Ticker

6/recent/ticker-posts

Aduh, Sedapnya S.O.S BBQ Meals Marrybrown!

Aduh, Sedapnya S.O.S BBQ Meals Marrybrown! | Uols dah cuba ke set menu baru kat Marrybrown tu? Dipanggil S.O.S BBQ Meals, S.O.S singkatan daripada tagline Sensasi Ohsem Smokey, ditawarkan dalam tiga menu dengan harga berbeza, iaitu S.O.S BBQ Drummette, S.O.S BBQ Burger dan S.O.S BBQ Box.


Baca namanya je dah tau kan apa tema set meal ni? Menu terbaru Marrybrown ni memberi pengalaman gastronomi terbaik di mana rasa manis dan rasa smokey digabungkan dengan sempurna menjadi sos enak yang diselitkan di dalam charcoal burger dan pada drummette diorang.

Aduh, Sedapnya S.O.S BBQ Meals Marrybrown!

“When planning for this menu, we wanted to ensure that the sauce complimented our local taste buds through the perfect mixture of sweet and smoky with the right texture that will not overpower the meals or leave us feeling overwhelmed by the taste,” kata Dato’ Joshua Liew, Chief Executive Officer of Marrybrown.

Aduh, Sedapnya S.O.S BBQ Meals Marrybrown!

Uols boleh pilih sama ada nak mencuba set S.O.S BBQ Drummette Combo untuk rasa sos enak ni pada ketulan drummette ayam diorang pada harga RM16.90+, lengkap dengan Potato Wedges, Onion Rings  dan secawan air Coke sekali. Ni antara menu S.O.S BBQ Meals yang saya suka, memang sedap dan terasa manis smokey sos pada ayam bagi setiap gigitan. Gituhhh. Bila da habis seketul, pasti nak tambah seketul lagi!

Aduh, Sedapnya S.O.S BBQ Meals Marrybrown!

Tapi jangan salah faham dengan ayam Korea bila uols buat perbandingan ya, ni bukan menu Korea tau tapi menu fusion dengan citarasa tempatan. Kalau nak ayam Korea, tunggu musimnya dulu, yeee Marrybrown pun ada set menu ayam Korea diorang, jangan tak tau! Oh, kalau uols nak set tanpa combo, 4 pcs S.O.S BBQ Drummette saje berharga RM10.60+.

Aduh, Sedapnya S.O.S BBQ Meals Marrybrown!

Kalau rasa drummette je tak kenyang, uols boleh order pulak set S.O.S BBQ Burger Combo dia, harga RM15.90+, sekali dengan Potato Wedges, Onion Rings dan secawan air Coke. Untuk set ni, sos manis smokey tu diorang letak dekat kepingan ayam pada burger tu. Memang padan sangat sos tu dengan charcoal bun, menambahkan lagi rasa smokeynya bila kita gigit burger tu. Bun tu pun lembut aje, tak keras. Kalau uols nak burger saje pulak, harganya RM9.60+

Ape?

Tak nak asing-asing burger dengan drummette? Nak dedua tapi lebih jimat?

Aduh, Sedapnya S.O.S BBQ Meals Marrybrown!

Nah, order set S.O.S BBQ Box Combo RM22.60+ ni, uols boleh dapat sebiji S.O.S BBQ Burger, 2 pcs S.O.S BBQ Drummette, seketul Crispy Chicken, Potato Wedges dan secawan air Coke. Haa puas hati dapat makan semua benda! Siap ada extra Crispy Chicken lagi. Cuma set ni takde Onion Rings lah ya. Kalau nak jugak, sila order tepi. Haha.


Nampak menggoda kan semuanya? So apa tunggu lagi? Pergi la ke Marrybrown berdekatan uols atau order aje dengan FoodPanda or GrabFood keee~ Promosi S.O.S BBQ Meals set ni berjalan dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020.

Aduh, Sedapnya S.O.S BBQ Meals Marrybrown!

Aduh, Sedapnya S.O.S BBQ Meals Marrybrown!


Kami sudah, sampai tapau bawak balik kerana kesedapannya yang tak terhingga, uols bila lagi?

Boleh belek sini untuk details menu dia: Marrybrown

Post a Comment

10 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com