Melaka.
Maaf lah, tak ada ambil gambar pun homestay ni sebab dah kepenatan masa tu, lagi satu sebab kitorang yang naik kereta kedua sampai lambat sikit. Jadi yang dah sampai awal dah lepak dah, makanya takde gambar yang senonoh untuk ditayangkan. Kalau uols nak belek homestay nya macam mana, boleh tengok kat Booking.com ni, satu malam kami ambil masa tu RM191 termasuk booking charge.
Ok lah jugak, ada dua bilik tidur, dua bilik air, lengkap dengan ruang tamu, dan dapur. Boleh muat sampai 8 orang kalo guna semua katil dan tilam ekstra dia. Tapi kalo menyempit-nyempit, boleh capai 10 - 15 orang juga kalau nak duduk dua tiga family. Recommended lah sebab dekat dengan Dataran Pahlawan, bukak pintu balkoni je terus nampak Menara Taming Sari. So maksudnya sangat dekat dengan semua tempat menarik.
Sebab tu, untuk lunch tengahari esoknya lepas checkout, kitorang terus cari Asam Pedas! Saya lah orangnya yang kena survey restoran yang ada tu. Memula tengok kat google, restorannya buka lewat, alamakk. Yee, tak semua restoran Asam Pedas kat Melaka ni buka dari pagi. Kebanyakannya lewat petang baru bukak.
Rezeki kami lepas pusing, pusing, pusing kat Plaza Mahkota tu, akhirnya jumpa Asam Pedas Selera Kampung sebelah Pahlawan Walk tu aje. Asalnya memang nak ke restoran ni tapi nampak kat google tutup, kononnya nak singgah je la mana-mana restoran Asam Pedas yang bersepah kat Plaza Mahkota tu. Nasib baik ek tak tersinggah Restoran 35 ehhh! Hahaha! Ok, ok, gurau je. Kalau tersinggah pun apa salahnya, cuma takde rezeki pulak nak ternampak restoran tu ha.
Masa ni dah habis makan, dah pukul 12 lebih, time lunch sangat ramai orang! |
Dan akhirnya bila park aje tepi tapak Pasar Malam Pahlawan Walk tu, keluar kereta terus nampak restoran Asam Pedas Selera Kampung. Laaa, memang rezeki lah nampaknya untuk cuba asam pedas di restoran yang dihajati, alhamdulillah. Masa tu baru pukul 11 lebih pagi, jadi pengunjung belum lah ramai sangat. Tapi tetap kena scan MySejahtera dan check suhu macam biasa. Terkejut sekejap guest depan saya suhunya 37.5 'C, automatik menjauh dari dia. Haha. Tapi staff restoran suruh dia tunggu tepi kejap, sebab biasalah suhu kulit badan ni bila kena cahaya matahari tu terlebih panas pulak dari sepatutnya. Yang lagi kelakar, dak Ibah pun sama! Sekejap je tunggu, second time dia check, dah normal temperature balik. Hihi.
Kitorang duduk luar restoran aje, ade macam-macam lauk yang terjual kat sini, uols boleh ambil mana-mana yang uols nak. Kami pilih Asam Pedas Ikan Jenahak, Asam Pedas Tetel, Sotong Goreng Kunyit, Siput Sedut Masak Lomak, Sayur Kacang Panjang Goreng, Ulam-ulaman, Telur Asin, Tempe Goreng, Ayam Kampung Goreng dan Sambal Belacan.
Makanan sampai, harus lah kita ambil gambar dulu kan? Nasib baik jugak takde kena jerit jangan ambil gambar. Tapi kita baik-baik semuanya, takde buat live masa tunggu asam pedas sampai kat meja tau, takde buat bising cakap kuat-kuat tau, takde buat review produk kat meja makan restoran orang lain tau! Eh eh eh~~
Paling sedap antara semua pada tekak ciksun, Asam Pedas Daging Tetel tu! Fuhh, memang kena dengan tekak, dan tak lah terlalu pedas sangat, secukup rasa. Asam Pedas Ikan Jenahak tu ok-ok lah, habis jugak kami makan semuanya berenam. Alhamdulillah.
Sini ada jugak Sagu Gula Melaka dengan Keria Gula Melaka, jugaaaa Dodol, Aiskrim Durian dan Aiskrim Kelapa Homemade, diorang jual depan entrance sebelum kaunter saringan suhu tu. Haa, kalau uols nak try, boleh beli semua ni sambil makan menu utama. Tak sure lah kalau diorang jual sepanjang hari ke atau sampai habis aje.
Harga menu pun not bad, enam orang makan RM123.50 aje. Asam Pedas Ikan Jenahak tu seekor RM40.00, Asam Pedas Tetel sepinggan RM10.00, tapi Ayam Kampung Goreng tu suku ekor RM10.00. Kalau makan reramai, memang lebih berbaloi berbanding makan berdua.
Nampak sedap kan bila dak Ibah ngan Ayen makan Sagu Gula Melaka tu? 😜
Ok lah, kalau uols nak datang sini, silaaa lah waze terus!
Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan PM3, Plaza Mahkota Square, 75000 Malacca City, Malacca, Malaysia
No. Tel: 016-660 9014
Facebook: Asam Pedas Selera Kampung
10 Comments
Memang asam pedas kat Melaka ni tak semua yang bukak dari pagi.. Hehe.. Nasib dapat jumpa.. Ok la tu kan.. Hehe... Lama tak bersua dengan CikSun
ReplyDeletetu la leya..alhamdulillah...kan kan, hari tu kat PD, tapi tak sempat jumpa leya..
Deletemakan2 lagi ya, sedapp!
ReplyDeletetu la tu..makan2 lagi..hahahahah
DeleteSelamat menjamu selera.
ReplyDeleteLepas ni bolehlah cuba try kat Restoran 35 pulak
insya'Allah..kena pergi Melaka selalu ni
DeleteMurah sangat tu... kalau Melaka tu dah tak tau mana yang sedap asam pedasnya.. sampai masa pi Melaka pun tak makan asam pedas hehehehe
ReplyDeletehahaha kan kan kan...ada jugak orang suggest Asam Pedas Pak Man, tapi agak jauh dari kami masa tu, perut da lapor
DeleteOh, kita tahu kedai ni, betul2 kat selekoh, dekat dengan menara
ReplyDeletehaa betul kak!
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com