Ticker

6/recent/ticker-posts

3 Generasi Ulat Bulu kat Pokok Kari

3 Generasi Ulat Bulu kat Pokok Kari | Assalamualaikum, dah lama tak bersiaran kan? Almaklum lah, buat-buat sibuk. Kahhh. Padahal memang sibuk pun ke sana ke sini, sampai tak sempat nak jenguk blog dan blogwalking. Kalau ciksun ada datang ke blog dan tinggalkan komen berpost-post tu, haa tu la masa ciksun betul-betul free.

Lepas tu kalau senyap takde datang komen tu, maksudnya sibuk lah tu. Contohnya start dari lepas cuti Merdeka last week sampai hari ni memang setiap hari penuh dengan aktiviti. Jumaat Sabtu orang lain duduk kat rumah, kita masih lagi keluar mencari rezeki demi sebiji charm Pandora. Tiberrr. Haha!

Pagi ni, macam biasa nak pergi office, sambil tunggu enjin kereta panas, belek lah pepokok kat laman rumah. Tengok keadaan tanah, rumput, pokoknya ok ke idokk musim-musim hujan ni. Risau jugak pokok rose jepun ciksun tu tak boleh tahan sejuk, tiberr. Ade ke camtu?


Then belek pokok kari, hari Jumaat pagi tu dah nampak dah ada kepompong ulat bulu. Beberapa hari sebelumnya memang ade dua tiga ekor tengah makan daun kat pokok tu. Biasanya ciksun memang biorkan aje diorang makan, nanti tumbuh balik lerr daunnya dengan lebih subur. Hari ni masih ada kepompong kat tempat yang sama.


Tapiii ehh, ada rama-rama jugak lah kaler kuning oren itam! Wahh, rupanya ada kepompong belah lain gak, dan kepompong tu dah kosong, maksudnya rama-rama ni baru keluar lah kannn. Baru nak belajar terbang, haha! Cantik warnanya, bila nak ambil gambar pun dia tak lari, masih cuba gerak-gerakkan kepaknya.


Then tak jauh dari tempat rama-rama tu nampak pulakkk haaa ulat bulu kaler hijau tu. Lorrr, tu lah jadi 3 generasi kat pokok kari tajuknya. Generasi ulat bulu, kepompong dengan rerama. Hihi. Nak ambil gambar ulat bulu tu yang sedikit susah sebab dia gerak laju la jugak hahaha. Takut tersentuh or tercuit ke, nayaaaa wehh. Maaf lerr gambarnye tak berapa berkualiti sebab takut nak ambil dedekat, zoom je mampu.

Sebab tu hari ni masuk lambat sikit, nak dekat kul 10 baru sampai opis. Hahaha!

Post a Comment

7 Comments

  1. Wak kalau jumpa ulat bulu macam tu memanglah tamat riwayatnya,
    tak sempat jadi kepompong.

    ReplyDelete
  2. Wah untungnya dapat jumpa sekali 3 generasi macam tuuu.. biasa Cik TK jumpa kepompong dah kosong je

    ReplyDelete
  3. Eeee geli aku laa nengok ulat bulu tu...meremang terusssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ni la aku cite kat ko ri tu...banyak ulat bulu kat umah aku..

      Delete
  4. sekali 3 generasi berkampung kat situ. cantik rerama tu. Ulat bulu ke ulat beluncas tu? :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com