Meriahnya JDT Blogger Get Together @ GBW Hotel, Johor Bahru | Ape lama gilerr terperam ek entri ni kat draft, baru hari ni sempat nak publish. Eventnya awal bulan Ogos hari tu, tanggal 8/8/2020. Alhamdulillah, lancar acara pada hari kejadian walaupun ada perubahan di saat-saat akhir, gitchuuu.
Event ni kitorang buat dekat GBW Hotel, Johor Bahru. Ambil Celebration Package dia, RM30 per Adult, RM15 per Child (4 - 10 tahun). Sebelum raya haji dah sibuk siapkan aksesori untuk goodies bag. Tempah mug dan ID card untuk semua ahli JDT Blogger. Cari sponsor pun last minute tu jugak untuk hadiah cabutan bertuah. Alhamdulillah, rezeki ahli JDT Blogger yang hadir, semua dapat hadiah cabutan bertuah.
Jemput belek gambar-gambar masa aktiviti hari tu kat bawah.
JDT Blogger yang hadir, dengan tetamu undangan, blogger Cik Lily Putih |
Event space kat Chill Lounge, open space kat aras lobi GBW Hotel tu je |
Emcee of the day, kak Ajan |
Ucapan alu-aluan Presiden JDT Blogger, Sis Lin |
Perkongsian dari blogger Cik Lily Putih |
Cream Of Wild Mushroom Soup |
Prawn Avocado Salad With Buffalo Mozzarella Cheese |
Homemade Mini Beef Burger, Chicken Boxing With Chili Dip, Assorted Finger Sandwich and Sardine Puff |
Assorted Tart - Eggs And Fruits, Mini Muffins And Cupcakes, Durian Cream Puffs and Assorted Cut Fruits |
Pulut Kuning dan Rendang Ayam special from GBW Hotel |
Mana yang sempat aje lerr kita snap, yang tak sempatnya memang banyak. Haha! Sedap-sedap makanan dari set Celebration Package ni, berbaloi gilerr tau dengan harga yang kitorang bayar. Makanannya pun banyak, sampai tak habis dan tapau bawak balik masing-masing.
Kitorang bukan makan aje tau kat sini, ada game sekali haa. Kelakor gilerr gamenya, kena makan biskut dari muka masing-masing. Adeii, pandai-pandai la ngelat memasing, time pengadil sibuk, kita amek pakai tangan dan masukkan dalam mulut. Hahahaha!
Siap ada hadiah tau untuk game tu, dapat lah pasu segiempat ni, boleh buat tanam pokok bunga Rose Jepun nanti. Hihi! Alhamdulillah, banyak rezeki hari tu, dapat hadiah tukar-tukar hadiah, barang makeup Mary Kay dari Ena, then cabutan bertuah dapat stay kat Fraser Place, Puteri Harbour. Allahu!
Yang paling seronok, dak Yash anak kak Juju, dapat hadiah Lucky Seat, stay dekat Villa 4 bedroom, Tanjung Puteri Golf Resort. Perghhh! Teruja masing-masing masa ni belek bawah kerusi. Hahaha. Rupanya rezeki kak Juju sekeluarga dapat stay kat TPGR nanti.
Then, goodies bag pun dapat juga, kebanyakannya barang sponsor, alhamdulillah. Nanti kita review tau barang-barang dalam goodies bag tu. Tungguuuu! Dan terima kasih juga kepada para penaja kami:
Cake & Pulut Kuning GBW Hotel
Florentine Cookies by mama DD Lyea Dieya
Pes Mi Bandung Muar Original Warisan Tok Ayah Siti Suziana Mustakim
Mask Extender by Cahaya Medini Enterprise
Lychee Juice by Helmi Julia
Bekas kaca from Farahuda Hud
Pinjam gambar Ena |
Semoga lepas ni lebih banyak aktiviti bersama yang boleh kita buat! Uols boleh belek senarai ahli JDT Blogger kat SINI.
13 Comments
meriahnya! happy semua dapat berkumpul dan makan sedap2 kan :)
ReplyDeletesangat! seronok...
DeleteTahniah jdt blogger
ReplyDeleteTakde hok lelaki ek
hok lelaki semua tak free and lebih suka duduk rumah..hahahaha
DeleteMeriah jak tangga. Mun berminat mok join giney la....
ReplyDelete#tanyajak
^^
bolehhh, kelak kamek reply kat blog kitak
DeleteWah meriahnyaaa.. bestnya semua berkumpul bersama.. acara best2, makanan pun sedap2.. nyummy
ReplyDeletehihihi...best2
Deleteaha, insya'Allah..
ReplyDeleteSyok nye menang lucky draw tu. Boleh honeymoon ye. Hehe. Berbaloi btol makan. Paling suka mini burger tu.
ReplyDeleteMeriahkan... Okeh next activity pulak. Haha
ReplyDeletegame tu paling best walau kena makan biskut je..tapi paaaaling meriah cari luck draw bawah kusi..kalau tau pindah kusi dah yash😂
ReplyDeleteTak sabar nak update..nak update gambar candid aje laaa hahahahaha
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com