Kelebihan 10 Awal Zulhijjah dan Amalannya | Salam Zulhijjah kepada semua, lepas Maghrib tadi, dah masuk 1 Zulhijjah, salah satu daripada bulan istimewa buat sekalian muslim di seluruh dunia. Pada bulan ni lah berlakunya peristiwa besar yang membawa kepada Hari Raya Aidiladha. Peristiwa Nabi Ibrahim a.s. menurut perintah Allah s.w.t. untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s., yang akhirnya ditukar kepada seekor kibas.
Baca rentetan peristiwa qurban di SINI.
Baca rentetan peristiwa qurban di SINI.
Keistimewaan dan fadhilat 10 awal Zulhijjah ni amat besar dan hebat. Berdasarkan kitab Lata'if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Hanbali, Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas r.a., Daripada Nabi Muhammad s.a.w, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?" Baginda bersabda, "Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438), Ibn Majah (1727), al-Tirmizi (757)
Menurut Dr. MAZA, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berpendapat istimewanya sepuluh hari Zulhijjah kerana terkumpul padanya segala ibadah-ibadah utama; solat, puasa, sedekah (zakat) dan haji. Ini tidak terdapat pada waktu yang lain (lihat: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, 2/459. Beirut: Dar al-Ma’rifah).
Maka, sepuluh hari awal Zulhijjah merupakan satu tempoh yang mana manusia beribadah kepada Allah dalam segala bentuknya. Ia benar-benar satu tempoh waktu pelbagai ibadah dipersembahkan oleh sekelian para hamba yang soleh. Allah merahmati waktu tersebut dengan memberikan ganjaran yang besar kepada apa sahaja amalan soleh yang dilakukan semasa sepuluh hari berkenaan.
Terdapat kelebihan lain bagi 10 hari bulan Zulhijjah selain yang telah disebutkan. Antara kelebihannya ialah:
1. Allah Taala bersumpah dengan bulan ini secara umum dan sebahagian daripadanya secara khusus. Firman Allah s.w.t.,
Ertinya: ''Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta) hari dalam bulan Zulhijjah).” [Surah al-Fajr: 1-2]
2. 10 hari ini adalah termasuk daripada tempoh 40 hari yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. Firman Allah s.w.t.,
Ertinya: ''Kami telah menjanjikan tempoh kepada Musa (untuk diberikan kitab Taurat) selama 30 malam, dan Kami sempurnakan jumlahnya dengan 10 lagi, lalu cukuplah waktu yang ditentukan oleh Tuhannya selama 40 malam. Musa berkata kepada saudaranya, Harun (semasa hendak keluar dalam tempoh 40 hari ini), 'Gantikanlah aku dalam urusan memimpin kaumku, perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah turuti jalan golongan yang melakukan kerosakan." [Surah al-A'raf: 142]
3. Ia adalah penutup bagi bulan-bulan yang dimaklumi, iaitu bulan-bulan Haji yang disebutkan oleh Allah.
Maksudnya: ''Haji itu ialah beberapa bulan yang dimaklumi.'' [Surah al-Baqarah: 197]
4. Ia adalah hari-hari yang dimaklumi yang disebutkan Allah sebagai tempoh pengurniaan rezeki berupa binatang ternakan.
Firman Allah s.w.t.,
Ertinya: ''Serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari pelbagai jalan yang jauh. Hal tersebut agar mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat buat mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang dimaklumi atas kurniaan-Nya kepada mereka berupa binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban).'' [Surah al-Hajj: 27-28]
Keistimewaan 10 hari bulan Zulhijjah dikhususkan bagi orang yang menunaikan haji apabila hari-hari tersebut adalah tempoh mereka membawa binatang korban yang melengkapkan kelebihan ibadah haji dan memakan dagingnya di hari terakhir daripada 10 hari itu, iaitu hari raya korban. Sebaik-baik cara membawa binatang korban adalah bermula dari miqat, lalu ditandakan sebagai korban ketika ihram dengan disertai laungan talbiah yang termasuk daripada mengingati Allah pada hari-hari yang dimaklumi.
Dinyatakan dalam sebuah hadis :
Maksudnya : “Sebaik-baik haji ialah menguatkan suara ketika bertalbiah dan menyembelih binatang korban.”
Oleh itu, mengingati Allah sebanyak-banyaknya pada 10 hari awal Zulhijjah adalah tanda syukur di atas segala nikmat yang berkaitan dengan binatang ternak, yang sebahagiannya bersangkut paut dengan ibadah orang yang menunaikan haji, dan sebahagian yang lain dengan urusan dunia mereka. Amalan yang terbaik ialah amalan yang disertai dengan banyak mengingati Allah SWT , anataranya ialah ibadah haji secara khusus. Sesungguhnya Allah SWT menyuruh agar banyak mengingatinya pada hari-hari mengerjakan ibadah haji.
