Ticker

6/recent/ticker-posts

2D1N Staycation at DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

2D1N Staycation at DoubleTree by Hilton, Johor Bahru | Selamat kembali dari bercuti sedikit panjang sempena Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada hari Jumaat lepas. Ada yang hari ni dah start bekerja, selamat bekerja kepada kita. Ada yang masih menyambung cuti, nikmatilah hari terakhir cuti uols.

Sebelum raya hari tu, saya dan kak Ila berkesempatan menghabiskan hujung minggu kami bersama, staycation untuk dua hari satu malam di DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Setiap tahun memang kami tak akan missed sambut birthday bersama. Sama-sama baby Julai katakan, tak kiralah da lewat berapa hari atau awal berapa hari, yang penting masih dalam bulan Julai. Tak dapat sambut ramai-ramai, kitorang mesti akan sambut juga walau hanya dua orang.

Kebetulan pula, Hilton tengah promo pakej "Dream Away" diorang, kalau kita stay kat mana-mana hotel Hilton di seluruh Malaysia, tak kira lah untuk tujuan business atau leisure, kita boleh dapat diskaun sehingga 30% daripada Best Available Rate bila kita book direct kat website www.hilton.com/en/locations/malaysia.

Offer ni valid untuk booking bermula dari 15 Jun 2020, dan dapat digunakan untuk stay sehingga 31 Disember 2020. Harga bilik pulak bermula dari RM181 nett semalam untuk Hilton Honors, kalau non-Honors, uols boleh dapat diskaun 25%, RM194 aje semalam jadinya. Dah lah harga bilik berpatutan, mana-mana staying guests pulak dapat diskaun sehingga 30% untuk semua 55 buah outlet makanan dan minuman milik Hilton di seluruh negara.


Hari tu kitorang stay kat Double Double Guest Room, checked in pukul 3 petang hari Sabtu. Weekend kat sini ramai orang. Tak sangka jugak sebenarnya, nampak lah walaupun dalam new normal, pengunjung tetap yakin dengan servis dan perkhidmatan dari Hilton hotels. Setiap kali selepas satu guest checked in, diorang akan spray disinfectant kat receptionist counter tu.


Cuma nak masuk lobi dari parking tu agak jauh lah menapak sebab pintu Menara Landmark je diorang bukak, pintu ke hotel dari parking ditutup sementara, hanya pintu utama depan lobi je dibuka supaya mudah nak buat saringan suhu pengunjung yang datang ke hotel.

Nah ni apa yang ada dalam Double Double Guest Room.






Lengkap semuanya, siap dapat fruits basket lagi, suka betul hati ni! Iron dan iron board semua ada dalam bilik, hair dryer, safety box, fridge, kettle semua ada. Memang lengkap lah. Bila masuk bilik pun, bilik dah sedia sejuk sebab diorang letak card kat power supply tu siap-siap. Jangan tertukar lak card tu dengan room access card uols tau, macam kitorang hari tu. Ingatkan kad tu boleh guna untuk access the room, rupanya tak boleh. Access card lak tertinggal dalam bilik, nasib baik ade telefon kat depan lif, call receptionist minta tolong bukakan pintu. Hahahahahhaha!! Mekasih tauuu layan karenah kami ni 😙

Yang bestnya, kita rasa selamat duduk kat sini sebab program Hilton CleanStay tengah ongoing di seluruh hotel Hilton. Diorang berkolaborasi dengan Lysol dan Dettol maker RB and Mayo Clinic, untuk make sure para tetamu boleh enjoy penginapan yang lebih bersih dan selamat. Sebelum masuk pun ada sealed sticker kat pintu yang menunjukkan bilik kita tu dah dibersihkan dan tak ada sesiapa masuk dah selepas dibersihkan tu.





Malah kat dalam bilik, ada banyak sticker biru merata-rata yang explain konsep Hilton CleanStay tu. Kat remote control TV, kat dalam toilet, kat depan minibar. Baca maklumat kat situ aje dah cukup rasa yakin dengan tahap penjagaan kebersihan dan keselamatan hotel ni dalam tempoh penularan wabak COVID-19.

Dari bilik kitorang, boleh nampak view swimming pool kat bawah. So, boleh tau lah swimming pool tu fully occupied ke tak. Sepanjang PKPP ni, diorang limitkan 15 persons aje per hour untuk guna swimming pool tu. Untuk gym pulak, diorang limitkan 4 persons per hour, siapa cepat dia dapat lah. Kalau nak book awal pun boleh! Call aje receptionist.





