Bila Tonsilitis dan Anxiety Menyerang | Kalau ada ikuti ciksun kat Facebook, readers mesti tahu ciksun tak sihat beberapa hari ni. Sebab tu la blog ni senyap aje takde update apa-apa selama dua tiga hari. Semalam je baru update masukkan artikel guest post Pakar Cat Pro.
Kisahnya sebenarnya bermula dari tengahari Isnin, 21 September 2020, ciksun tersedak makan laksa masa buat food review. Ciksun ingatkan tak ada apa-apa lah, tersedak je kan. Tapi sedak dia tu teruk benar, terbatuk-batuk ciksun sampai keluar air mata sebelah kiri aje. Sampai ciksun tanya kak Ajan, kenapa air mata keluar sebelah ni aje? Takde jawapan yang kitorang jumpa.
Then balik dari makan tengahari, ciksun sampai ofis, masih terasa-rasa sakit pada tekak. Balik rumah, malam tu tengok anak tekak dalam cermin, tu diaaa! Bengkak gilerr dua-dua belah tonsil! Dengan anak tekak sekali bengkak. Nak telan makanan dan minuman sakit, bahkan nak telan air liur pun sakit. Aduhai, tak pernah kena teruk macam ni seumur hidup ciksun. Tahun lepas ye lah, ciksun pernah refer ENT sebab tonsil sebelah je bengkak, tahun ni tak sangka tonsil sebelah lagi pun nak bengkak sama.
Malam tu tidur pun susah sebab setiap kali berdengkur, ciksun akan terjaga. Manusia ni dia berdengkur bila saluran pernafasan tu sempit, kali ni saluran pernafasan ciksun ni hampir tertutup. Haaa gitu. Ia agak mengganggu tidur ciksun, tapi kalau ciksun tak tidur, nanti ciksun menguap, pun sakit juga. Uishh lepas taip ayat ni terus menguap kat opis ni, terus terbukak segala liang telinga weiii. Jelas kuat suara semua orang. Berapa hari ni macam pekak aje rasa. Haha!
Ok lah, disebabkan tak tahan dengan kesakitan ni, dan pukul 3 pagi suhu badan ciksun naik gilerr panasnya, esoknya ciksun pergi la Klinik UTM. Tapi pagi tu suhu badan da turun sikit sebab da telan panadol actifast sebiji. Sampai je klinik, guard depan klinik tu tanya dulu demam ke? Ciksun cakap ye, demam and sakit tekak. Guard tu suruh tunggu tepi kejap sebab tak lepas untuk masuk ke dalam klinik. Kena pergi bilik isolasi khas untuk pesakit yang demam, sakit tekak, batuk dan mana-mana gejala COVID-19. Haa, nkoo ghaseee?
Lepas dia buat call dengan doktor yang standby kat bilik isolasi, ciksun pun diarahkan untuk ke bilik tu kat sebelah tepi Klinik UTM. Sorang aje doktor kat situ, doktor perempuan siap pakai PPE tapi bukan PPE penuh lah, tutup apa yang patut ditutup. Dia panggil masuk, bukak kasut dan duduk kat kerusi sebelah pintu masuk. Jarak antara kerusi tu dengan meja doktor, ada dalam 1 meter setengah gak. Dari jauh tu lah doktor akan tanya kenapa, demam ke, sakit tekak ke. Kita cerita lah semua kat situ. Doktor tanya jugak ada jumpa sesiapa yang home quarantined tak? Ada jumpa kawan-kawan baru balik dari luar negara tak? Ok semua takde.
Simple, cepat dan pantas prosesnya, doktor bagi ubat sakit tekak lozenge tu, paracetamol untuk demam dan tahan sakit, ubat cair kahak, dan ubat kumur, semua ni kena ambil tiga kali sehari. Ciksun balik rumah dan terus berehat aje, thanks to my housemate, kak Ajan, temankan dan tolong bawa ke klinik pada hari tersebut, siap masakkan bubur etc. Tapi sedihnya ciksun mampu makan tiga empat sudu aje buburnya sekadar untuk isi perut sebab nak makan ubat. Nak telan banyak-banyak tak mampu sebab sakit sangat tekak ni.