Kemudian Allah berfirman lagi:
Maksudnya : "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat". [Surah al-Baqarah: 200]
Begitu juga amalan ini dilakukan pada hari raya korban, iaitu hari penutup kepada 10 hari terawal Zulhijjah. Bagi masyarakat di negara lain, mereka menyertai orang yang mengerjakan haji pada 10 Zulhijjah dengan berzikir dan mempersiapkan binatang korban tarikh 10 Zulhijjah ialah hari untuk mengerjakan sembelihan sebagaimana orang yang menunaikan haji menunggang binatang korban. Meraka juga menyertai jemaah haji dalam sebahagian ibadah ihram. Sesiapa yang memasuki 10 hari terawal Zulhijjah dan hendak melakukan ibadah korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya, seperti yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah daripada SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Amalan ini dipegang oleh al-Syafi'i, Ahmad, dan kebanyakan fuqaha hadis.
Tatkala Allah s.w.t. mencampakkan perasaan rindu untuk melihat Baitullah al-Haram ke dalam jiwa mukminin namun tidak semua orang mampu melihatnya pada setiap tahun, maka Allah memfardhukan haji sekali seumur hidup keatas orang yang mampu mengerjakannya. Allah juga menjadikan 10 hari terawal Zulhijjah sebagai tempoh yang dapat dikongsi bagi orang yang mengerjakan haji dan merrka yang tidak mengerjakannya. Sesiapa yang tidak mampu mengerjakan haji dalam haji dalam suatu tahun, dia boleh melakukan amal soleh di tempat tinggalnya sepanjang 10 hari tersebut. Keadaaan ini lebih utama daripada jihad yang pada asalnya merupakan amalan yang lebih utama daripada haji.

أفضلُ الحجِّ العجُّ والثَّجُّ
Maksudnya : “Sebaik-baik haji ialah menguatkan suara ketika bertalbiah dan menyembelih binatang korban.”
Riwayat al-Tirmizi (827) & Ibnu Majah (975)
Oleh itu, mengingati Allah sebanyak-banyaknya pada 10 hari awal Zulhijjah adalah tanda syukur di atas segala nikmat yang berkaitan dengan binatang ternak, yang sebahagiannya bersangkut paut dengan ibadah orang yang menunaikan haji, dan sebahagian yang lain dengan urusan dunia mereka. Amalan yang terbaik ialah amalan yang disertai dengan banyak mengingati Allah SWT , anataranya ialah ibadah haji secara khusus. Sesungguhnya Allah SWT menyuruh agar banyak mengingatinya pada hari-hari mengerjakan ibadah haji.
Kemudian Allah berfirman lagi:
فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّـهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ
Maksudnya : "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat". [Surah al-Baqarah: 200]
Begitu juga amalan ini dilakukan pada hari raya korban, iaitu hari penutup kepada 10 hari terawal Zulhijjah. Bagi masyarakat di negara lain, mereka menyertai orang yang mengerjakan haji pada 10 Zulhijjah dengan berzikir dan mempersiapkan binatang korban tarikh 10 Zulhijjah ialah hari untuk mengerjakan sembelihan sebagaimana orang yang menunaikan haji menunggang binatang korban. Meraka juga menyertai jemaah haji dalam sebahagian ibadah ihram. Sesiapa yang memasuki 10 hari terawal Zulhijjah dan hendak melakukan ibadah korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya, seperti yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah daripada SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Amalan ini dipegang oleh al-Syafi'i, Ahmad, dan kebanyakan fuqaha hadis.
Tatkala Allah s.w.t. mencampakkan perasaan rindu untuk melihat Baitullah al-Haram ke dalam jiwa mukminin namun tidak semua orang mampu melihatnya pada setiap tahun, maka Allah memfardhukan haji sekali seumur hidup keatas orang yang mampu mengerjakannya. Allah juga menjadikan 10 hari terawal Zulhijjah sebagai tempoh yang dapat dikongsi bagi orang yang mengerjakan haji dan merrka yang tidak mengerjakannya. Sesiapa yang tidak mampu mengerjakan haji dalam haji dalam suatu tahun, dia boleh melakukan amal soleh di tempat tinggalnya sepanjang 10 hari tersebut. Keadaaan ini lebih utama daripada jihad yang pada asalnya merupakan amalan yang lebih utama daripada haji.
Rujukan:
7 Comments
Bulan kisah pengorbanan.Berkorban lantaran rasa cinta yang tidak betbelah bagi pada Allah SWT.
ReplyDeletein syaa Allah
ReplyDeleteSemoga Raya Haji kali ni lebih bermakna :)
ReplyDeleteMoga dapat berpuasa sikit pun jadi la. ^^
ReplyDeletenak cuba puasa
ReplyDeletemari rebut dan kumpul pahala Zulhijjah..
ReplyDeleteespecially pada yang akan melalukan ibadah qurban =)
Jom perbanyakkan amal...anda buat anda dapat..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com