Lepas checked in, kitorang turun ke Axis Lounge untuk hi-tea pulak. Dari 1 Julai 2020, uols boleh datang minum hi-tea kat sini pada harga RM48 nett sahaja untuk 2 orang, setiap Jumaat hingga Ahad, dari pukul 12 tengahari - 6 petang. Diorang limitkan 38 persons aje per session ya, jadi boleh book awal tau kalau plan nak lepak santai kat sini dengan kawan-kawan or family.




Sedap sungguh chocolate brownies Chef Syeriff tu, jangan tak cuba! Sebagai pembuat brownies, seketul Sunah susah nak puji brownies orang lain dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Kahhhh!! Jadi, kalau saya cakap sedap tu memang sungguh lah sedap yeee! Nampak simple aje kan menu dia, tapi dah cukup mengenyangkan, alhamdulillah.


Tapi kalau uols masih lapar jugak, boleh lah cuba new lunch boxes @ The Food Store yang menawarkan all-time favorite flavors seperti Kung Pao Chicken, Sweet and Sour Fish, Nasi Ayam Penyet, Chicken Katsu-don dan banyak lagi. Harganya RM16 nett bersama soft drinks, available setiap Isnin hingga Jumaat, dari pukul 12 tengahari - 3 petang. Weekend tak ada ya!


Tapi kalau nak yang ada setiap hari, haaa jemput ke Makan Kitchen, all-day dining restaurant kat DoubleTree by Hilton, Johor Bahru ni. Diorang ada promo The ‘Epicurean Journey’ pada harga RM66 nett per person dari Isnin hingga Ahad, tapi waktu dinner aje lah; pukul 6:30 petang – 10:30 malam, mengetengahkan live cooking stations yang mengujakan dan unlimited-order spread bagi hidangan Cina, India dan Melayu.

Sebelah malamnya, kitorang lepak dalam bilik aje layan TV, untuk supper kak Ila order FoodPanda pulak. Hahaha! Ye, uols boleh order delivery ke hotel ni, diorang benarkan dengan syarat uols pickup dekat lobi. Gituuuhh, sangat mudah.


Esoknya masa breakfast, kitorang sarapan dekat Makan Kitchen. Diorang buat buffet spread, tapi masih mematuhi SOP ya! Diorang yang akan serve makanan untuk kita, bukan kita kaut sendiri makanan tu. Kang banyak pulak tangan yang menyentuh segala senduk makanan tu, kan. Better lah macam ni.






Menunya pelbagai, tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit pilihannya, cukup lah untuk sarapan pagi. Nak banyak-banyak sangat, buat apa? 😝 Ada menu hidangan Cina, bubur nasi, dimsum, salad sayuran dan buah-buahan, menu western breakfast, roti canai, soto nasi, pastry and buns juga waffles, dilengkapkan dengan kopi, teh serta jus buah-buahan.


Sarapan bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi. Disebabkan weekend tu ramai, memang penuh lah Makan Kitchen tu dari awal pagi lagi. Sibuk betul diorang serve tetamu yang datang sarapan. In case uols nak sarapan aje kat sini without stay, pun b oleh! Hanya RM45 nett per seorang dewasa, 50% the price untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Book via TableApp or or phone/email booking, belek sini: https://www.eatdrinkhilton.com/makan-kitchen-doubletreejb/

Kitorang sempat selfie dengan Chef Syeriff kejap, diorang punya pastry chef yang banyak layan kitorang setiap kali waktu makan.


Thank you so much Chef Syeriff & DoubleTree by Hilton, Johor Bahru for your warm hospitality!

We really enjoyed our stay walau hanya sekejap, rasa relax dari kesibukan harian, lapang sikit fikiran ni. Kalau uols ada plan nak datang ke Johor Bahru atau nak escape sekejap dari kesibukan hari bekerja, boleh lah plan staycation kat sini tau! Alang-alang tengah ada promo "Dream Away" ni, bila lagi kan? Boleh lah terus ke link yang saya sebut kat atas tadi untuk booking.

Ok, stay safe everyone. Bye!

Post a Comment

15 Comments

  1. Pool dia cantik la kak Sunnah! Handsome tak Chef Syeriff tu? Masak dah sedap dah kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah...cuba nko teka dari bulu kening dia 🤣

      Delete
  2. selesanya bilik dia, kolam renang pun cantik tapi yg penting makanan..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. Hilton x pernah mengecewakan !! tilam diaaa empuk gila. hahaha.. golek2 rasa xmo bangun. sedapppp je..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya bilik dia.. Makanan pun sedap..
    Staycation yang ohsem..

    ReplyDelete
  5. wow cantik giler bilik dia. suasana dalam hilton pun cantik. Ada rezeki nak try jugaklah staycation sini.

    ReplyDelete
  6. Fuyoooo huntunglaaaa dia... hehehehe
    Makaseh kukis orennya heheheh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com