Tanam Pokok Bunga Kembang 10 Pagi | Selama ni tak teringin pun nak tanam pokok bunga ni. Tengok je orang lain tanam dengan penuh kegigihan. Hari tu masa singgah rumah kak Asmida kat Alor Setar, encik suami lah yang teruja sangat tengok bunganya meriah kat laman depan rumah.
Terus mak kak Asmida suruh ambil aje pokoknya bawak balik. Apa lagi, encik suami pun petik mana-mana warna bunga yang dia nak. Kita memula tak berganjak, tengok aje. Tapi lepas nampak satu kuntum yang cantik gilerr dan unik dari yang biasa, terus lah membongkok dan memetik. Kahhhh!
Lepas tu bertambah-tambah yang dipetiknya, dalam 5 jenis jugak saya ambil. Balik JB, terus cucuk dalam satu pasu. Berapa hari ni, mengembang jugak bunganya, suka tengok meriah macam-macam kaler dan jenis dalam satu pasu macam kat rumah kak Asmida.
Ni nanti kalau dah bertambah besar pokoknya dan banyak bunganya, baru kita pindahkan ke pasu lain, ok! Dah cantik banyak-banyak nanti kita ambil gambar lagi tau, kongsi ngan uols rupa dia. Hihi. Moga-moga suburlahhh!
13 Comments
rose jepun eh? akak pun suka bunga tapi tangan akak panas..confirm mati pokok yang akak tanam
ReplyDeletehaah kak, rose jepun..hihihi
Deleteini antara bunga atau tanaman paling awal akak tanam kat rumah selain pokok pandan... nak biak kan pun senang
ReplyDeletewah seronoknya tengok mama mmg suka rose jepun ni tapi xcde bakat nak tanam wuwuu
ReplyDeletePokok bunga kembang 10 pagi ni dapat nama tu sebab dia hanya kembang pukul 10 pagi lepas tu kuncup kan hahahaa...
ReplyDeletepokok paling senang tanam , senang hidup , senang jaga :)
ReplyDeletekami panggil rose jepun..hihi
ReplyDeletesenang nak tanam pokok ni, main cucuk je..hehe
ReplyDeletepokok senang tanam ni. cucuk je dah boleh hidup. Cantik kalau letak pelbagai jenis dalam satu pasu. meriah kalau rimbun.
ReplyDeleteWah, cantiknyaaaa itu ~
ReplyDeleteDulu banyak gile aku tanam, sampai penuh tembok rumah..tapi tu lee, kena rajin petik semai baru, kalau dah tua, tak cantik akarnya..
ReplyDeleteassalamualaikum saya pun tanam hidup subur tapi x nak berbunga..knp ya?
ReplyDeletewa'alaikumussalam..dah baja tak ya..and make sure cukup air and cahaya..sekarang dah banyak juga kudup bunga pokoknya...
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com