Minum air pun ciksun jadi takut sebab rasa sakit tu teruk sangat. Petangnya ciksun minta tolong dak Ibah belikan aiskrim vanilla, mana tahu bole surutkan bengkak tonsil tu. Ye, tak surut pun bengkaknya kawan-kawan walau dah makan ubat dua kali. Ciksun perasan, kalau makan aiskrim tu, bengkak dia surut sikit dan sekejap, tapi nanti dia akan bengkak semula. Adehhh. Sebab tu hari pertama balik dari klinik tu, ciksun sangat-sangat tak makan apa-apa yang berkhasiat pun, menjadikan berat ciksun turun 2 kg ye uolsss 😆
Hari kedua balik dari klinik, ciksun rasa belakang ciksun bahagian bawah macam mengeras sikit. Pelik sungguh rasa tu, tak tahu kenapa. Then hari tu juga ciksun berkeputusan untuk up status diri kat Facebook dan bagitahu pada parents kat kampung. Ye, dua hari sebelumnya hanya encik suami, adik-adik, housemates dan kawan-kawan terdekat aje tahu ciksun sakit. Ciksun tak nak risaukan parents sangat. Mamak ciksun tu bukan boleh berhenti call kalau tahu anak dia sakit, risau dia lain macam huhu.
Malam tu, bila call mamak, mamak tenang aje alhamdulillah. Tapi bila dia bagi telefon kat my brother, aduhai tumpah jugak air mata kakak dia ni, tertahan-tahan nak bercakap sebab adik tanya, tu demam apa? Ciksun faham, dia takut ciksun ada simptom COVID-19, tapi kami sama-sama doa supaya dijauhkan dari penyakit yang satu tu dan cepat lah sembuh dari tonsilitis ni. Malam tu jugak, nampak Sis Lin post kat IG story and tagged ciksun, lagi teruk ciksun nangis sorang-sorang dalam bilik. Ciksun takut, takut sangat! Ciksun takut bila baca komen-komen kawan-kawan kat status Facebook ciksun. Ciksun takut sakit belakang keras tu sebab buah pinggang ciksun da tak ok.
Ciksun takut kalau ciksun tidur, ciksun dah tak bangun lagi.
Ya, itu sebenarnya anxiety yang menyerang bila kita ada tonsilitis. Tapi kalau anxiety tak dikawal, tonsilitis berpotensi untuk jadi lebih teruk. Sebab tu bangun pagi esoknya, ciksun nekad ciksun tak boleh biarkan diri terus dalam keadaan negatif. Ciksun kena cari macam mana nak positifkan fikiran ni. Pagi-pagi ada komen Facebook masuk lagi, kawan tu baru lepas kena tonsilitis gak, suhu badan susah turun tapi bila dia mandi air suam alhamdulillah suhu badannya stabil. Ciksun pun start dengan tips tu, mandi air suam dan basahkan kepala ciksun, cuci rambut yang dah berapa hari macam sabut kelapa agaknya.
Lepas mandi badan rasa fresh dan hati rasa lapang. Ciksun breakfast kat hall dan duduk situ sampai rasa penat, baru ciksun masuk bilik baring. Then keluar balik duduk jumpa housemates yang lain, siap tengok Netflix beberapa episod Kdrama Signal dengan dak Nani. Makan-makan semua makanan yang ciksun nak walaupun tekak sakit. Ciksun abaikan dak paksa diri telan Double Cheese Burger dak Nada belanja. Diffuse dan sapu segala essential oils yang berkaitan, kot la boleh bantu emosi ciksun stabil balik.
Tiga hari, tonsil masih bengkak. Sepatutnya, kalau lepas tiga hari masih bengkak, ciksun kena pergi Klinik UTM untuk follow up. Tapi esoknya pagi Jumaat tu rasa macam dah ok sikit tekaknya. Cuma lepas Zohor gitu baru perasan dia bengkak balik. Adoi laaaaa, klinik dah la bukak half day aje! Huhu. Seksanya hati dan perasaan. Apa lagi, ciksun paksa makan aiskrim vanilla je mampu. Masa ni ubat paracetamol pun dah habis tau, doktor bagi sepapan aje.
Dak Nani belikan ciksun actifast malam tu, alhamdulillah dengan izin Allah, semalam Sabtu 26 September, tonsil ciksun dah surut kepada asal. Asal dia tu, sebelah kanan memang besar, sebelah kiri suku besar. Haa, memang da besar kalau sihat, bila tak sihat ko bayangkanlah tak muat tekak aku nak bergaduh tonsil dengan anak tekak sekali. Weird gila bila anak tekak asyik sentuh tonsil, rasa macam ada benda melekat kat tekak, nak buang tak boleh haha.
Alhamdulillah hari ni ciksun dah masuk ofis macam biasa, cuma kena banyak minum air sebab rasa macam tekak ciksun sangat cepat kering. Maybe proses pemulihan kan, ah memandai aje.
Ok lah, doakan ciksun cepat sembuh sepenuhnya! Banyak kerja blog tertunggak ni!
8 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAllahu. Semoga cepat sembuh. Semoga terus kuat dan sabar. Rehat secukupnya ye. Semoga semuanya baik baik je. Aaminnn
ReplyDeletePergilah check-up lagi ko ni..jangan jadi macam aku...huhuhu..level4 dah tonsil aku...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com