Ticker

6/recent/ticker-posts

LEGOLAND Malaysia Dibuka Semula, Kini Dengan SOP

LEGOLAND Malaysia Dibuka Semula, Kini Dengan SOP | Tanggal 25 Jun 2020 hari tu, LEGOLAND Malaysia secara rasminya telah dibuka semula kepada pengunjung. Haa, seronok tak? Mesti lah! Saya sendiri dah ke sana pada hari Jumaat, 26 Jun yang lepas. Bapak rinduuuu gilerrrr nak main roller coaster woi!


Sekarang ni kan da kena hidup dengan norma baharu, jadi nak masuk LEGOLAND kena berbaris panjang juga untuk sanitasi tangan dan buat saringan suhu. Tapi diorang bukan tembak termometer macam kat kedai-kedai tu, diorang guna temperature detector yang lagi canggih, siap nampak badan kita kat screen dengan suhunya sekali. Rasa macam kat airport lak. Haha.



Bila da masuk ke perkarangan depan entrance LEGOLAND tu, nampak la ramai benar pengunjung yang berbaris bersama keluarga masing-masing dengan penjarakan sosial 1 meter. Setiap yang nak masuk ke dalam kena check-in guna apps MySejahtera. Lebih mudah macam ni, tak payah nak kena tulis-tulis dan pegang pen. Mask pun kena pakai, tapi dah kat dalam tu bila semput bukak je lahh dan pakai bila disuruh.




Disebabkan 26hb tu baru dua hari lepas dibuka semula, Divisional Director LEGOLAND Malaysia Resort, Mr. C. S. Lim bagi ucapan masa majlis pembukaan. Beliau menyampaikan keterujaan semua staff untuk menerima pelawat selepas sekian lama LEGOLAND ditutup akibat wabak COVID-19. Satu perkara yang positif dan menaikkan semangat diorang, bila nampak pengunjung yakin, penuh confident untuk masuk ke taman tema bersama kawan-kawan dan keluarga.


Benda pertama yang kitorang buat bila da masuk dalam tu, ape lagiii terus pergi Miniland kot la ada benda baru yang ditambah lepas PKP. Eh, tak ada pun, cuma props CNY hari tu masih ada lagi kat certain tempat. Then, kitorang terus cari stesen keretapi sebab dah berapa kali kot nak naik keretapi, asyik tak nyempat aje.


Untuk naik keretapi, staff akan jarakkan satu family dengan satu family yang lain, selang satu gerabak. Sebelum masuk keretapi, wajib sanitasi tangan dulu. Lepas da keluar dari keretapi pun kena sanitasi tangan. Yeee, semua tarikan pun macam tu, kena sanitasi tangan sebelum masuk dan selepas kita main kat satu-satu tarikan tu. Strict gilerrrr!


Lepas naik keretapi, kitorang terus cari roller coaster. Tak panjang sangat barisnya macam sebelum PKP dulu. Sebabnya, kalau uols nak tahu, dalam tempoh PKPP ni, LEGOLAND dah hadkan kapasiti dalam taman tema dia kepada 30% aje berbanding operasi biasa. So, kalau uols pergi LEGOLAND sekarang, memang best lah sebab lengang dan tak terlalu ramai orang.


Nak naik roller coaster, kena berbaris macam dulu tapi ada jarak sosial bagi satu family dengan family yang lain. Then diorang akan lepaskan kita satu per satu ke dalam seat roller coaster lepas dah sanitasi tangan. Oh ya, mask wajib pakai bila naik roller coaster tau! Haa ko bayangkanlah kesemputan nafas tu bila menjerit. Hahahah! Rasa nak muntah pun hado, oi!! Yang pakai surgical mask ok lagi, kalo pakai jenis fabrik washable macam saya tu, adoiii sengsara! Then bila keluar dari roller coaster pun kena seat by seat, lepas tu diorang akan disinfect setiap seat yang kita dah duduk tadi sebelum benarkan next batch masuk pulak. Haaa, memang penat kerja diorang demi keselamatan dan kesejahteraan kita semua.


Bila da semput, perut pun lapare nak mampussss bak kata Maryam! So, kitorang pergi lah kafe terdekat untuk alas perut. Kitorang pergi lunch dekat The Cafe, sebelah main stage The Beginning tu je. Setiap restoran dalam LEGOLAND ni ada had kapasiti berapa orang boleh duduk makan dalam satu masa. Contohnya macam The Cafe ni, limit kepada 80 seats sahaja. Setiap pengunjung yang nak masuk, kena sanitize tangan dulu. Then baru masuk dan order makanan.



Setiap meja dalam ni diorang sentiasa bersihkan dan disinfect setiap kali lepas pelanggan dah siap makan. Yang serve makanan pun pakai mask dan sarung tangan khas. Selain dari makan kat dalam restoran, uols jugak boleh order grab and go meal as an alternative option in case rasa lebih selamat makan kat tempat lain.


Bukan kat tempat makan je ada limit kapasiti, kat LEGO Friends LIVE Show pun diorang hadkan bilangan penonton. Sebab indoor area kan, kawasan bertutup gini lagi high risk, eloklah diorang cegah sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku. Sebelum masuk teater, suhu badan akan diambil dan bila da habis show aje diorang akan bersihkan semula teater tu sebelum show seterusnya.


Dari taman tema, kitorang ke SEALIFE Malaysia depan LEGOLAND tu pulak, sini pun kena berenang dalam jarak satu meter tau! Hahaha. Nak masuk SEALIFE kena check-in lagi sekali guna apps MySejahtera, then masuk dalam tu kena lalu tempat sanitasi tapak kasut sekali. Pelik tapi benar ye, mungkin takut tapak kasut kita bawak virus coronavirus, haha.


Dalam tempoh PKPP ni, tak boleh sentuh dinding akuarium kat SEALIFE tu, boleh tengok aje. Takut kita ada sentuh benda tak sepatutnya kat tempat lain, tersebar pulak kat dinding akuarium tu, muncul kluster SEALIFE pulak kang! Naudzubillah. In case kita was-was dengan kebersihan tangan, diorang sediakan hand sanitizer bersepah-sepah kat dalam SEALIFE tu, haaa jangan risau ye!


So ape tunggu lagi? Sempena kempen pelancongan domestik pasca PKP ni, moh lerr kita Visit Johor 2020. Uols boleh tengok offer sempena pembukaan semula LEGOLAND Malaysia macam kat bawah ni, mana tahu nak grab salah satu atau semuanya!
  • 3-month extension for all Annual Pass – Valid for passes that have expired or are expiring between February – December 2020
  • Limited Time Annual Pass Renewal – Annual Pass renewed from now onwards will be valid until December 2021
  • Limited Time Free Hotel Stay – Book 1 night and get the 2nd night for free
  • Limited Time Free Theme Park Access – Buy 1 Day ticket and get the 2nd ticket for free
Untuk info lebih lanjut tentang promosi semasa, boleh rujuk website www.legoland.com.my atau page Facebook dan Instagram LEGOLAND.

Selamat enjoy nanti!

Post a Comment

26 Comments

  1. Kanak kanak meati suka dengar berita ni dan tentu tak sabar nak ajak ibu bapa mereka ke Legoland.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...anak kawan kita pun bila tau legoland dah dibuka balik, terus memujuk2 mak dia nak ke sini...

      Delete
  2. Wahhhh.. best eh. Blm pernah gik ke cya..

    Jemput join giveaway ya ☺️

    https://ejulz.blogspot.com/2020/07/giveaway-by-ejulz-mamapie.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Macam ni fiza kumpul bajet tahun 2020 ni dapat pergi Legoland pun jadi la. Dah tak jauh pun ye. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...lepas tu harga pun da murah sikit sekarang..

      Delete
  4. Untunglahhh. Kita sekali pon tak penah jejak 😂😂 please belanja 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mai la siniiii kita belanja gambo2... 😜

      Delete
  5. fuhhh ramainya orang pergi Legoland! Baguslah pihak management ambil berat dengan SOP dan sentiasa ingatkan pengunjung untuk sanitize dan basuh tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, diorang kena buat semua tu supaya keselamatan pengunjung terjaga...

      Delete
  6. Advance tempat sukar suhu dia. Dahsyat jugak dia punya SOP.. Utamakan keselamatan individu. Sila berenang jarak 1 meter. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, memang contactless terus...tak payah nak tekan2..kalo orang ramai sangat kan leceh nak tekan2

      Delete
  7. Wahh lamanya dah tak pegi legoland. Nanti nak repeat lagila pegi sana. Dah bukak balik bolehla pegi

    ReplyDelete
  8. Hmm. Bila berjalan jalan ikut SOP ni leceh je rasanya. Kemudian jelah pergi berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha bagi sesetengah orang, rasa agak leceh..macam saya, rasa leceh nak masuk mall kalo relate dengan SOP...

      Delete
  9. dari legoland dibuka sampailah sekarang, teringin sangat nak masuk. tapi belum ada rezeki. in shaa Allah kalau ada rezeki nnti nak masuk :)

    ReplyDelete
  10. Rasa lebih selamat bila ada SOP...tapi bilalah nak dapat tido di hotel dia ek...

    ReplyDelete
  11. bolehlah tu slow2 kita holiday cara norma baharu kan. tak lama. insyaALlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...siapa lagi nak sokong travel domestic kalo bukan kita kan...

      Delete
  12. teringin nak pergi tp belum ada rezeki lg... hello kitty town dah x de lg kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha hello kitty da takde da..last hujung tahun lepas...

      Delete
  13. ah my kids and I miss go to Legoland. Hopefully we can revisit again one day soon

    ReplyDelete
  14. SOP memang sangat penting. Harap semua pengunjung mengikut semua langkah yang telah disediakan oleh pihak Legoland.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com